Tuesday, February 22, 2011

10
Adikku Pandai Menari

Assalamualaikum.
Uwaaa! Hari ini saya sangat penat okay. Semalam class dari pukul 10am till 7pm. Hari ni pula walaupun tade class pagi *petang ada class pukul 2pm* tapi aku bangun awal sebab nak pergi menempel kat bilik kawan aku sambil tengok cerita Mantera ! Haha ! Penat okay. Jauh kot nak pergi bilik kawan aku tu. Kene naik 2 bas. Siries tak tipu.

Okay. Enough on that. Actually sekarang wifi semakin parah. So, kalau korang perasan aku dah jarang update belog. *Err,ada ke yang perasan ?* Then hari ni tetiba rasa wifi laju semacam. So,what are u waiting for? Terus ngadap lappy sambil membuka facebook dan blogger. Wajib ! Sesudah login ke belog Anak Incik Mokthar ni aku pun check kat shoutmix and link exchange. Dan dengan rajinnya aku berblogwalking ke belog mereka yang telah mengunjungi belog aku. Selesai berblogwalking, aku pun semangat nak tulis entry baru. So, pergi lar kat new post. Tapi bila dah bukak, aku jadi macam "errr, aaaaaaah, hisssssssssssss *ehh, ni macam bunyi ular je* Selisih weyh. Korang paham tak apa yang aku cuba sampaikan? Okay. Aku blur. Totally plain. Nak tulis ape seyh? Nak tulis pasal apa yang aku buat sepanjang hari ini. Errrr, sangat boring okay. Haishhh. Semangat yang membara nak update belog kian luntur.

Tiba-tiba *ayat yang aku biasa guna time buat karangan PMR dulu* aku teringat kat adik aku yang bongsu. Satu-satu nya adik teruna den. Nak ngorat? Belanja den KPC dulu ! Weyh, awat aku rindu kat dia plak ni? Euwww ! Harap-harap lar dia tak baca. Alar, kalau dia baca pun dia bukannya paham pun. Baru 9 tahun lar der. Belum mimpi lagi. Haha ! Apa kena-mengena ni? So, aku nak tayang kat korang adik teruna kesayangan aku. Tadaaaa :


Nama penuh : Ahmad Umar bin Mokthar
Nak berkenalan : Kelik SINI

Hah ! Hensem tak? Tengok ar akak dia. Errrrr. Sila abaikan. Ni lar satu-satu adik teruna aku. *Berapa kali nak cakap da !!* Ishh. Kan dah kata takde idea nak tulis ni. Takpe-takpe. Korang layankan je. Sebenarnya aku nak cerita. Adik aku yang cute dan hensem ni memang sangat nakal okay. Aku kalau balik rumah mesti gaduh dengan dia. Sepak terajang dan tarik-tarik rambut tu sudah menjadi kebiasaan bagi kami. Hobi dia sepanjang hari adalah tak lain tak bukan : BERMAIN ! Tak kira la main game PS2 ke, main game kat komputer ke, main basikal ke, main bola dengan kawan-kawan dan bermacam-macam lagi aktiviti yang melibatkan permainan adalah aktiviti seharian dia. Kalau suruh belajar ? Hmmph. Jangan haraplah. Pemalas nak mampuih. *Ha, yang ni bukan macam akak dia. Akak dia rajin okay* Next,aku tensyen dengan dia sebab dia suka sepahkan rumah. Tak cukup ruang tamu, bilik den pon habis jadi mangsa. Hishhh. Memang nak minta kene sekeh je budak ni.

Tapi.. Di sebalik kenakalan dia, aku sayang kat dia. Siapa tak sayang adik der ?? Dia lar penghibur kat rumah. Kalau dia takde rumah jadi sunyi sepi kot. Dia ni suka buat lawak. Minggu lepas aku balik, tetiba dia rajin buat homework depan aku. Then dia ada tanya aku satu question yang buat aku tak boleh tidur malam. Dia tanya camni :
Adik aku : Kak nana, Umar nak tanya sikit.
Aku : Ala, nak tanya apa? Aku bz ni.
Adik aku : Tak kira. 
Aku : Ha, yelah-yelah. Pe dia?
Adik aku : Dalam BI kan kalau benda yang banyak kita letak huruf 'S' kat hujung dia, habis kalau dalam BM kenapa kita tak sebut kedai yang banyak sebagai kedais ? Ataupun kucing yang banyak kita panggil kucings?
Aku : Hah? *&%(#@&)$* Terkesima sekejap.

Last-last aku suruh dia tanya cikgu dia. Haha ! Tak taw lar apa cikgu dia nak kata. Ada lagi satu sebab aku sayang kat dia. Nak tahu? Mesti ar nak ye dak? Okay. Dia ni walaupun agak brutal dan ganas tapi hati dia lembut. Ada satu hari tu dia gaduh dengan kawan dia. Sebab apa? Sebab kawan dia yang bermulut lancang tu telah berkata seperti ini :
Kawan dia : Weyh, aku rasa ada akak ni tak best lar.
Adik aku : Siapa cakap?
Kawan dia : Aku lar cakap. Ada abang lagi best.
 Boleh main perang-perang. Boleh pinjam baju dan basikal abang.
Adik aku : Ada akak pun best.
Kawan dia : Tak best la. Akak mana boleh ajak main sama-sama.
Diorang tahu makeup jew.
*ehhh,hello ! Tak semua okay. tiba-tiba aku masuk campur*
Adik aku : Tapi akak aku tak pun. Akak aku pun boleh ajak main sesama. Lagi boleh tolong mama aku masak, kemas rumah dengan boleh tolong aku buat kerja sekolah !
Kawan dia : D.I.A.M

Hah, tak terkata kawan dia tu. Nak debat dengan adik gua. Memang tak ar nak menang. Apa-apa pon cayalah lu adik. Tak sangka lu backing akak-akak lu.. Muahahaha. 

Aku rasa cukup sampai sini dulu. Banyak lagi aku tak cerita sebenarnya pasal adik kesayangan aku. Tapi takpe lar. Len hari dan waktu aku sambung. Tu pun kalau ada permintaan. Haha ! Bajet.. Okay bye semua :)

p/s : Apa kene mengena title dengan entry ni? I should put adikku pandai mengaji i think. *Pon takde kene mengene.*

Post a Comment