Friday, February 4, 2011

5
Why I Hate to Makeup

Mood : Penat buat assignment tak siap-siap
Salam and hye everybody.
Today aku nak story mory sikit.
Dah lama pulak tak berceloteh.
Habis, dok sibok kempen suruh orang vote.
Tapi vote tak naik naik pun. Haishhhh !

Okay. Aku nak tanya sikit.
Ni khusus untuk kaum hawa saja.
Kaum adam jangan sibuk pula nak jawab.
Sekeh kang.

 Question : Korang suka tak pakai makeup?
Of course lar suka kan.
Orang perempuan dan makeup ni macam tak dapat dipisahkan.
Ada yang sanggup spend beratus riban untuk beli makeup.
Tak gitu cik senah? Kannnn.
*gaya perempuan yang suka gosip*

Tapi ada kemusykilan dalam diri aku sendiri.
Kenapa aku tak suka makeup macam perempuan lain ea?
Arghhhhh. Puas aku dok fikir masalah ni.
Dan akhirnya aku dah kenalpasti punca permasalahan ini.

muka yang sentiasa comot tanpa makeup

Nak tahu ? Ini dia 5 sebab kenapa aku tak suka pakai makeup :

1. Pembaziran
"Ehhh, apasal pula membazir ?" 
Eh, betol ape. 
Cuba kita calculate spending kita untuk beli barang-barang makeup ni berapa :
Bedak Pixy                             - RM 17.90
Gincu Maybelline                    - RM 27.90
Eyeshadow Maybelline           - RM 29.90
Mascara Maybelline                - RM 35.00
Celak dan Eyeliner Maybelline - RM 31.90
Blusher Maybelline                  - RM 29.90
Beg makeup                            - RM 10.00
Total semua sekali                     - RM 182.50

Fuhhhh. Tu belum masuk lagi makeup remover, krim malam, bulu mata palsu, pengilat kuku and so on.
Foundation pun aku tak kira sebab orang kata pakai bedak Pixy 2 way cake dah siap ada foundation.
Pembaziran pada aku untuk makeup juga adalah dari segi masa dan tenaga. 
Kalau orang yang tak makeup boleh siap dalam 10 minit, orang yang makeup pula perlukan 60 minit untuk bersiap kan berlaku pembaziran masa tu. Ishhh ishh ishh.

2. Tak Pandai
Okay. Aku mengaku aku tak pandai makeup.
Kalau aku makeup muka aku akan jadi macam ni
Kahkahkah. Badut pun cantik lagi dari aku.


3. Hilang Seri
Percaya tak orang kalau dah hari hari makeup, muka dia akan hilang seri.
Muka aku pun takde seri. Haha ! Sebab tu aku tak nak makeup.
Kang bertambah tambah hilang seri muka aku.
Cuba korang tengok Katy Perry with and without makeup
Auchhhhhh :(

4. Kulit Bermasalah
Kalau rajin makeup, kene rajin jaga kulit.
Aku memang seorang yang paling malas nak jaga jaga kulit ni.
Semua benda aku malas. Apa yang aku rajin ? Haha !
So, bila dah malas nak jaga kulit lepas tu gatal nak makeup tebal tebal faham sendiri lar akibatnya.
Jerawat, jeragat, bintik bintik hitam, kulit kasar, kulit mati semua ada.
Dah tu kene pergi New York Skin Solution.
Duit lagi tu. Awww. Tak sanggup mak.

5. Nampak lain dari lain
The last reason kenapa aku tak suka makeup sekarang adalah aku nak nampak lain dari biasa
di Hari Perkahwinan aku nanti. Wahhhh ! Jauh fikir ni.
Haha. Aku tengok artis dah selalu sangat makeup bila kahwin tak nampak beza pun.
Aku tak nak macam tu. Aku nak time kahwin nanti baru
orang semua tengok aku dengan makeup 5 inci.
Dan diorang semua akan terpegun.
 Cehhhhh ! *Terpegun dengan ketebalan makeup
 yang macam wayang pekji aku lar*
Haha !


Setakat ini dulu bebelan aku. Aku tahu ramai yang tak setuju dengan entry ni.
Bukan apa. Kalau yang dah kerja tu memang wajib lar ber makeup kan.
Kene jumpa orang ramai. Lagipun dah ada duit sendiri.
Tapi kalau masih bergelar budak sekolah tu jangan ler gatal gatal conteng makeup sangat.
Nanti muda muda kulit dah rosak. Haishhh.
Chow dulu ya.
Bye :)

Post a Comment