Tuesday, March 15, 2011

8
Kesan Tsunami di Jepun

Assalamualaikum w.b.t

Korang dah solat ? Kalau belum pergilah cepat ea. Jangan tunggu-tunggu dah. Kita tak tahu sampai bila kita hidup.


gambar hiasan dari Google

Sebenarnya hari ni entry aku bukan lah nak cerita pasal isi tersurat tsunami. Aku rasa tu semua orang dah tahu dah. Contoh macam berapa skala richter atau dah berapa ramai mangsa yang terkorban. Aku tak nak cerita semua ni.

Tapi apa yang aku nak cerita pada hari ini adalah isi yang tersirat di sebalik kejadian tsunami. Semalam masa pergi class macroeconomy, macam biasa lecturer akan mulakan dengan bertanyakan isu-isu semasa. So, sekarang ni tak lain tak bukan adalah isu mengenai Tsunami di Jepun. Ramai yang terkejut sebab apa yang kita tahu Jepun merupakan sebuah negara tercanggih dan moden di Asia ni. Tapi tetap tak boleh kecanggihan Allah s.w.t. Sistem pengesan gelombang pun tak mampu nak selamatkan ribuan nyawa. Dan bila berlakunya bencana seperti ini apa yang dikhuatiri negara lain terutama negara membangun seperti Malaysia adalah isu kenaikan harga. 

Korang terfikir tak apa akan jadi pada Jepun selepas ni ? Bila lecturer aku tanya, most of my classmate jawab, of course la ekonomi diorang akan jatuh teruk. Jepun bukan lagi menjadi sebuah negara yang boleh dibanggakan. Lecturer aku tersenyum dan bertanya lagi. Macam mana pula masa Jepun mengalami perang dunia kedua ? Pada masa tu, keadaan di Jepun dah macam padang jarak padang terkukur. Tapi mereka mampu bangkit dengan pantas. Sebab apa ? Sebab orang Jepun sangat tenang menghadapi ujian. Walau macam mana teruk sekalipun ujian yang datang contohnya bencana seperti tsunami, rakyat Jepun tak pernah menyalahkan atau menunding jari kat mana-mana 'pihak'. Pihak kat sini merujuk kepada kerajaan. That is positive side orang Jepun.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlualah mencontohi sikap orang Jepun. Jangan cepat melatah sekiranya berlaku sesuatu sebaliknya kita perlu berganding bahu untuk membangun menjadi sebuah negara seperti Jepun.

Lastly, mari lah kita sama-sama doakan keselamatan mereka yang dilanda bencana. Dan kita juga perlu berjaga-jaga dan bersiap sedia sekiranya apa-apa terjadi di negara kita. Minta dijauhkan. Amin.

Post a Comment