Uhuk uhuk.. Fuhh berdebu belog ni. Berapa hari dah tak update. Bukan malas ya.. Cuma kurang rajin.
Okay, before aku start merepek, aku cuma nak kasi tau korang yang this is just a random entry or in malay we called it entry secara rawak.
Apa yang aku rasa sekarang :
1. Lapar
Sesungguhnya perut aku sentiasa lapar. Dah tu time ni pulak tekak aku mengidam nak makan spaghetti. Melampau kan. Haha.
2. Penat
Ketahuilah korang yang aku dah lama tak update belog adalah kerana kebizian aku melakukan tugas-tugas seharian sebagai seorang student.
3. Happy
Yuhuu. Esok adalah hari Jumaat = hari takde class = hari untuk pulang ke rumah = hari untuk bermalas-malasan *actually setiap hari aku malas*
Dan yang paling tak sabar nak balik rumah bila mama i mecej macam ni semalam "nana,hadiah contest saya anak mak tu dah sampai. Mama tak bukak lagi. Nanti hari jumaat balik rumah nana bukak sendiri"
So, aku macam over excited okay. Tapi kenapa mama tak bukak je. Kan senang. Boleh bilang apa hadiahnya. Surprise !!! Nanti dah tahu hadiahnya aku share kat korang okay.
4. Lonely
Pehhhh. Yang ni paling tak boleh blah ! haha. Sebenarnya semalam roomate gue merangkap kakak kandung gue telah meninggalkan gue keseorangan di bilik yang sangat bosan ni demi mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur. Cisss. Naseb baik ada kak limah. Kitorang main enjet-enjet semut. Jangan jelesh.
5. Terharu
Setiap kali aku login blogger, mesti ada follower baru follow aku. "Thanks awak. Selalu lar jenguk belog kita okay." Haha. Sweet tak ? Euuwwww ! Tapi... Hah, ada tapi okay. Aku nak minta maaf sesangat. Sebenarnya aku nak buat review for my 300th follower tapi aku konpius siapa sebenarnya follower aku yang ke 300 tu. So, just let it be. But aku promise nak buat review kepada follower aku yang ke 333. Dah dekat tu. Tunggu apa lagi. Jom jadi pollower aku.
Ya. Aku rasa tension sangat. Pasai pa? Pasai test aku yang tak habis-habis. Minggu ni ada paper Statistics. Minggu depan ada dua paper lagi. Minggu lagi satu ada satu paper. Ehh,bila nak habis daaa? Every week ada test.
7. Macam-macam ada
Last but not least aku nak cakap yang mood aku sekarang ni macam-macam ada. Macam ASTRO.
Itu saja. Entry ni paling tak best pernah aku buat. Ecehhh. *Bajet entry sebelum ni best.* Sorry der. Aku sangat-sangat penat dan memang takde idea best nak tulis pasal apa. And sorry sebab last few days ni korang bukak belog aku balik-balik tengok entry yang sama.
p/s : Tak jumpa button comment ? Haihhh. Nak kene record buat tape ni. Korang nampak tak nombor sebelah cherry or title kat atas ni? Cuba kelik nombor tu. Hahh. Kat situ la tempat untuk mengkomen. Rajin-rajin kan diri ler mengkomen ya. Bye semua.
Post a Comment