Saturday, April 9, 2011

8
Blackout !


Nampak tak apa yang ada dalam gambar tu? Tak nampak ? aihhh, tak lama ar nampak gayanya. Haha. Gurau je. Ehh,lupa bagi salam. Assalamualaikum semua. *tak jawab dosa, kalau jawab suka. Hee.

Okay. Semalam adalah mimpi ngeri bagi aku gara-gara BLACKOUT ! Panjang ceritanya. Actually semalam aku ada replacement class. Dah tu lect nak buat class malam. So, nak tak nak kene la attend gak kan. Habis class kul 10 malam. After class tu aku teruih balik bilik and siapkan some exercises. Lepas tu aku turun pi kedai fotostat kat bawah. Kat kodai tu pulak tengah on TV3. Omaigod. Rancangan feveret den. Nak tau apa dia ? Cer teka ? Setiap Khamis jam 11 malam di TV3. hee. Okay, sambung balik. Aku pun punya khuysuk tengok tv sampai tak sedar jam. Tengok dah nak pukul 12 tengah malam. Oleh kerana takut nak naik lif sengsorang tepat jam 12 malam, aku pun segera lah beredar untuk pulang ke bilik. Setibanya di depan blok kolej den tiba-tiba...



BLACKOUT WEYH ! Bukan satu blok je. Satu kolej. Even rumah pengetua, rumah felo, dan kafe pun turut gelap. Dan yang lebih tragis adalah aku sengsorang di bawah blok tanpa sebarang cahaya *hanya ditemani cahaya bulan purnama* dan jam hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam. Auuuwwww ! Haha. Boleh ar gelak sekarang sebab aku dah selamat berada di rumah. Time kejadian tu, serius den cuak beb. Tak tau dah nak buek apo. Den kaku sensorang kat bawah tu dah macam tugu negara. After a few minutes, tak juga hidup current ni. Aku pun mengambil keputusan untuk memberanikan diri memanjat tangga ke tingkat 4 sebab lif pun dah tak berfungsi. Tapi bila ketakutan melampaui segalanya, mulalah terbayang rupa pocong tengah melompat, cik pun tengah mengilai, dan macam-macam lagi. Astaghfirullah. Ayat kursi yang telah dihapal pun tiba-tiba jadi lupa. Grrr !

Den call roomate den suroh turun bawak torchlight tapi dia pun 2x5 dengan den. Penakut nak mampuih. Then, bila dah takda choice, den tunggu jelah kat bawah tu. At least den boleh nampak bulan dan bintang. After an hour ada dua orang penghuni kolej den ni baru balik dari mana tak tau ar kan. Depa nak balik bilik gak. Dengan tanpa segan silunya, aku pun apa lagi. Its showtime. Cehhh. Aku menfollow langkah diorang. At least ada orang yang naik sama, aku tak takut la kan. Tiba-tiba aku rasa aku lebih berani daripada biasa. Errr.

Okay. Tu je nak citer. Sampai ketemu lagi. Permisi.

p/s : lain kali sediakan payung torch light sebelum hujan blackout.

Post a Comment