Monday, February 7, 2011

13
Zaman Muda Mudi

Salam semua.
Yeahhh. Entry ini dibuat semasa penulis
baru saja bangun dari tidur.
Dengan gaya longlai dan wajah yang mamai
 penulis memulakan bicaranya.
Walaupun dia sebenarnya masih
tidak tahu ingin menulis tentang apa.
Namun tajuk ini yang dipilihnya jua.

Haha ! Apa yang aku merepek ni.
Ishhhhhhhhhhh.Okay. 
Disebabkan ada request untuk story pasal ni, 
jadi aku akan sahut cabaran beliau.
Mood : Flashback memory

Zaman muda mudi atau zaman kegemilangan sebagai remaja memang tak dopek ler nak dilupakan oleh setiap remaja. Setuju tak ? Sebenarnya zaman high school aku takde lar happening mana pon. Tak happening macam dalam cerita High School Musical. Awwww :)
Tapi banyak kenangan pahit dan manis yang terjadi sepanjang aku bergelar pelajar sekolah ni.
Kenangan yang mengajar aku untuk menjadi semakin dewasa dan matang.

Beemulanya aku sebagai remaja adalah apabila aku jejakkan kaki di sekolah menengah.
Aku sekolah menengah biasa jew. Sebab aku orangnya biasa-biasa. Takdelah pandai sangat.
So, masa form 1 adalah tahun yang paling tak best bagi aku. Kenapa ? Mengapa ? Why?
Ohhhh, ini adalah kerana aku punye kawan baik masa sekolah rendah pindah sekolah lain.
*Sampai hati lu tinggal kan wa sensorang. Lu taw tak wa demam lepas lu pindah sekolah. Dahla lu tak kasi khabar angin. Sob sob..*  Sorry taching jap. After Kawan baik wa meghilangkan diri wa mula kawan dengan burung,kucing dan ikan dalam kolam kat sekolah. Haha. Tipu jew. Korang bayangkan time aku form 1 all my classmate adalah dari sekolah rendah yang sama. Aku dengan akak aku je dari SKTD. Yang lain tu dari SKKT. So, diorang semua dah ada geng. Jadi aku geng dengan akak jelah. Tapi akak aku jenis pendiam. Jadi kalau aku bercerita dengan dia kadang-kadang macam aku cakap sensorang. Haha. Jangan marah kak nor. Tapi tu dulu lar. Sekarang mulut dia jew.
*sorry gambar masa form 1 takde*

Then masuk form 2 pun aku tak heppy. Sebab aku masih takde kawan.
Semua orang tak suka kawan dengan aku kot. Sebab aku pun tak reti nak mula borak dan tetiba jadi peramah macam dah pernah kenal and main guli sesama belakang rumah dengan orang. So,thats why lar.
Kat rumah pun aku takde jiran yang ada anak sebaya dengan aku. Mungkin sebab tu aku tak pandai bergaul.
Dan.. disebabkan kawan, aku memang takde mood nak pergi sekolah apa lagi nak study. Grrrrrrr. Bodohnya aku. Kalau aku boleh balik zaman dulu, aku rasa macam nak ketok diri sendiri. Haha. 
Lawak tengok gambar wa yang selekeh ni. Kalau korang terer cari sendiri wa yang mana.

Naik form 3, aku dah mula rasa heppy sebab aku dapat sorang kawan baik. Nama dia fazlenda.
Kat kelas aku duduk dengan dia. And boleh dikatakan aku dengan dia lebih rapat dengan budak lelaki dari budak perempuan dalam kelas tu. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi masa form 3 pun aku banyak sangat main sampai tak ingat belajar. Sedar tak sedar dah nak PMR. Amik kau. Lagi seminggu nak PMR baru aku study.
So, kesudahannya aku cuma dapat 4a4b. Arghhhhh. Malu kalau ingat balik result tu. Sebab result PMR orang lain semua gempak. 

Rindu cikgu Razak sebab dia baik dan lawak.

Naik form 4, aku dapat class science. Time ni aku memang dah berazam lar yang aku tak nak main-main dan nak tebus balik kesilapan aku masa PMR. Tapi agains, kawan baik aku tinggalkan aku lagi. Fazlenda terpaksa pindah sekolah sebab ayah dia seorang tentera. And u know as tentera they keep on moving. Azam yang berkobar-kobar untuk rajin study kian luntur. Then,aku selalu keseorangan balik. Ditemani burung-burung dan ikan-ikan di kolam. Kahkahkah. Geli siot. Lalu, datanglah seorang hero yang bernama Saleha yang telah merubah hidup aku. Cehhhhh. Dia mula tegur aku sebab nampak aku selalu mengasingkan diri kot. Then kitorang mula jadi kawan. Bermula dari situ, baru lar aku dapat ramai kawan. Thanx a lot to leha sebab dia sememangnya kawan yang fun dan ramai orang nak kawan dengan dia. Dia pulak sanggup kawan dengan aku yang takde kawan ni. After kawan dengan leha, baru lar aku mula rapat dengan zana (the most excellent students), dhaya ( very talkative), yan, fatin,dila and kak as. Kitorang adalah geng librarian okay. *Tak sangka i librarian dulu. Blushing..* Haha. Sebenarnya kitorang adalah librarian yang suka buat bising dalam library. Dahla jarang datang bertugas. Ishh ishh ishh. Adik-adik dont try this at the library ya.
Geng librarian

Picture class masa form 4 pun aku takde. Mana taruh pun tak tahu. Haishhh.
So, back to the future story. Ehhh,dah penghujung high school lar. Yeahhh. Akhirnya aku melangkahkan kaki sebagai candidate SPM 2007. Masa form 5 memang banyak kenangan manis bersama kawan kawan dan cikgu-cikgu. Sebab aku dengan kawan baik aku boleh dikategorikan sebagai 'nakal'. Bukan nakal dok usha laki ea. Takde masa ok. Tapi kitorang sangat nakal sebab suka kenekan orang. Aku pernah buat entry pasal BULI. Boleh kelik kalau nak baca balik. Kat situ aku ada cerita tentang kenakalan kitorang membuli budak junior. Dan aku ada promise nak cerita lagi on what bad thing we have done. Haha. Sorry leha. Aku terpaksa bongkarkan semua. As a science students,kitorang ada amik subjek physics. And u know what, kitorang sangat tak suka dengan cikgu Physics kitorang tu sebab dia suka masuk class then angin tak tentu pasal. Nak kata period dia tu laki. Haha. Tapi tak hengat dia jugak yang ajar aku yang bengap physics ni. Cisssss. So, nak dipendekkan cerita oleh kerana terlampau geram dengan cikgu Physics ni kitorang telah menghantar sehelai surat layang kepada beliau. Haha berani tak kitorang? 
ni adalah lukisan yang disertakan bersama surat layang tersebut. *sorry banyak banyak ya cikgu a*
Haha ! Bukan tu aje. Kitorang juga pernah buang kertas ujian matematik seorang budak laki ni gara-gara dia terlalu biadab dengan kawan baik saya. Dan akibatnya budak laki ni terpaksa mengambil semula ujian tersebut. Sengal kan. Last-last dia dapat 100. Yelah, dia dah tahu apa yang keluar kan. Haha !
Inilah geng ster *bukan geng star ya*. Haha ! With cikgu Halimah. Miss korang semua.

Finally, tiba lar hari SPM. Aku cuba jawab sebaik mungkin walaupun tak berapa nak study. And i got 6a4b for SPM. Ohhhh,agak sedih sebab aku target 7a. Tapi its okay. Aku bersyukur dengan usaha aku yang tak seberapa. Leha dapat 8a and zana dapat straight a. So, sangat jeles dengan diorang. Huhu.

After graduated aku ingat aku nak sambung matriks tapi tak dapat *because of my nationality*. Aku apply diploma pun tak dapat. Tak layak rasanya. So,masa tu memang dissapointed gila. Rasa dah putus harapan.
Abah hantar pegi private college tapi aku pergi dua minggu jew. Sebab tak best. Haha. Sesuka hati je.
 Then abah suruh masuk form 6. Time tu memang meraung lar tak nak pergi sebab sebelum tu dah menyumpah nyumpah takkan masuk form 6 sebab tak nak pakai uniform sekolah lagi. Akhirnya diri sendiri termakan sumpah. I have no choice at that time. So, i just go on with the flow. Dahlah dapat form 6 kat boys school. *cehh dalam hati suka.* Haha. Study in form 6 leave a lot of memories to me. Walaupun sekejap. Aku banyak dapat kenangan manis kat SDJ. Walaupun ada kenangan pahit yang sangat mengguris hati. Tapi aku dah lupakan semua tu.
This picture were snap a day before STPM
Yeahhh, im a traditional dancer babe !

This is for u mama. Nana dah buktikan kat semua orang. Siapa cakap masuk form 6 dan jadi penari tak boleh berjaya dalam pelajaran? cehhhh. *tiada niat nak riak ok. STPM je kot*

Best frenz in my life. From left : aten, ekyn, my lovely teacher cikgu Manisah, me and kak nor.

Feuwwww. *pinjam trademark member* Akhirnya selesai jugak buat entry ni. Agak panjang aku rasa. So, siapa yang sudi baca sampai habis tu ribuan terima kasih diucapkan. Sebenarnya banyak lagi nak cerita. Tapi masa tak mengizinkan. So,bye for now. See ya in my next entry.

p/s : Aku nak kurus macam dulu.....

Post a Comment