Friday, January 7, 2011

0 Buli

Assalamualaikum semua.
Petang tadi aku dah selamat sampai ke rumah tercinta. Weee. Macam ni lar rutin aku. Hari Jumaat memang wajib balik rumah lepas habis jew class tengahari. 
Memang tak tunggu ar. Teros angkat beg, call mama suruh amik. 
Kawan kawan semua cakap aku anak mak. Weyh,memang ar. Semua orang anak mak kan? Kalau tak anak sapa? Tetttt.

Haha ! Tapi hari bukan nak citer pasal anak mak ke anak pak ke. Aku nak citer pasal buli. Cakap pasal buli ni kan ia memang sinonim ar dengan rakyat Malaysia. Siapa yang tak pernah kene buli atau pun dia yang membuli orang? Aku rasa semua orang ada pengalaman buli membuli masing masing. Tak kisah lar kau dibuli atau membuli kau tetap terlibat dalam masalah buli.

sumber : cik google
As for me, aku ada dua pengalaman iaitu pengalaman dibuli dan pengalaman membuli. Of course lar pengalaman membuli lagi best kan. Haha ! Gelak jahat. 
Tapi korang jangan salah paham. Aku takde ar buli orang sampai macam dalam gambar di atas. Pada aku, kalau dah sampai sepak terajang tuh bukan buli lagi tapi dah dikira dera ! Kannnnnnn.

Oke. Back to the story. Kisah buli aku bermula dari tingkatan 1. 
Time baru nak masok sekolah menengah. Time tu aku memang skema plus comot giler ar.
Sumpah tak tipu. Aku pergi sekolah dengan baju sekolah yang ronyok sebab tak gosok.
Kasut lak masih pakai kasut bata yang strap dan tebal tu walaupun orang lain dah mula pakai kasut tali. Tudung pon senget senget. Memang serabai giler. 
Takde sekor pun dak laki yang pandang aku time tu. Tragis kan. 
Dan yang lebih tragis lagi apabila aku sering dibuli oleh senior senior yang busuk hati. 
Ada kew diorang perli perli aku bila aku lalu depan class diorang. 
Macam macam diorang cakap. 
Aku pun dah tak ingat dan memang tak nak ingat pon. 
Sumpah aku memang benci senior hampeh cam korang. 
Harap muka jew lawa tapi ketiak busuk.

Bila tiba giliran aku pulak jadi senior hambek kau. Inilah masanya untuk membalas dendam kesumat.
Time ni aku dah tak comot cam dulu ar kan.
Korang nak taw apa yang aku buat kepada junior yang tidak berdosa? Haha !
Aku dan sorang member ni memang suka berjalan jalan keliling sekolah. Kitorang jurukur jalan kt sekolah tu.
Dari segi kelebaran dan kepanjangan sekolah memang ada dalam tangan ar.
Then dah bosan jalan jalan kitorang pun memulakan misi membuli junior.
Bila kitorang jumpa jew budak fom 1, fom 2 dan fom 3 secara otomatiknya kitorang akan menegor mereka dan tanya betol ke nama dia dot dot dot? *seperti yang tertera di nametag mereka.
Setelah mereka mengiakan,kitorang pun dengan muka serius cakap "dik,guru disiplin nak jumpa kt bilik guru. Sekarang !" Tak cukup dengan itu. Kitorang tambah lagi.
" Apalah yang adik ni dah buat sampai cikgu disiplin nak jumpa. Haisshh. Habislah. "
Pastu kitorang belah. Lepas jew daripada budak nih kitorang gelak macam nak pecah perut sebab tengok muka diorang pucat giler. Ada yang menggigil macam nak terkucil. Haha !
Jahat tak? Sebenarnya ada lagi benda jahat yang kitorang pernah buat. 
Tapi nanti aku cerita kt next entry jelah.
Oke lar. Sampai sini dulu entry kali ni. Nak layan citer HE'S BEAUTIFUL di 8tv. Bye.

p/s : To adik adik yang masih bersekolah, DON'T TRY THIS AT SCHOOL. But in the toilet okay. Haha !




Post a Comment