Bila hati dah suka yg kaca pun bole jd permata. Bak kata Hanis Zalikha dalam entry cinta tanpa restu, kalau kita dah suka pada seseorang bagilah robert pattinson sekalipon kita tetap tak nakkkk. *robert pattinson tu aku yg tambah oke.
Entah kenapa malam ni hati aku tiba tiba terasa nak tulis pasal kisah cinta. euwwwww. jiwang lar. hahah. taw dah. tapi nk citer jugak. *sambil hentak hentak kaki* Ceritanya bermula begini. 'Once Upon a time, there was ........' Tu pembuka kata yg wajib bg cerita dongeng. And ending dia mesty 'finally they live happily ever after. THE END' Best kan hidup dalam kisah fairy tale ni. Tapi cerita cinta aku sangat tragis. Kalah citer KUCH KUCH HOTAK HEI. *sory klu salah spelling*
Aku mula involve dalam jerut percintaan ni since i was fourteen years old. Time tuh hingusan lagi. tapi ada hati nak bercinta. haha. memang kelakar. Jumpa kt sekolah jew. Nk jumpa kt luar jgn haraplah. Bila dating jarak mesti lar 2 meter. Takot cikgu nampak kang kantoi plak. Henfon pon tade lagi. tak bole lar nak main meset meset ni. Mama dgn abah aku memang larang 100% lar kalau anak dia sibok nk bercinta cinta monyet ni. Tapi aku sememangnye degil. Orang lain bercinta, aku pon nak gak. Sigh :-( So, lepas si dia habis sekolah, terputus mcm tu jew lah cinta kita orang *memang dah agak dari awal tapi degil jugak*
After clash, (clash tuh ayat wajib bg budak skola okey) aku banyak lagi jumpa lelaki yg bermacam macam perangai. Aku yg tak pernah serik bercinta ni will continue fall in love and clash. Penat taw menangis kerana lelaki. Kadang kadang menyesal jugak sebab bercinta ni. Tetapi pepatah ada menyebut "jika cinta itu menyakitkan kenapa masih ramai orang yg nk bercinta?" Then i will start thinking. Rupanya cinta jugak buat aku jadi lebih matang dan dewasa utk menilai seseorang lelaki.
Like i said earlier aku ni sering jadi mangsa cinta. cehhh ayat ta bole blah an!! haha. betol ar. bila couple tak pernah nye lekat sampai setahun. Mesty break. Aku punya prinsip kalau kawan dengan mana mana lelaki aku mesty bawa dia jumpa mama. Biar mama tau dgn sapa aku kawan. Alhamdulillah. Mama aku sempoi jew. Dia tak kesah aku kawan dengan lelaki janji jangan terabai pelajaran. At that time i think my mom is the most sporting mom. Dengan mama lar aku cerita segala galanya. Mama adalah seorang ibu dan juga best friend aku.
Tapi sekarang kan... Semua dah berubah. Walaupun mama merestui hubungan aku dgn laki laki sebelom ni, tapi diorang dah tinggalkan aku. Orang dah tak nak. ta bole paksa. Dan sekarang ni bila aku dah betul betul jumpa seorang lelaki yg begitu setia menyayangi aku kenapa mama pula tak izinkan. Alasan mama aku masih belajar. Kene concentrate on study. Besides our religion is differents. Tapi itu bole ubah kan ma. Sumpah aku tak kan berpaling dari agama ku. Percayalah. Dah berkali kali aku cuba yakin kan mama yang hubungan kami yg berbeza agama ni takkan merubah apa apa pon pada diriku. Tapi mama tetap dengan pendirian dia. Aku tak salahkan mama. Tapi andai mama faham sedikit saja hati aku alangkah bahagia nya aku rasa.
Sekarang ni aku dah tade best fren terbaik. Aku yg seolah olah merajuk ni tak pernah lagi bercerita kisah peribadi ku pada mama. So,belog ni lar yg jadi best fren aku sekarang. Aku tau mungkin korang akan kata aku ni anak derhaka sebab tak ikot cakap mama. Aku pon tak tahulah. Dah banyak kali aku mohon petunjuk dariNya. Andai dia bukan jodohku jauhkanlah dia dari kehidupanku. Tapi buat masa sekarang kami masih bersama.
If i had to choose between u and mama, i choose to leave. very far away from here. because i really cannot choose. Tamak ke aku untuk memiliki keduanya?
p/s : menitis sebutir air mata yg cuba aku sembunyikan semasa menulis blog ni.
Post a Comment