dear diary,
sepanjang 2010 ni banyak kisah suka duka yang telah aku lalui dan telah membuat aku jd lebih dewasa. cehhh! Baru-baru ni results for my first sem dah pon keluar.(nk citer ke xnk ea?) Result aku tak lar gempak mana pon. So,korang yg akan baca atau sedang baca jgnlh mentertawakan aku secara sengaja atau pon tidak k. Dari 7 subjek (termasuk koku) aku cuma dapat 6a1b+. Aku cam sedih gak ar dengan result ni. Bukan tak bersyukur. Syukur sangat2. Alhamdulillah. Tapi yg buat aku sedih tu subjek yg senang pon aku xbole score. Nk tau subjek apa yg aku dpt b uw? Errr. tak nk ar bilang sni. huhu.
tahun ni lebih banyak memaparkan kisah sedih berbanding yg happy dlm hidup aku. First,bile kucing aku mati pada bulan Mac lalu. Tak sampai 5bulan aku bela. dia da pergi buat selamanya. Al-fatihah buat arwah tom. smoga roh mu dicucuri rahmat. Amin.
Second,rumah aku yg hampir2 dimasuki perompak. oh gosh! nasib baik ko xsempat masok. Klu tak... eee,selisih.. to all perompak di serata dunia,rumah aku tade apa pon yg berharga utk ko curi ok!! Klu nk merompak sangat,pergilah rumah tan sri ke dato' ke. heh..(melawak aje) Cni aku nk bg advice ckit kt sape2 yg gelar diri mereka perompak atau yg baru cuba2 nk merompak! "Korang taw x abah aku penat cari duit. terpaksa pergi kje 13 jam tak tido semata-mata nk cari rezeki utk sara anak dan isteri. Mama lak suri rumah jew. mana nk byr duit rumah,kereta,api air,brg dapur, yuran skolah anak2,duit blanja (lebih2 lg aku yg suka topup) dan bnyk lg lah senarai kira2 yg perlu dibayar. Korang sedap2 jew nk curi kn. Tak selamat lar hidup korang tuh.
Lastly,kisah yg paling sedih dlm tahun ni adalah bila org yg paling aku sayang kt dunia ni iaitu mama tidak merestui bila aku berkawan dgn seorang lelaki non-muslim. OMG!! Klu aku jd mama pon aku xkn bagi. (Perkara yg paling sensitif apabila menyentuh soal agama ni) Tapi entah kenapa aku rasa senang bila berkawan dengan dia. Mungkin jarak usia kitorang yg agak jauh membuatkan dia lebih matang. Dia yg aku gelar 'A' bukan nama sebenar seorang lelaki beragama kristian. A berumur 25 tahun dan merupakan anak yatim (ayah dia meninggal dunia sejak kecik). So,dia sekarang stay dgn his mom dekat JB (diorang asal sarawak).A ni peramah,suka kucing(mcm aku gak),penyabar(sebab aku suka marah2 tak tentu pasal) dan yg paling best dia pandai masak. Selama kitorang berkawan,dia xpernah cuba mengajar aku makan atau minum benda2 yg tak halal jauh sekali cuba mengajak aku utk menganut agamanya. (Klu dia berani utk berbuat begitu aku tak akan teragak2 utk sumbat kau dalam penjara!!) Malah dia sering bertanyakan tentang Islam pada aku. Aku banyak berkongsi dengan dia tentang Islam setakat mana yg aku mampu. Aku pun masih jahil dan banyak lagi yg perlu aku belajar. Pokoknya aku gembira sejak berkawan dengan A. Tapi mama keras2 menyuruh aku jgn berkawan lagi dgn A. Bahkan kol atau mesej pon tidak dibenarkan. (Jumpa jauh sekali) Alasan mama aku bukanlah org yg sesuai utk membimbing dia masok Islam. huhh.. Aku pun xtaw la apa akan jd lepas ni. Tp buat masa sekarang aku ikut saja kemahuan mama. Cuma kadang2 ada juga aku contact dgn A. sigh!!
Semoga tahun 2011 membuka lembaran baru dalam hidup aku. Aku dah pon siap membuat list utk azam tahun baru. haha. (azam tahun lepas pun tak tercapai lagi) Harapan aku agar tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Dan semoga aku menjadi lebih matang dan anak yg baik. Amin..
Post a Comment