Okay. Lupakan pasal buffered earning yang tak jalan tuh.
*Sumeone toold me that it was not buffered earning pon. Haha !
Oh my prada ! I am so embarrassing.
Forget about it. Lagipun aku baru setahon jagung dalam dunia blogger ni.
Citttt ! Ada hati mahu buffered earning.
Ingat belog kau macam najwa latif ke? Baru sekali post update dah beratus follower.
Mood : Bermonolog
Back to the title !
Actually , aku dan kawan kawan tengah planning untuk outing plus tengok muvie khurafat.
Yang khabarnya sangat seram dan boleh membuat jantung anda berdegup kencang dan punggung tidak melekat di kerusi. Seriously? Okay. Lepas ni pengarah Shamsul Yusuf kene bayar aku allowance sebab aku tolong promote filem beliau ! So, sepanjang perjalanan dari kafe ke fakulti kitorang pun borak lar pasal pengalaman seram masing masing. Alar, korang pun mesty pernah kan.
So, ini antara cerita seram yang dipetik dari mulut rakan baik sendiri.
CERITA 1 :
Di sebuah kolej, terdapat dua orang insan yang sedang bahagia dilamun cinta. Seorang teruna dan seorang dara. Of course lah kan. Tapi diorang ni lebih suka merahsiakan hubungan diorang sampai takde sorang pun yang tahu. Lokasi dating diorang adalah di taman pada waktu malam. *Wondering ni diorang buat apa kan.
Then roomate si dara ni pun naik heran. Kenapa lar asal malam jew dia keluar. Lama pulak tu.
So, satu hari si roomate ni telah mengambil tindakan drastik dengan mengikut si dara senyap senyap.
Apabila si dara sampai di taman si roomate pun memerhatikan dari jauh tanpa disedari.
Bila si dara balik ke bilik, roomate dia pun beranikan diri tanya. " Eh, tadi kau pergi taman jumpa siapa? Kenapa cakap sorang sorang?" Si dara pun terkejut. " Kau skodeng aku ea? " katanya. Si dara sambung balik " Sebenarnya aku jumpa buah hati aku lar. Nama dia Sham." Alangkah terkejutnya si roomate bila dengar si dara sebut nama itu. Si dara pun hairan kenapa roomate dia tiba-tiba jadi pucat ni. Si dara tanya "eh,kau ok tak ni?" Roomate yang masih lagi terkejut menjawab dengan terketar ketar "Sham tu dah meninggal 5 tahun dulu."
CERITA 2 :
Ada sebuah keluarga. Si ibu dah meninggal. Tinggal si anak dengan si ayah. 4 beradik semuanya. Suatu hari, si along menyatakan hasratnya kepada ayahnya. "Ayah,along nak pakai tudung. Along nak tutup aurat." Si ayah terus berang mendengar hasrat anaknya itu. Si ayah lalu berkata " Kau jangan nak naikkan darah ayah ea. Cuba tengok adik adik kau. Diorang semua tak pakai tudung." Si along hampa dan kecewa.
Dipendekkan cerita, pada suatu petang, si along sedang mandi sambil berkaroke di dalam bilik mandi. Si ayah yang tiba tiba rasa nak terkucil terus berlari ke bilik mandi dan dengan selambanya membuka pintu bilik mandi yang tidak berkunci. Si along yang tengah mandi terkejut lantas menjerit sambil tangannya mecapai tuala. Dia hanya sempat menutup bahgian bawahnya saja. Si ayah yang turut terkejut tapi kelihatan tenang dengan selamba berkata "alar,ayah bukan nak tengok pun !" Si along berasa sangat malu.
Pada suatu hari si along sekali lagi memberanikan diri untuk menyampaikan hasrat murninya kepada ayah. Dia memulakan perbualan. " Awal ayah balik hari ni. Ayah dah makan?" Si ayah pelik lalu bertanya " Tak pernah pernah kau peduli pasal ayah. Kenapa hari ni caring semacam? Mesti ada something kan?" Si along tanpa berlengah meluahkan hasratnya " ayah,along nak pakai tudung. Along nak tutup aurat !" Selepas saja mengujarkan hasrat itu "PANGGGG !" satu lempangan hinggap di pipi along. Along jatuh terduduk.
Adik adik yang lain turut bergegas menyaksikan kejadian. Si ayah yang berang bersuara " Kau ni kenapa hah? Kau tu anak jantan. Mane boleh pakai tudung. Kau tengok adik adik yang lain. Semua jadi lelaki sejati. Tapi kau sorang jew. Haishhh,tak tahulah aku nak cakap apa "
Hah? Seram tak? Cerita 2 tu seram what. LAWAK SERAM ! Nak pecah perut aku gelak time member aku citer tadi. Geram pun ada. Wa da feeling feeling kesian kat along tuh sebab ingatkan dia perempuan.
Haha ! Thanx ida, nisah and haja for sharing something today.
Tapi time tengah pakat gelak kuat kuat tak ingat dunia kan tiba-tiba ada seorang girl ni jalan depan kitorang. Dia jalan slow sangat. Dan.. dan.. dia menyeramkan. Tak caye? Tengok nih.
Makkkkk! Cabuttttttttttttt!!
p/s : jangan cerita tentang hantu di tengah hari ataupon tengah malam. Kalau tak...........
Pikir sendiri lar. Bye !
Post a Comment