Thursday, February 3, 2011

2
Resipi Kek Coklat dan Kuih Sejuk

Hye semua.
Berjumpa lagi kita di pagi Khamis nih.
Hari nih cik fana nak kongsi resepi.
Hah ? Tak percaya ?
Haha ! Percayalahhhhh . *Sambil nyanyi lagu Siti.
Okay, abang abang, kakak kakak, dan adik adik, pergi amik kertas dengan pen cepat.

Resepi pertama - Kek Coklat
gambar ambik sendiri bukan curi kat google ya

Bahan A :
1 cawan koko
1 cawan air
1/2 cawan gula castor
(dimasak dengan api perlahan)

Bahan B :
6 biji telor ayam (telor itik tidak digalakkan)
2 cawan gula castor
2 3/4 cawan tepung naik sendiri
1 buku marjerin / mentega (250 gm)
badam atau chocolate rice (buat hiasan)

Bahan C (Toping ) :
1 keping coklat masakan (coklat cadburry pon bole)
3 sudu besar mentega
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar susu pekat manis
(double boil coklat masakan dan campur semua bahan C)

Cara-cara membuat nya :
Pukul telor bersama gula hingga kembang
Mentega dipukul berasingan
Campurkan bahan A dan B
Masukkan tepung sedikit demi sedikit
Kacau hingga rata
Tuangkan adunan dalam acuan tak kesah bulat atau empat segi
Bakar selama 45-60 minit dengan suhu 180 darjah celcius
Bila dah siap, keluarkan kek dan biar sejuk dulu.
Lastly, tuangkan toping coklat tadi kat atas kek dan tabur badam sebagai hiasan.
DONE ! Simple kan.

kek yang telah pon selamat berada di dalam perot aku.

Resepi 2 - Kuih Sejuk
Ini kuih sejuk. Bukan bedak sejuk.

Bahan-bahan :
1 gelas tepung kastard
1 biji telor (dipukul dahulu)
3 sudu besar susu pekat
5 gelas air

Cara membuat :
Campur semua bahan di atas
Kacau diatas api (api jangan terlalu kuat)
Kacau dan kacau sehingga adunan pekat
Tuangkan adunan di dalam acuan bulat atau petak
Sejukkan dulu adunan
Bila adunan dah sejuk masuk dalam peti sejuk (barulah nama kuih sejuk)


Oleh kerana kuih sejuk ni dia berkuah, so sementara tunggu kuih sejuk 
disejukkan dalam peti sejuk, kita buat kuah dia pula ya.

Bahan bahan untuk kuah
1 tin susu cair
1 cawan gula pasir
1 biji telor (dipukul dahulu)
1 tin buah buahan (LIGO) 
*ni tambahan jew macam dalam gambar di atas

Cara-cara membuat kuah :
Campur semua bahan dan kacau atas api
Bila dah mendidih, angkat dan sejukkan
Kemudian bubuh lar buah buahan dalam tin.
Lastly, keluarkan kuih sejuk dalam peti sejuk tadi.
Dan tuangkan kuah tadi ke atas kuih sejuk.
Taddaaaa !

Dah pon siap. Senang kan. 
That's all from me.
Selamat Mencuba !
~ Bye ~

Post a Comment