Okay. Aku dah mula merapu. Sebenarnya tajuk kita pada hari ini sounds differents. Muchas Gracias ni merupakan perkataan dari bahasa Spanish yang membawa maksud Thank You So Much. Jadi entry kali ini adalah merupakan suatu penghargaan dari aku *insan yang hina* kepada semua yang berada di sekeliling aku.
Tanggal 14 Mei iaitu pada hari semalam, genaplah usiaku menjangkau ke usia puluhan. Tiada lagi angka belasan. Sedih bercampur gembira dan macam-macam lagi perasaan yang bercampur baur. Aku sedih sebab aku sekarang makin tua. Ehhh, tak. Dewasa.Lepas ni dah tak dapat lah main macam budak-budak.
Aku takut sebab semakin dewasa, aku perlu menjadi semakin matang. Memikul pelbagai tanggungjawab yang terpikul di atas bahu. Aku gembira sebab aku masih lagi bernyawa di atas muka bumi untuk meneruskan hidup yang singkat ini. Kalau boleh aku nak terus hidup agar dapat membalas jasa mama dan abah. Walaupun jasa mereka memang tidak akan terbalas tapi at least aku boleh jaga diaorang dan buat diorang gembira. Insyallah.
Kek harijadi dari family tercinta
Sempena menyambut hari tua, aku secara rasminya menukar layout dan lagu di dalam blog ini. Apa pandangan korang? Sesiapa nak puji ke, nak kutuk pun aku terima bolehlah mengutarakan di tempat komen mengkomen. Layout ini ditukar kerana ingin menampakkan sedikit kedewasaan aku. Cehhhh. Selama ni tak cukup dewasa ke?
Jutaan ucapan terima kasih juga buat semua yang sudi menjengah belog yang tak seberapa ni. Walaupun takdelah sampai beribu UV aku dapat macam belog kupu-kupu kecik kepunyaan Yuyu Zulaikha, tapi masih ada yang sudi melepak kat belog Anak Incik Mokthar. Thanks a lot guys. Itu yang membuatkan semangat berblogging aku semakin membara-bara.
Kepada follower yang ke 666, aku tak dapat nak jejak link kau. Kalau boleh aku nak buatlah sepatah dua entry untuk review blog sebab dah jadi follower bertuah aku. Kalau terbaca entry ni sudi-sudi lah tinggalkan link ya.
Okay. Itu saja kot aku nak cakap. Semoga korang terus setia menjengah ke belog ini walaupun takde pape yang istimewa. Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara. Ehhhh, dia dah mula dah. Haha. Zassssss.
Post a Comment