Friday, July 15, 2011

2 SEDIH

Assalamualaikum guys.
Dah lama rasanya tak menulis. Banyak benda yang nak diceritakan tapi semuanya tergantung sekerat jalan. Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga short sem aku. Berakhirlah cerita kuliah untuk tahun pertama. Feeuuww.

Seperti yang kita semua sedia maklum, lately ni banyak benda yang tak elok didengar telah berlaku. Sedih. Hanya itu je yang mampu aku ucap. Dalam kesibukan dan kesuntukan masa nak ambil exam, aku sempat juga tengok berita.

Bersih. Perhimpunan yang telah menggemparkan Satu Malaysia. Namun tempiasnya sampai ke merata-rata. Indonesia yang pernah satu ketika membenci Malaysia kerana kalahnya pasukan bola sepak mereka pasti sedang tertawa. Singapura yang sering bertelagah dengan Malaysia kerana perebutan pulau dan sebagainya juga pasti merasa gembira. Kerana apa? Kerana Malaysia yang dulunya sebuah negara yang aman damai telah pun menunjukkan huru-hara. Sedih.

Aku tahu kerajaan ada kekurangannya. Aku yakin semua negara juga mengalaminya. Tapi janganlah kerana keburukannya, kita lupa segala jasa-jasa mereka. Aku tahu aku bukanlah siapa-siapa. Tapi aku cuma tidak mahu melihat begini jadinya. Aku sayangkan Malaysia.

Kalau pun benar terbuku ketidakpuasan hati, jangan ditambah bara ke dalam api. Memang negara kita negara demokrasi. Tapi adakah masalah boleh diselesaikan dengan demonstrasi?

Please read this article and all the comments there.

Walaupun aku tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini, aku harap keadaan jadi pulih kembali. Walaupun sukar untuk Malaysia kembali stabil kini, tapi tidak mustahil dengan mengambil contoh peristiwa 13 Mei. Apa yang penting kita mestilah bersatu padu. Kurangkan segala ketidakpuasan hati. Jangan mudah dijajah pemikiran kita. Orang kata macam ni, kita terus percaya. Orang kata macam tu, kita terus setuju. Jangan sering persoalkan apa yang negara dah bagi kat kita. Tapi tanya lah apa yang kita dah beri untuk negara.

p/s: I LOVE MALAYSIA

Post a Comment