Thursday, August 25, 2011

1 Persiapan Raya Part 1

Assalamualaikum^^


My world
gambar hiasan

Tinggal 4 hari je lagi nak raya. Ya, 4 HARI SAJA. Dah boleh hitung jari sebelah tangan je. Rumah dah siap kemas? Kuih raya dah siap buat? Baju raya dah beli? Berapa pasang? Err, tu lah soalan yang selalu diajukan kepada aku. 

Kalau nak cakap pasal persiapan, boleh dikatakan banyak benda yang family aku dah prepare awal-awal. Baju dengan kasut raya sebelum puasa dah beli. *eksaited*  Kuih raya pun dah siap buat. Duit raya dah masuk dalam sampul. Err, apa lagi? Argghhh. Sebenarnya banyak lagi benda yang tak siap tahu. Antaranya, ops kemas rumah besar-besaran, acara memasang langsir dan lampu kelip-kelip, serta memasang cadar dan langsir baru di bilik. Cukup ke 4 hari ni? sigh.

Sebelum bulan Ramadhan lagi abah dah hulur kat mama duit untuk beli baju raya kitorang satu family. Total : RM 1000 untuk 5 orang. Tak termasuk abah sebab abah beli baju raya sendiri. So, setelah dicampur tolak darab bahagi, peruntukan untuk seorang cuma dalam RM 200 je. Ya, pada aku RM 200 tu sikit. Sebab apa? Cuba korang pergi tengok baju kurung perempuan yang ready made berapa harga dia. Paling kurang pun RM 100++. Itu baru baju je. Yang peruntukan RM 200 tadi adalah full set. Tak kira lah nak beli apa tapi mesti lengkap sepersalinan. 

At first memang aku merungut juga lah. Soseh-soseh kat belakang. Mengeluh itu dan ini. Tak bersyukur langsung. Bila fikir-fikir balik, aku menyesal sangat. Ada orang yang langsung tak dapat beraya sebab tak mampu nak beli barang-barang raya. Ada yang raya ke tak raya ke sama je. Betapa bertuahnya aku sebab masih hidup selesa di samping keluarga tercinta. auchhh.

RM 200 tu memang tak banyak. Tapi kalau digunakan dengan bijak, kita dapat beli macam-macam tau. Aku pun dah berazam untuk tidak boros. Sebab selama ni abah dah banyak keluar duit. My mama kan suri rumah. Yuran universiti aku yang beriban tu abah yang bayar. Sebab aku tak dapat tajaan. pfft. Even pergi ambil lesen pun abah yang support. Lepas raya ni naik sem baru. Nak kena keluar duit lagi untuk yuran and all other things. Thanks a lot abah.

Okay. Berbalik kepada cerita kita. Apa yang aku dapat beli dengan RM 200? 

Baju kurung : RM 79.90
Maxi skirt : RM 30
Polka dot dress : RM 20
Kimono blouse : RM 30
Shoes : RM 25

Total : RM 195

See. I got to buy 5 items dan still ada baki RM 5. BANGGA. So, my point is kalau nak belanja tu ikut kemampuan lah. Janganlah budget RM 200 kau nak beli barang yang total sampai RM 2000. Tak logik kan. Nak baju kurung RM 300. Kasut RM 300. Handbag, makeup, shawl and so on. Tak ke boleh jadi bankrupt.

Orang kata biar bersederhana dalam berbelanja. Jangan ikutkan hati dan nafsu sangat. Tapi, sebagai orang perempuan aku mengaku memang susah lah nak buang habit shopping ni. Kalau tengok orang beli itu, kita pun nak juga. Jalan yang terbaik ialah, kita set mind dulu apa yang nak dibeli dan bawa duit ngam-ngam je. Sebab selagi ada duit dalam purse memang tak balik rumah lah jawabnya.

Okay guys. Entry ini akan ada part 2. Nak cerita pasal kuih raya pula. Tungguuuuuuuu. Haha. Bajet ramai je yang baca kan. 

Sampai ketemu di entry seterusnya. Kbai.


Post a Comment