Thursday, December 30, 2010

2 Satu MALAYSIA

Alhamdulillah. Aku rasa satu Malaysia dah tahu mengenai kemenangan Pasukan Bola Sepak negara menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Thanx K. Rajagobal & Harimau Malaya cause u've made all malaysian smile and proud to be Malaysian. (^_^)  Dan kepada sesape yg tak tengok bola semalam memang rugi ler.. Hehehhh.


Oke. Entry aku kali nih bukan ler nk cerita pasal cuti umum sempena kejayaan bola sepak negara ataupon Kehenseman dan ketereran Safee & Fahmi. Pasal benda nih dah common lar. Mana mana orang pon cerita pasal ini. Aku memang xnafikan ar yang diorang memang terer dan paling penting semua orang happy pasal esok cuti. Yeaaaaahhhhhh! Tapi aku nak citer la pasal kita rakyat Malaysia nih. Kalau sebelum nih tengah demam bola, tak kire melayu cina mahupon india semua excited pegi kedai mamak tengok bola. Yang melayu pon berborak dengan orang india dan orang india lak menegur orang cina. Seee. Betol lar orang kata yg bola sepak nih boleh menjalin persahabatan. Tapi harap harap lepas reda demam bola nih, kita perlu teruskan lah situasi begini. No Racism lar.

Kenapa lak aku tiba tiba concern pasal Satu Malaysia nih?? Hahhh, mai sini nak habaq. Aku rasa umum sedia maklum yg sebelum final kedua piala Suzuki AFF semalam banyak kekecohan dah berlaku antara Malaysia dengan Indonesia. Yang paling hebat 'Isu Laser' & 'Isu Malaysia guna ilmu hitam'. Memang lar kalau fikir logiknya depa ni memang tak rasional. Kalau Malaysia guna ilmu hitam, Malaysia dah jadi Juara Piala Dunia lar kottt. Haish. Bukan nak ungkit apa lar. Cuba korang tengok, bila indonesia kne musibah seperti gempa bumi, tsunami, dan mcm mcm lagi, sapa yg hantar bantuan kalau tak Malaysia. Singapura lak. Time depa takda air, sapa yg dok salurkan air kalau bukan Malaysia. Tapi bila senang, depa ni nk dok kutuk hina caci dan lebih dahsyat plan nk musnahkan Malaysia. Ish.. ish.. ish. Tak patot kann. Tapi Malaysia boleh buat apa?
Kita cuma boleh cari jalan damai jew lar. Pasal kalau nk compare bil penduduk Malaysia dengan anggaran 28 million dengan penduduk Indonesia yg sejumlah 240 million memang jauh sekali lar kan. Compare dengan negara Singapura lak. Depa nih memang lar ciput jew. Dalam map pon klu nk tengok kne pakai kanta. HAHA! Tapi depa punya otak fuhhhh. Depa ada teknologi canggih dan backup besar. Hahhhhh. Tu dia.

Perasan atau tak Malaysia yg berada di tengah tengah Indonesia dan Singapura nih sangat tidak digemari oleh depa. Aku pon tak tau apa onar yg kita dah buat sampai mereka nih Anti sangat dengan negara Malaysia. Tapi sebaliknya kita orang Malaysia nih pulak yg mengagung agungkan negara depa. Tengok lar dari segi entertainment. Memang Indonesia lar juara carta. baik, lagu, sinetron mahupon filem depa meletop letop kt pasaran Malaysia. Manakala dari segi Education, Singapura memang disebot sebot sebagai pilihan anak anak Malaysia yg nk sambung pengajian. Kerja tak usah cakap lar. Berduyun rakyat Malaysia yg nak jadi kuli Cina kt Singapore tuh. Alasan? Opkos lar gaji mereka lebih tinggi kerja sana. Tapi aku bukan nak tunding jari pada sesapa lar kan. Aku pon masih bergelar student. Tapi aku dok terpikir cmna lar Malaysia 10 tahun akan datang.??

Untuk mengatasi ancaman dari luar tak susah. Kita kuatkan yg dalam dulu. Sebagai rakyat Malaysia yg berbilang kaum, anda patot rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Pasni tak usah lar gadoh gadoh. Kita kan 1 Malaysia. Mai lar kita menyokong industri tempatan . tok sah nk agungkan sangat benda dari luar. Depa tak pandang pon negara kita. Kalau tak kita, siapa lagi?? Kannnnn. Hidup Malaysia. I LOVE MALAYSIA.
Credit to google

p/s: Haha! Beriya aku buat entry nih walaupon tahu tak da orang baca pon.

Post a Comment