Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kita mulakan dengan berita tempatan. Cehhhh! Ada gaya tak nak jadi pembaca berita? Haha!
Hari nih hari Isnin. *Semua orang da taw larr! Nak story yang bermula lar sem 2 aku pada hari nih.
Pengalaman? Memang penat lar weyh. Tapi ada story yang lagi best. Nak taw?
gambar hiasan
Tadi aku pegi class mcm biasa ar ikot timetable. Class start kul 10pg. Tapi aku punya semangat sebab first day pukul 9.30 aku dah sampai. Bila aku sampai membe membe class aku sekor pon takde. Aku dah cuak ar. Takot salah class. Ura ura nak balik pon ada. So aku call membe aku. Tanya diorang kat mana? Diorang bole cakap kt bustop lagi. Tengah tunggu bas. Hampeh ! Terpacak lar aku cam tugu negara.
Then tunggu punya tunggu dalam class, lecturer tak sampai sampai. Cerita dari A sampai Z dah aku story kt diorang tapi masih takde lecturer. Setengah jam tunggu, aku dan membe member pon konpem yg class dismiss. So apalagi? Balik arh. Haha !
Class kedua adalah class bahasa inggeris. Hah. Memang aku malas sikit. Bila dah masuk dalam class cm biasa ar. Gosip ! Sekali lecturer masok. Jeng jeng jeng. Mat salleh. From Canada. "My name is Jack" he said. Dia cakap laju macam keretapi jepon. Haha ! Dalam hati aku kata mampuih ar.
Arghhhh. Habis ja class english aku pi makan ngan kawan kawan. Aku makan nasi putih dengan ikan keli. Aku tak taw apa punya malang, ikan dia tak sedap. Rasa masam jew ikan nih. Adoiiii. Elak sakit perot jew. Errr. Lepas makan sembahyang zuhur oke.
Lepas jew sembahyang kitorang pon lari lari anak * yang ni jangan percaya! * balik fakulti.Ada class lagi. Class macroeconomy. Lecturer eco ni memang berdedikasi habis lar. First day dah bagi homework. Pehhhhhhh! Tapi bagus ar. Jangan malas nana! Oke. Saya siapkan hari nih jugak. Haha !
Last sekali time nak balik. Tadi boleh hujan lak. Aku pon dengan berat kaki melangkah ke bus stop. Pastu konon nak buat busy ar check dalam beg. Aku cari kunci bilik. Tapi tak jumpa. Panik tak taw nak cakap ar. Tercicir ke? Adoi. Aku call roomate aku. Mintak kunci dia. Pasal dia ada class sampai pukul 5. Sampai jew bilik aku nampak kunci aku ada atas meja belajar. Dalam hati dah konpius. Nak sedih ke happy? Haha ! Nasib baik ko ada wahai kunci. Kalau tak mampuih aku.
Oke ar. Sampai sini jew story mengenai pengalaman di hari pertama. Sorry takde pic sebab saya demam. Tak lawa ar nak snap pic demam demam kan. Thanx korang sudi baca. Korang pun share ar apa apa mengenai pengalaman di hari pertama. Sampai jumpa lagi. Bye !
p/s : macam mana nak hilangkan penyakit NYANYOK? Dah makin terok nih !
Post a Comment