Semasa sedang berhopping dari satu belog ke satu belog, aku nampak lah ramai bebudak yang baru habis SPM dah dapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke universiti-universiti awam. Tahniah aku ucapkan. Ada juga yang dapat tawaran ke universiti dan kolej swasta. Tak kurang juga ke tingkatan 6. Untuk tawaran ke matriks aku tak pasti dah keluar ke belum. Apa pun tahniah buat korang.
Bagi yang tak dapat mana-mana tawaran tu, jangan bersedih. Korang boleh rileks kat rumah sambil makan popcorn dan tengok dvd hari-hari. Korang juga boleh buat part time or full time kat supermarket. Siapa yang beruntung ada family yang memang run their own business, korang digalakkan menyambung perniagaan family korang tu.
Tapi hari ni aku nak share dekat siapa-siapa yang dapat tawaran belajar which choice is the best for choosing which path to continue your study. Kita mulakan dengan diploma. Diploma ni selalunya merupakan choice pertama. Sebab bila ambil diploma korang secara automatiknya dah dapat jejakkan kaki ke menara gading. Selain itu, dengan dimploma korang boleh cari kerja. Best kan. Tapi ramai yang cakap diploma ni makan masa. Tiga tahun pengajian compared dengan matriks. But if u continue your study in the same course, u only have to take 2 or 3 years only to complete your degree. So, lebih kurang jelah masa pengajian korang.
Kalau korang dapat matriks, aku cadangkan korang pergi. Sebab matriks memang ekspress. And matriks ni memang ditempatkan khas untuk kaum bumiputera. So, don't waste the chance. After matriks setahun setengah korang boleh terus ambil degree.
And last choice is form 6. Aku ada terbaca kat sebuah belog yang mengutuk kaw-kaw pasal belajar di form 6. What's wrong with that ? Salah ke kalau kena pakai baju sekolah lagi. Ohh, lupa. Aku dulu pun macam tu. Sebelum aku SPM memang aku dah menyumpah la yang aku takkan ambil form 6 sebab tak nak pakai baju sekolah. Dan aku pandang rendah pada kakak-kakak abang-abang yang ambil form 6. Kononya form 6 ni untuk budak-budak yang tak berapa pandai. But guess what. Allah itu maha mengetahui. Aku tak dapat mana-mana tawaran lepas habis SPM. Tawaran kolej swasta memang berlambak tapi tak mampu kot besides ragu-ragu dengan qualification degree yang bakal diperolehi. So, abah aku nasihat suruh ambil tawaran form6. At first memang berat aku nak terima. Siap nangis-nangis lagi tak nak pergi. Then my mom comfort me. She give some advices. And i have no choice. Aku terima tawaran form 6. Aku dapat aliran Sains. Tapi aku tukar pergi aliran kemanusiaan. And here I am now. Aku dapat sambung degree in Accounting di UTM. It's not so bad about form 6. At least ramai juga budak form 6 yang sambung degree. So, if u got no other better choice, ambil jelah tawaran form 6. Dan buktikan yang korang boleh berjaya.
Okay. Bagi sesiapa yang tak nak sambung study, korang boleh kerja atau atau mohon kemahiran. Macam nursing. Korang boleh terus dapat kerja lepas habis study.
Ihope u guys dapat buat keputusan dengan tepat. Because this is your future. Pilih course yang korang betul-betul boleh buat. Bukannya course yang orang paksa korang suruh ambil k. So, gud luck for you guys. Make your parents proud to have children like u. And the most important things, make you country proud to have citizens like you,.
Post a Comment