Saturday, August 13, 2011

12 Betol Ke Lelaki Sekarang Prefer Perempuan Bertudung Untuk Buat Isteri?

Assalamualaikum^^
“Betol ke lelaki sekarang prefer perempuan yang bertudung untuk buat isteri?” Well, yeah ini adalah entry balas kepada entry di belog the other Khairul. *pehh, berani lu buat entry balas kat belog senior cenggitu? Haha. Aku bukanlah nak buat entry balas segala sebab tak puas hati or whatsoever. Just nak luahkan pendapat sebagai seorang perempuan.

Seize The Day.
gambar hiasan

Berbalik kepada tajuk. Aku nak tanya kat korang lah wahai kaum lelaki. Betol ke korang nak perempuan yang bertudung dan tutup aurat untuk dijadikan isteri? Like seriously? Then perempuan yang hot-hot tu just untuk stok geli-geli? Ohh, kalau betul lah statement ni maka tidak akan wujudlah perempuan yang nak pakai seksi seksi dan dedah dedah.


Pernah tak korang terfikir kenapa perempuan suka pakai seksi? Kenapa ea? Ohh,saja suka-suka kasi angin masuk. Sejuk sikit ye dak? This is nonsense lah. Kau nak tahu kenapa? Orang perempuan pakai seksi untuk tarik perhatian LELAKI!! Ya, untuk tarik perhatian. Same goes with perempuan yang pakai makeup tebal 3 inci. Kau ingat kita orang perempuan ni suka-suka ea bazir duit ribu riban just untuk kelihatan cantik SAJA? Mesti ada reason kan kenapa orang perempuan perlu kelihatan cantik.

So, kalau orang lelaki tak pernah minta perempuan untuk jadi seksi maka dunia ni akan penuhlah dengan perempuan solehah yang menutup aurat. Tak gitu bang meon? Aku nak bagi contoh kalau tanya kat orang laki soalan macam ni : Dalam banyak-banyak awekz, awekz macam mana kau nak? Mestilah orang lelaki akan jawab : Aku nak awek yang macam Megan FOX. Tak pon Fasha SANDHA. See? Jarang lah yang sebut nama artis yang menutup aurat.

Ramai dah aku tengok orang lelaki yang pilih perempuan HOT untuk buat bini. Lelaki sekarang mana kisah kalau ada lelaki lain yang dapat tengok body bini dia juga. Ada yang rasa bangga lagi lah. Kononnya dia dapat menakluki seorang perempuan yang menjadi idaman ramai jejaka. So, secara tak langsung dia juga dianggap lelaki HOT.

Okay. Tak percaya juga? Aku bagi situation lah. Ada dua orang perempuan kat fb kau upload gambar. Yang sorang pakai simple-simple je. Ambil gambar pun malu-malu sambil buat peace. Yang sorang lagi pakai baju dedah sana dedah sini. Dah tu siap buat posing maut. Agak-agak lah kan picture mana yang akan dapat lebih banyak LIKE dan COMMENT? Cuba korang tengok album friendlist korang sendiri ok.

Lelaki zaman sekarang. Perempuan bertudung dikatakan kolot. Sukar didekati. Tak sosial. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Perempuan HOT semua pon boleh kan. So, lelaki lebih suka mendekati perempuan hot berbanding perempuan yang menutup aurat. Mungkin pada mulanya niat korang hanya nak main-main je. Tapi bila perempuan tu dah kebas duit kau ribu-riban mesti kau pikir 10 kali kalau nak tinggalkan dia kan. Nak tak nak terpaksalah buat bini.

Okay. Walaupun entry aku macam bias kepada perempuan HOT tapi tak bermakna perempuan HOT ni jahat 100%. Macam yang aku cakap tadi, kita kene fikir balik. At the first place kenapa perempuan zaman sekarang suka pakai SEKSI SEKSA? Sebenarnya tak salah kalau kau KAUM LELAKI nak pilih perempuan HOT buat bini. Tapi lepas tu kau bimbing lah dia ke jalan yang benar. Janganlah lepas kahwin pun kau biarkan dia pakai skirt nampak peha. Pakai baju nampak pusat. Sia-sia lah duit kau bayar wang hantaran tinggi-tinggi kalau orang lain pon boleh share tengok.

"Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik".

Kalau lah semua lelaki Islam menetapkan syarat yang perempuan bakal dipilih untuk dijadikan isteri MESTI menutup aurat, aku rasa ramai perempuan Islam yang akan tutup aurat. Serik dah nak pakai seksi-seksi. Perempuan mana yang tak nak kahwin kan. 

Ustaz aku pernah tanya : Kalau anda diberi pilihan untuk beli baju yang mana anda nak pilih? Baju yang dilonggokkan di tempat SALE 80% yang ramai orang dah pegang dan try baju tu atau baju yang masih tergantung cantik dan dibalut dengan plastik berzip. 

Itu saja untuk hari ni. Maaf andai ada terkasar bahasa. Selamat berpuasa untuk semua. OK BYE.

p/s : aku pun bukanlah perempuan yang baik tapi aku akan cuba berubah untuk jadi lebih baik setiap hari. Semoga sempat sementara masih bernafas ni. Insyallah.


Post a Comment