Sedar tak sedar dah masuk hari pertama di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan merasa nikmatnya bulan Ramadhan pada tahun ini.
Puasa tahun ini sangat bermakna buat aku. Mana taknya sebelum ni tak pernah dapat berpuasa sebulan di rumah. Biasanya kene puasa kat sekolah. Last year puasa kat UTM. So, tahun ni memang sangat teruja sebab hari-hari dapat sahur, melepak dan berbuka di rumah. Mesty ada yang jelesssssss kannnnnnnnnn. Haha.
Dannnnnnnn, yang lebih bermakna buat aku ialah bila dapat berpuasa dengan si dia yang buat pertama kalinya berpuasa sebagai orang Islam. Kira si dia ni merupakan saudara baru bagi semua umat Islam. Syukur sangat-sangat. Harap-harap dia dapat berpuasa penuh selama sebulan. Insyallah.
Dam dam dum. Bunyi mercun. Ehhhhh, hari ni baru first day puasa lah. Dah ternyanyi lagu raya pulak. Ngeh. Okay lah. Kita nak pergi bazaar ni. Sape nak ikot jommmmmmmmmm.
Selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah. Semoga segala amalan kita diterima. Aminnnnnn.
Post a Comment