Tuesday, March 8, 2011

9
Hey Kaum Adam

Assalamualaikum you all :)

Entry hari ini ditujukan kepada semua makhluk yang bergelar LELAKI ataupun sesiapa yang rasa dia adalah seorang lelaki. Huh.

gambar hiasan

5 ciri-ciri lelaki yang tak boleh dibuat suami :

1 ) Pemalas
Pemalas kat sini bermaksud malas belajar, malas kerja, dan malas buat kerja rumah. Lelaki macam ni biasanya kalau dikahwini, dikhuatiri hidup si isteri dan anak-anak bakal melarat. Kalau dah malas belajar, konpem lar result periksa cam hampeh. Dah tu mestilah dapat kerja yang biasa-biasa. Bila time keje pun malas, memang nak kene fired ler. Bila dah kene fired, bini suruh duduk rumah tapi satu kerja rumah pun tak reti nak buat. Haihhh. Tak tahu la apa tujuan kau hidup.

2 ) Buaya darat 
Aku paling anti dengan lelaki buaya darat ni. Pantang nampak perempuan cantek je nak ngorat. Tak sedar yang muka sendiri pun macam orang pecah rumah. Bayangkan ada seorang perempuan cantik diminati oleh 5 orang lelaki. Kalau dah 5 orang laki ni dok kejar sorang awek jew, awek-awek lain yang kurang cantik ni macam mana? Siapa nak ngorat. Dah lar, spesis laki makin pupus.

3 ) Lemah kira-kira
Ciri penting sebagai seorang laki adalah kene pandai kira-kira. Pasai pa? Pasai kalau orang laki tak pandai kira, sampai tua la kita hidup susah. Mana taknya. Kata la, gaji EN. M = RM 1000. Dia bayar sewa rumah, api air, hutang motor dengan kereta je dah dekat RM 800. Lagi RM 200 tu habis gitu jelah. Mana pergi ? *duit minyak motor, kereta + duit makan luar hari-hari + duit topap + duit beli rokok* Hisap rokok = bakar duit. Pembaziran. Habis, kalau semua gaji digunakan, maknanya takda saving. Bila takda saving, maknanya takda masa depan. Ye dok ?

4 ) Alif Ba Ta pun tak kenal
Korang rasa-rasa ada tak laki yang tak kenal hurup alip ba ta lagi ? Mesti lar ada. Budak umur setahun mana kenal alip ba ta lagi. Haha. Tapi kalau ada yang dah baligh tapi masih tak kenal hurup jawi, kita jawi kan dia lagi sekali. Bukan setakat alip ba ta je. Seperti yang semua tahu orang lelaki dicipta untuk jadi khalifah. So, kalau nak jadi khalifah mesti la pandai membimbing ye dok. Kalau suruh mengucap dua kalimah syahadah pun tak pandai, suruh baca doa makan pun lupa, suruh mengaji lagi ar. Memang tak payah ler buat suami.

5 ) Lelaki yang tak hensem
Ya, lelaki yang tak hensem tak patut dijadikan suami. Tapi bukan tak hensem dari segi luaran. Tak hensem dari segi dalaman seperti kaki judi, kaki arak, kaki disko, kaki bangku dan bermacam-macam kaki lagi. Haha  !

So, kepada lelaki-lelaki di luar sana, renung-renungkanlah ya. Cuba lar ubah mana yang patut. Kita orang perempuan tak mencari kesempurnaan pada seorang lelaki. Cukuplah kalau anda jujur dan bertanggungjawab. 

Okay. Sampai sini dulu. Jumpa lagi. Bye.

Post a Comment