Friday, March 11, 2011

5
Hikayat Merong Mahawangsa

Hatta, tersebutlah kisah seorang pemuda yang gagah perkasa bernama Merong Mahawangsa.


Assalamualaikum you all.
Wahhhhh. Akhirnya dapat juga tengok cerita ni pada hari pertama tayangan di pawagam. Fuhhhhh. Kalau disuruh beri bintang kat cerita ni, dari 5 bintang aku bagi 6. HAHA . Best memang tak terkata la. Siapa tak tengok rugi.


Dibintangi oleh :

  • Stephen Rahman Hughes: Merong Mahawangsa, pahlawan dan nakhoda Melayu dari Kedah. Watak utama filem.
  • Dato' Haji Rahim Razali: Kesum, pawang Melayu yang mengenali Merong sejak merawatnya.
  • Ummi Nazeera: Embok, kekasih Merong.
  • Khir Rahman: Kamawas, ketua lanun Garuda yang menculik Puteri Meng Li
  • Jing Lusi: Meng Li Hua, Puteri China
  • Gavin Stenhouse: Marcus, Putera Rom
  • Craig Robert Fong: Liu Yun, Laksamana China



Antara babak dalam cerita ni. Sumber telah diGOOGLE


Sebenarnya tak rancang pun nak pergi semalam. Tetiba je akak aku kata kawan dia ajak pergi tengok cerita Merong Mahawangsa. Aku tanya la bila. Akak aku jawab la ni ler.. Aku kata Whatt ?? Nak tengok midnight ke. Pasal jam waktu tu menunjukkan pukul 9.30 malam. Akak aku jawab balik ha lar. Aku pon apa lagi.. JOM !!



Kata tengok cerita Merong Mahawangsa, tapi snap pic dengan Rango. Rango cute what. Aww :)

Mula-mula aku ingat nak buat sinopsis cerita ni. Tapi tak payah la. Aku nak korang pergi tengok sendiri. *Ini suatu paksaan* HAHA . Aku suka pantun dalam cerita ni. Aku siap save dalam fon tau. Pantun nya berbunyi begini :
Sampai masa tibanya waktu;
Redup hati kamu berdua;
Bila dua jasad bersatu;
Hidup mati kamu bersama.

Lastly, aku nak ucapkan tahniah kat Pengarah cerita ni iaitu KRU Production sebab buat cerita best macam ni.


Seeya in my next entry. Byebye :-)

p/s : Tak sabar nak tengok NUR KASIH THE MOVIE sebab ada promo cerita tu sebelum cerita ni start.



Post a Comment