Assalamualaikum. Semasa menaip entry ini, penulis sedang berada dalam kekenyangan kerana terlalu banyak makan pada hari ini dan semalam. Alhamdulillah. Rezeki namanya.
Seperti yang telah digembar-gemburkan sebelum ni aku memang tersangat lah mengidam nak makan macaronz ni. Dan disebabkan itu, aku telah membuat research, mencari resepi di internet, melakukan R&D serta membeli bahan-bahan yang diperlukan.
Aktiviti membuat macaron ini telah dilakukan sesudah waktu Asar. Dengan seeksaited mungkin aku memulakan aktiviti memukul telur dan mengadu bahan ditemani oleh pembantu masakan iaitu mama dan yaya. HAHA. Mama kene jadi assistant aku pula.
Setelah bahan diadun menjadi satu, adunan dimasukkan di dalam piping bag untuk dipicit ke atas dulang seperti ini :
sumber : GOOGLE
Unfortunately, ada orang buat fogging pula petang tadi. Time-time macam ni lah diorang nak fogging. Haisshhh. Apalah punya nasib. Terpaksalah adunan tadi disimpan ke dalam peti sejuk. Bila dah dabis fogging, aku terus masukkan macaron tadi ke dalam oven.
After 15 minutes, oven berbunyi *tinkkkkkkk*. Sepantas kilat aku meluru ke oven dan mengeluarkan dulang. Ommaigod. Ini bukan macaron. Ini MEKKERON. Haha. Macaron tu tak jadi ar. Kenapa dia tak naik macam macaron ni
sumber : GOOGLE
Walaupun rupa macaron tu nan hadooooo, tapi rasa dia boleh tahan kot. HAHA. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Arghhh, aku tensyen. Tapi takpelah. At least dah try. Mama kata jangan putus asa. Mana tahu aku boleh buat lebih elok lepas ni. Tungggggggggguuuuu.
Post a Comment