Assalamualaikum.
Biasalah bila exam, semua orang akan stress. Saya yakin bukan awak saja yang stress, ramai lagi yang stress. Even orang yang pandai dan selalu dapat result gempak pun akan stress sebab dia kena pastikan result dia gempak macam selalu.
Sabarlah. Saya rasa awak boleh jawab soalan tu cuma mungkin sebab awak stress sangat, awak tak boleh berfikir dengan baik. Awak kena relax dan tenang. Kalau rasa blur sangat, ingat ALLAH banyak2 dan berdoa agar dimudahkan akal fikiran untuk berfikir dengan baik.
Saya rasa awak stress mungkin sebab awak tak nak hampakan impian mama awak yang nak tengok anaknya berjaya. Saya faham perasaan awak sebab saya pun pernah rasa yang sama. Saya tak nak kecewakan mama dan papa saya yang banyak susah semata-mata nak tengok saya berjaya. Tapi, setiap kali saya jawab exam, saya ingatkan diri saya, saya buat ini semata-mata untuk diri saya dan masa depan saya. Saya tak nak rasa terbeban dengan harapan mama dan papa supaya saya tak rasa stress jika tak dapat memenuhi impian mereka. Saya cuba mencari keseronokan dalam menjawab exam supaya tak stress sangat. Saya banyak buat analogi supaya senang ingat. Saya ingatkan diri saya bahawa keputusan exam tu bukannya terletak di tangan saya mahupun mama atau papa atau prof. Semuanya di tangan ALLAH. Apa yang penting, saya kena berusaha. Segala keputusan exam, saya letak belakang. Saya bukanlah tak nak letak expectation pada keputusan exam saya, tapi, saya cuma nak cuba dulu sebelum mengharapkan apa-apa. Mungkin awak tak percaya, tapi, kadang-kadang saya rasa seronok jawab exam sebab perasaan saya becampur-baur masa jawab tu. Stress+excited+risau, semuanya ada.
Saya tahu awak boleh jawab exam dengan baik. Jadi, saya harap awak cuba sehabis baik. Kalau awak rasa nak give up, cuba ingat kembali detik di mana awak pernah berjaya dulu. Mungkin itu boleh membantu awak ceria semula dan rasa bersemangat nak belajar. "Kalau dulu aku boleh buat, kenapa sekarang aku nak mengalah pulak?" Apa yang penting, kita jangan sesekali menyerah kalah sebelum kita belum tamat berjuang. Sesuatu yang saya sentiasa ingatkan diri saya, "Aku belajar bukan semata-mata nak dapatkan ijazah atau ambil exam. Aku belajar sebab aku minat benda tu dan aku nak tahu pasal benda tu."
Minta maaflah kalau awak rasa saya menyibuk. saya sekadar nak berkongsi tips. Tapi, saya tahu lain orang lain caranya. All the best untuk exam awak. Semoga awak dapat yang terbaik dan jangan sesekali menyerah kalah. Ingat, kita hanya boleh berusaha tapi kita tak boleh kawal keputusannya. Bye,Assalamualaikum
Salam semua. First of all I really want to thankful to cik anon for giving the most longest comment i've ever get. Haha. Ini adalah comment yang aku terima dari cik anon mengenai entry aku yang LEPAS.
Ohh, ya. Kepada siapa pun cik anon yang sudi bagi komen dan pandangan membina ni, aku sangat-sangat berterima kasih kepada awak. Komen yang diberikan sangat positif dan membina. As a human, kadang-kadang aku lupa. Apa tujuan aku belajar. Dan aku bersyukur ada juga yang sanggup menegur dan memberi kata-kata perangsang. Thanks again.
Walaupun aku tak tahu siapa cik anon ni, tapi aku macam boleh agak je siapa. Okay lah. Itu saja untuk hari ini. Jumpa lagi. Bye.
Post a Comment