Friday, July 29, 2011

6 Malaysia masih belum layak untuk ke Piala Dunia

Assalamualaikum semua.




Ohh, entry ini adalah ulasan sempena keputusan kelayakan Piala Dunia 2014 semalam. Perlawanan yang menyaksikan Malaysia tewas di tangan Singapura dengan agregat 6-4.

Sekalung tahniah buat pasukan Singapura. Dan tahniah juga buat pasukan Harimau Malaya yang telah bermain bersungguh-sungguh semalam. Walaubagaimanapun rezeki tidak memihak kepada Malaysia. Apa yang boleh aku katakan pasukan Harimau Malaya masih belum layak untuk bermain di kejuaraan Piala Dunia.

Kalau dilihat perlawanan semalam, masih banyak kelemahan perlu diperbaiki. Yelah, aku tahu. Aku bukanlah seorang yang layak untuk mengulas corak permainan mereka. Tapi apa yang aku lihat, kelemahan pasukan Malaysia sangat banyak seperti mudah kehilangan bola. Pengulas bola sepak semalam pun ada cakap yang pemain Malaysia terlalu excited untuk menjaringkan gol. Dan apabila tergopoh-gopoh membawa bola ke jaring gol, mereka dengan mudah kehilangan bola. Second, pemain kita kurang terror rebut bola lah. Rebut punya rebut tak dapat bola pun. Yang dapat kad kuning je. Ishhhhh. Mungkin Dato' K Rajagobal boleh coach diorang camne nak kasi terrer rebut bola tanpa cederakan pemain lawan. Masalah seterusnya adalah kemungkinan pasukan Malaysia terlebih konfiden boleh menang. Sebab kalau tengok masa perlawanan pertama menentang Singapura haritu Dato' K Rajagobal turunkan pemain-pemain baru yang tak berpengalaman. Dan penjaga gol dia sangat... sangat apa ya. Susah nak cakap. Macam tak nampak bola je derrrrr. *ngeh, cam terror main je berbual. 


Aku harap pemain Malaysia mengambil iktibar dengan kekalahan perlawanan semalam. Cuba tengok balik macam mana corak permainan Singapura. Aku bukan nak bangga dengan diorang tapi corak permainan diorang memang bagus. Dan aku rasa diorang memang dah bersedia untuk ke Piala Dunia. *Walaupun nampak pemain import je lebih kann. Tapi janganlah jadikan itu sebagai alasan. Sebabnya kalau semalam Malaysia menang tipis dan layak ke pusingan seterusnya Malaysia akan menempuh ramai lagi pemain luar negara yang sememangnya kuat-kuat belaka. Pemain Singapura sangat tangkas dan mudah merebut bola dari pemain Malaysia kannn. Tapi kelemahan Singapura adalah mereka suka menggunakan taktik sakit pura-pura untuk melengahkan masa. Sudahnya 4 kad kuning dilayangkan semalam.

Ohhh ya. Walaupun kalah, aku tetap bangga dengan pasukan Harimau Malaya yang sekarang ni. Kalah sekarang takpe. Diorang muda-muda lagi. Masih banyak kali boleh main. Minum tongkat Ali banyak-banyak yo. Dan aku bangga Malaysia tak menggunakan khidmat seorang pun pemain Import. Ngehh. Dan
Malaysia pun sangat bersatu hati semalam. Camnilah yop warga Malaysia. I loikkeeee. Janganlah gaduh-gaduh lagi. Tak seronok. Sebab, negara jiran kita iaitu Indonesia asek cari pasal je dengan kita. Tak caye? Tengok ni :


*haaaa. ni baru sikit. gerammmmmm tak?

Page tu nama je Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tapi admin dia orang Indonesia. Tujuan dia tubuhkan page ni saja nak kutuk-kutuk Malaysia. Macam ni punya orang pun ada kannnn. Tak paham. Okaylah. Penat wa berbual sorang-sorang. Eyhhh, tak lama lagi nak puasa. Lepas tu rayaaaaaaaa. Yeaayyyy. Dam dam dum bunyi mercun. Hehhhhh. Di kesempatan ini aku ingin mohon maaf kalau selama ni tulisan aku ada menyakitkan hati sesiapa. Memang aku akui kadang-kadang aku ni cakap main lepas je. Tak fikir panjang. So, aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki yo. *ehh, cam dah rayo jo. Selamat berpuasa semua. Bye.


Post a Comment