Sunday, February 27, 2011

7
Tutorial : Cara Simple Buat Header Transparent

Assalamualaikum.
How are you doing guyz.
Okay. Tuan-tuan dan puan-puan.
Hari ni aku nak buat tuto yang simple on how to transparentkan header anda.
*bajet ada orang nak ikot*

But the most important thing, you must have photoshop.
Tak kisah la cs3/4/5.
Tak ada. Sila download kat SINI !

First step:
Bukak Photoshop anda.

then klik FILE --> NEW

Ubah size yang anda nak dan pilih TRANSPARENT di kotak yang paling bawah.

Keluar lah macam ni. Kalau tak keluar hempas komputer korang. Haha !

Pilih TEXT *tengok arrow tu*

Type lar apa korang nak

Second step :
klik FILE --> OPEN

Pilih gambar yang korang nak taruh kat header *ni untuk yang background putih saja*

Bila dah keluar gambar tu, pergi kat layer. Akan keluar la kotak seperti yang korang nampak ni.

Double klik kat tulisan 'background' tu. Then klik je ok.

After that pergi dekat magic wand tool.*yang aku bulatkan tu*

Klik kat background dia and klik "delete" pada keyboard korang !
So, background dia akan jadi transparent macam kat bawah ni.

 Lepas tu, klik restore down *yang aku bulatkan dalam picture dibawah*

Korang akan jumpa balik 2 kotak macam ni.

Klik move tool *yang dibulatkan tu* dan drag hello kitty pergi kat kotak TEXT.


Tadaaa ! Jadi lar macam ni. Okay tak?

Lastly, klik FILE --> SAVE AS header korang. pilih format .png


DONE ! Simple kan. Cer try cer try..
And kalau jadi inform aku okay.
Baru lar rasa dihargai. Haha !
Selamat mencuba.

Sebelum terlupa, aku ada join contest kat FB.
And closing date dia 1 MAC 2011.
So, for the last time aku nak seru korang vote aku.
Pada sesapa yang belum vote,moh ler. Senang je.

That's all from me. Thanx yaww. Bye ~

Saturday, February 26, 2011

6
Kenapa lar cemburu sangat dengan aku?

Assalammualaikum and hey everybody..
Entry hari ini adalah berunsur tidak puas hati. 
So, if korang ada tekanan darah tinggi 
adalah tidak digalakkan membaca.
Mood : Frustrated !

Aku tak sehebat kau.
Aku tak selaju kau.
Tapi kenapa kau masih nak cemburu pada aku?
Mungkin bukan pada aku sorang.
Tapi kau cemburu pada semua orang.
Kenapa ? Mengapa ? 
Haishhhhhhhhhhhhhh..

Siapakah gerangan yang terlalu mencemburui aku tu?
Aku tak teragak-agak nak bagitahu semua orang.
Biarkan dunia tahu sifatmu begitu.
-----------------
--------------
------------
---------
------
---
------
-----------
-----------------
--------------------
-----------------------

Ni dia. Dia mai dah !!
Ya ! Sesungguhnya masa sangat mencemburui aku.

Haha ! Korang tertipu.
Bukan orang yang cemburu kat aku la.
Aku takde apa pun untuk dicemburui.
Tapi apa yang aku nak tekankan kat sini adalah sesuatu yang 
disebut sebagai EMAS !
MASA ITU EMAS..

Sebab masa itu emas lar kita tak boleh mensia-sia kannya.
Kerana sesungguhnya kita akan berada dalam kerugian.
Ecehhhh. Peringatan kepada diri sendiri tu.
Tapi seriously. Korang rasa tak apa yang aku rasa?
Aku rasa masa sekarang ni seolah-olah berlari.
Tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.

Dan kerana itu, kita kene berlari mengejar masa.
Masa tak akan tunggu kita der.
Fuhh, semput aku kejar masa ni.
Okay lar kengkawan.
Aku nak teruskan berlari nih.
Sampai jumpa lagi !
ADIOS



Tuesday, February 22, 2011

10
Adikku Pandai Menari

Assalamualaikum.
Uwaaa! Hari ini saya sangat penat okay. Semalam class dari pukul 10am till 7pm. Hari ni pula walaupun tade class pagi *petang ada class pukul 2pm* tapi aku bangun awal sebab nak pergi menempel kat bilik kawan aku sambil tengok cerita Mantera ! Haha ! Penat okay. Jauh kot nak pergi bilik kawan aku tu. Kene naik 2 bas. Siries tak tipu.

Okay. Enough on that. Actually sekarang wifi semakin parah. So, kalau korang perasan aku dah jarang update belog. *Err,ada ke yang perasan ?* Then hari ni tetiba rasa wifi laju semacam. So,what are u waiting for? Terus ngadap lappy sambil membuka facebook dan blogger. Wajib ! Sesudah login ke belog Anak Incik Mokthar ni aku pun check kat shoutmix and link exchange. Dan dengan rajinnya aku berblogwalking ke belog mereka yang telah mengunjungi belog aku. Selesai berblogwalking, aku pun semangat nak tulis entry baru. So, pergi lar kat new post. Tapi bila dah bukak, aku jadi macam "errr, aaaaaaah, hisssssssssssss *ehh, ni macam bunyi ular je* Selisih weyh. Korang paham tak apa yang aku cuba sampaikan? Okay. Aku blur. Totally plain. Nak tulis ape seyh? Nak tulis pasal apa yang aku buat sepanjang hari ini. Errrr, sangat boring okay. Haishhh. Semangat yang membara nak update belog kian luntur.

Tiba-tiba *ayat yang aku biasa guna time buat karangan PMR dulu* aku teringat kat adik aku yang bongsu. Satu-satu nya adik teruna den. Nak ngorat? Belanja den KPC dulu ! Weyh, awat aku rindu kat dia plak ni? Euwww ! Harap-harap lar dia tak baca. Alar, kalau dia baca pun dia bukannya paham pun. Baru 9 tahun lar der. Belum mimpi lagi. Haha ! Apa kena-mengena ni? So, aku nak tayang kat korang adik teruna kesayangan aku. Tadaaaa :


Nama penuh : Ahmad Umar bin Mokthar
Nak berkenalan : Kelik SINI

Hah ! Hensem tak? Tengok ar akak dia. Errrrr. Sila abaikan. Ni lar satu-satu adik teruna aku. *Berapa kali nak cakap da !!* Ishh. Kan dah kata takde idea nak tulis ni. Takpe-takpe. Korang layankan je. Sebenarnya aku nak cerita. Adik aku yang cute dan hensem ni memang sangat nakal okay. Aku kalau balik rumah mesti gaduh dengan dia. Sepak terajang dan tarik-tarik rambut tu sudah menjadi kebiasaan bagi kami. Hobi dia sepanjang hari adalah tak lain tak bukan : BERMAIN ! Tak kira la main game PS2 ke, main game kat komputer ke, main basikal ke, main bola dengan kawan-kawan dan bermacam-macam lagi aktiviti yang melibatkan permainan adalah aktiviti seharian dia. Kalau suruh belajar ? Hmmph. Jangan haraplah. Pemalas nak mampuih. *Ha, yang ni bukan macam akak dia. Akak dia rajin okay* Next,aku tensyen dengan dia sebab dia suka sepahkan rumah. Tak cukup ruang tamu, bilik den pon habis jadi mangsa. Hishhh. Memang nak minta kene sekeh je budak ni.

Tapi.. Di sebalik kenakalan dia, aku sayang kat dia. Siapa tak sayang adik der ?? Dia lar penghibur kat rumah. Kalau dia takde rumah jadi sunyi sepi kot. Dia ni suka buat lawak. Minggu lepas aku balik, tetiba dia rajin buat homework depan aku. Then dia ada tanya aku satu question yang buat aku tak boleh tidur malam. Dia tanya camni :
Adik aku : Kak nana, Umar nak tanya sikit.
Aku : Ala, nak tanya apa? Aku bz ni.
Adik aku : Tak kira. 
Aku : Ha, yelah-yelah. Pe dia?
Adik aku : Dalam BI kan kalau benda yang banyak kita letak huruf 'S' kat hujung dia, habis kalau dalam BM kenapa kita tak sebut kedai yang banyak sebagai kedais ? Ataupun kucing yang banyak kita panggil kucings?
Aku : Hah? *&%(#@&)$* Terkesima sekejap.

Last-last aku suruh dia tanya cikgu dia. Haha ! Tak taw lar apa cikgu dia nak kata. Ada lagi satu sebab aku sayang kat dia. Nak tahu? Mesti ar nak ye dak? Okay. Dia ni walaupun agak brutal dan ganas tapi hati dia lembut. Ada satu hari tu dia gaduh dengan kawan dia. Sebab apa? Sebab kawan dia yang bermulut lancang tu telah berkata seperti ini :
Kawan dia : Weyh, aku rasa ada akak ni tak best lar.
Adik aku : Siapa cakap?
Kawan dia : Aku lar cakap. Ada abang lagi best.
 Boleh main perang-perang. Boleh pinjam baju dan basikal abang.
Adik aku : Ada akak pun best.
Kawan dia : Tak best la. Akak mana boleh ajak main sama-sama.
Diorang tahu makeup jew.
*ehhh,hello ! Tak semua okay. tiba-tiba aku masuk campur*
Adik aku : Tapi akak aku tak pun. Akak aku pun boleh ajak main sesama. Lagi boleh tolong mama aku masak, kemas rumah dengan boleh tolong aku buat kerja sekolah !
Kawan dia : D.I.A.M

Hah, tak terkata kawan dia tu. Nak debat dengan adik gua. Memang tak ar nak menang. Apa-apa pon cayalah lu adik. Tak sangka lu backing akak-akak lu.. Muahahaha. 

Aku rasa cukup sampai sini dulu. Banyak lagi aku tak cerita sebenarnya pasal adik kesayangan aku. Tapi takpe lar. Len hari dan waktu aku sambung. Tu pun kalau ada permintaan. Haha ! Bajet.. Okay bye semua :)

p/s : Apa kene mengena title dengan entry ni? I should put adikku pandai mengaji i think. *Pon takde kene mengene.*

Sunday, February 20, 2011

1
Contest Blog Paling Hebat by Aida Shafiena

Belog Penganjur : Cik Aida

Syarat-syarat untuk join contest ini :
2. Buat entry bertajok Contest Blog Paling Hebat By Aida Shafiena, entry korang mesti lah mengenai apa yang hebat mengenai blog korang dandan blog Aida Shafiena nie atau blog Mira Awaludin nie . kalau boleh kasi lah cair sket :P
3. Buat entry sekurang-kurangnya TIDAK KURANG DARIPADA 100 HURUF ! bukan patah perkataan tau :P
4. Mesti masok kan banner contest nie kat entry and kat sidebar
5. WAJIB tag kepada 3 blog yang korang rasa menarik dan paling hebat.
6. Akhir sekali , korang comment entry nie dengan sertakan sekali url entry korang tu tau

TARIKH TUTUP : 22 FEBRUARI 2011


Hah. Sekali lagi aku join contest. Walaupun takde orang tag.
So nak bagitahu ni :


Apa yang hebat mengenai belog aku?
 Belog den kaler PINK *kaler peveret den tu* and den suko header baru den sebab bila korang letak cursor kat header den keluar lar shining-shining bagai. Haha ! Den buek sendiri tu. *Bangga* Okay full stop !


Apa yang hebat mengenai Belog Aida ? 
Belog Aida sangat comel okay. Walaupun nampak simple. Den suka dia punya header. 
Comel kan? Belog budak tadika? Caya lar kalau budak tadika punya belog bole cantik cenggini.


TAGTAGTAG
adda mokthar
fyda
Missy Innz

DONE ! bubbye.




1
Segmen : SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF

Hey guyz. Me again? Post a new entry for the second time in Sunday. 
Kali ni aku berminat nak join Segmen by Abang BEN ASHAARI.
Syarat-syarat dia simple je.


Jom tengok syarat & terma :
  1. Sila header BEN ASHAARI blog
  2. Tajuk : SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF ! dan linkkan ke entri ini ..
  3. Tu je ... tinggalkan url entri korang ke ruangan komen entri ini ..

Berminat nak join? Sila kelik SINI.

0
FACEBLOG yang COOL

Hey peeps.
Korang dah join tak FACEBLOG? Ya. FaceBlog bukan FACEBOOK okay.
Ala, dia lebih kurang macam facebook jugak cuma yang ini KHAS untuk BLOGGER yawwww !
And the most exciting about The Faceblog ini adalah themes nya yang berwarna PINK. Awww, so sweet !
Haha ! Asal aku gedik hari ni? Untuk makluman bukan hari ini saja aku gedik tapi setiap hari. Sekian.
Okay. That is a joke. Kalau tak lawak sila pura-pura gelak. Thank you.

Tanpa melengahkan masa, jom kita checkidaud what's inside FACEBLOG yang pinqyz ni.
 This is Faceblog's Logo. Cool kan?
Klik pada logo untuk ke FaaceBlog okay.

U will find this once you opened it.
Dekat situ ada cara-cara untuk join. Very simple. So, hurry up.

That's all for now. Hope you guyz will give support to Faceblog. Because it is for you BLOGGERS. Bye..

Saturday, February 19, 2011

0
BIFA'S COLLEZION 2011 CONTEST

Hey you guyz. Macam mana hari korang di hujung minggu ni? Mesti best kan.
As for me, hari ni aku busy dengan meng 'MAKEOVER' kan belog yang tak seberapa ni.
Sebab jemu pula hari-hari tengok belog yang sama. Cehhhhh !

Okay. Sekarang aku nak join contest. Oleh kerana aku telah dijemput oleh pihak penganjur sendiri so aku rasa lebih bersemangat untuk join. Haha ! *Bajet ar lu ni* Okay. Whatevernevermind. Sekarang kita tengok apa syarat-syarat untuk join ya.
Kelik SINI untuk ke belog penganjur


  1. Copy gambar diatas.
  2. Buat entry tentang BIFA'S COLLEZION / PROMOTE boutBIFA'S COLLEZION.
  3. Letakkan gambar anda yang anda rasa CONFIDENT didalam gambar tu dan caption kanapa anda pilih gambar tersebut..
  4. Dan lengkapkan ayat ini 'Saya rasa confident dengan bifa's collezion kerana .................................................'(tak kisah panjang mana,ikut kreativiti anda..)
  5. Follow BIFA'S COLLEZION & MRSBIFA , kenapa sampai follow 2blog?ok..post and update tentang contest hanya di MRSBIFA dan BIFA'S COLLEZION untuk tujuan pengiklanan,oleh kerana itu saya minta anda promoteBIFA'S COLLEZION.
  6. Tag min 3 orang rakan anda untuk join contest ini..
  7. Jangan lupa copy banner ke sidebar anda..
  8. Selesai semua,copy paste url entry contest ke comment box di MRSBIFA ye..
  9. Entry yang paling kreatif akan memenangi contest ini!!
Actually, aku dah lama jadi follower kepada BIFA'S COLLEZION. And aku memang adore dengan rekaan dan produk dari they all ni. Tak percaya? Cuba tengok bloglist "BLOGSHOP" kat belog aku. You will find Bifa's Collezion. This is some collection BIFA'S COLLEZION yang aku minat sesangat. Check it out !



So, gambar yang paling confident from me is :

"Saya rasa CONFIDENT dengan BIFA'S COLLEZION kerana Bifa's Collezion menawarkan produk yang Terkini, Bermutu, Selesa, dan yang paling utama adalah Harga yang Berpatutan"

TAGTAGTAG :

DONE ! Wish me luck ya. Bubbye :)

3
Romantik VS Touching

Akhirnya selesai jugak test macro tadi. So,i feel like Yeeeeehhhhhhaaaa ! Haha. *Bajet ar. baru habis test je kot* Ehh, choooppp ! Hari ni entry aku nampak lain lar. Apa yang lain? Cer teka ? Siapa dapat jawab aku bagi 10 markah.

Ka-chinggg

Back to the story. Actually, cerita ni aku nak buat untuk entry minggu lepas. Tapi disebabkan kesibukan yang terlampau, jadi entry ni terpaksa la ditangguhkan. Korang agak-agak aku nak cerita pasal apa berdasarkan pada tajuk? cer teka lagi ? Ye,siapa betul dapat 10 markah lagi. Yeahhhhh. Haha.

Review 2 movies that i've been watching for last week.

1) Taare Zameen Par
Siapa pernah tengok turun tangan. Hah, yang tak pernah tengok pula kene angkat tangan. Angkat ler biar korang bau sikit ketiak tu wangi ke idok. *idok=tidak* Okay. This story was directed by Aamir Khan and starring by Darsheel Safary as Ishaan and Aamir Khan as Nikumbh. The story begins like this. Ishaan merupakan seorang pelajar yang baru berusia 8 tahun dan seorang kanak-kanak yang ceria. But the problem is Ishaan ni tak pandai membaca dan menulis. He can't even write letter G. Dalam class Ishaan selalu kene denda dengan cikgu dan kene ejek lagi dengan kawan-kawan. So, his father was dissapointed with him sebab abang Ishaan ni pandai. Dia nak Ishaan jadi cam abang dia juga lar kannn. Then,ayah dia decide untuk hantar Ishaan pergi sekolah berasrama penuh. Hah,part ni memang lu olang kene standbye tisu lebih-lebih sebab memang tacing ar. Ishaan menangis-nangis kot tak nak masuk sekolah asrama tu. Tapi ayah dia paksa juga.
Mak dia pun tak boleh nak kata apa dah. Cuma boleh tumpang nangis sekali. Sob sob.. Bila Ishaan sekolah kat sekolah asrama tu pun sama je keadaannya. He still can't write or read. Dan dia masih lagi didenda dan ditertawa. Sampai lar watak Aamir Khan muncul sebagai Nikumbh iaitu guru baru bagi matapelajaran seni. First time dia masuk class tu dia dah boleh notice yang Ishan ni tak macam kanak-kanak lain. So, he try to help Ishan. Ohh,lupa nak bagitahu. Ishan walaupun tak pandai membaca dan menulis but he is really good at art. Dia sangat creative okay. Dan di situ lar keistimewaan dia yang orang lain tak boleh nak nampak. Ohh. Sangat tacing. Kesudahan cerita ni ? Mesti lar happy ending. So, korang kalau nak tengok pandai-pandai lar cari sendiri okay. Aku pun tengok kat TV2 je. hee.






2) License To WED

This is the second movie yang interesting sebab buat aku rasa macam "aw,so sweet !"  *ewwwwwwwwww*
Haha ! Cerita yang mengisahkan pasangan yang baru nak kahwin and diorang join program by Reverend Frank (Robin Williams) and they can't married before they pass the test in that program. Memang kelakar plus romantik lar tengok pasangan Sadie Jones (Mandy Moore) dengan Ben Murphy (John Krasinski) semasa cuba menjayakan program yang diorang join tu. Antara babak yang best bila diorang terpaksa jaga baby robot yang macam baby betul. Bukan sorang tapi dua. Dan satu lagi babak yang aku rasa macam teruja gila adalah time Sadie Jones kene drive sambil tutup mata and her husband-to-be kene bagi instruction. Haha ! Just imagine that.



Dua cerita yang berlainan genre tapi tetap sama best ni buat aku tak lena tidur malam. Sebab jalan cerita dia terlalu best dan buat aku macam "please,saya nak tengok lagi"  Haha. Tapi tak reti download video. Sebab tu lar tengok cerita semua kat tv je. Tak pun beli dvd. Kesian kannnn !

Okay,that's all for today. Thanx for reading. See you in my next entry. Chow bebeh !

Tuesday, February 15, 2011

5
Dunia Dicipta Dengan Penuh Gembira

Wassup everybody.
Ehh, silap. Assalammualaikum semua.
Tajuk kita pada hari ini ialah
Dunia Dicipta Dengan Penuh Gembira
Adakah anda rasa anda dah cukup gembira?
Atau anda sering mengalami kemurungan?

Haha ! Ada nada seperti nak bagi ceramah motivasi tak?
If your answer is yes, you are totally wrong.
HAHAHAHA. *gelak jahat*
Sebenarnya, aku nak share keboringan tahap gaban aku pada hari ini.
Just imagine dari petang semalam lepas habis class aku dok 
terperap dalam bilik sampai la ni tak keluar-keluar. Betol, tak tipu. 
Keluar bilik pon pergi toilet je.
Hari ni aku tak turun makan sebab ada akak yang baik hati 
masak nasi goreng bagi kitorang makan free.
*kitorang refers to me and my roomate a.k.a my sister*
Akak tu memang baik sebab dia siap hantar nasi tu sampai depan pintu bilik.
Hee. Korang mesti jeles kan ? Mengaku jew ler.

Sambung story balik. Dari pagi tadi aku online, mandi, makan, tidur, study. Study?? ZzzzZzz.
Entah kenapa, tahun ni aku rasa malas gila nak study.
Gila pun tak malas macam aku. Haihhh. Ni mama aku baca ni mampuih den.
Tapi disebabkan Jumaat ni ada test, ku gagahkan juga diri ini untuk menelaah buku teks yang bertajuk :

ya, inilah dia buku yang terpaksa aku hadap untuk hari ini

Baru dua tiga helai muka surat aku baca mata semakin layu dan kuyu. 
Kepala pulak asyik tertoleh-toleh menghadap katil dan bantal. 
'Mereka' seolah-olah memanggil namaku.
Haha. Wa dah lama tak buat ayat metafora macam ni. 
Akhirnya aku tewas kepada panggilan 'mereka'.

Okay, choppp ! Korang mesti tertanya-tanya kan apa kene mengena title dengan entry aku yang merepek ni?
Hah, ni dia baru nak cerita. Sebenarnya, lepas aku bangun dari mimpi yang lena tadi aku pun duk balik kat meja study. Dengan tak basuh muka segala, aku capai balik buku teks tadi.
Tapi memang takde mood nak study. So tak boleh nak paksa ar. 
Kalau paksa pun bukannya masuk. So, aku decide untuk baca komik kakakku yang dipinjam dari kawannya.

Komik yang bertajuk : Dunia dicipta dengan penuh gembira.


Yaaa, inilah dia. Komik yang berjaya aku khatam tak sampai sejam.
Dia ada 2 series. And aku dah habis baca kedua-duanya.
Siapa pernah baca? Best tak?
Siapa cakap tak best? Ang memang tak normal lar.
Wehh, kalau tak best takkan aku boleh khusyuk baca sampai khatam dua komik ni.
So,aku cuma nak bagitahu yang cerita dia memang best.
Kalau aku pengarah filem, aku buat filem cerita ni.
Walaupun tajuk dia gembira, tapi ada gak part yang sedih sampai menitiskan air mata.
Ecehhhh. *wa memang suka feeling then tacing sorang-sorang*
Siapa yang belum baca? Tunggu apa lagi. Pi beli sekarang.


Okay dah.
Tu je nak cerita. Sorry kalau entry ini membosankan.
Aku nak sambung tidur.
Ehh, sambung study.
 Tolong doakan supaya kerajinan aku datang kembali.
Haha ! Jumpa lagi.
Bye~

1
Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Assalamualaikum.
First of all, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul
kepada semua umat Islam.
Ya. Hari ini lah sebenarnya yang patut disambut oleh semua umat Islam.
Bukan semalam ya. I hate valentine.
I think most of us dah tahu yang orang Islam haram menyambut Hari Valentine ni.
Tapi ada juga yang buat-buat tak faham.


Kalau korang nak tahu hari valentine tu sempena menyambut apa, korang boleh cari kat Google.
Aku malas nak cerita panjang tentang valentine kat sini.
Tapi apa yang aku nak sampaikan adalah cuba korang compare hari yang 
disambut dalam Islam dengan hari yang disambut oleh orang Kristian.
Biasanya hari yang disambut dalam Islam itu adalah lebih bermakna.
Contohnya Hari Raya Aidilfitri disambut setelah sebulan kita berpuasa manakala Sambutan Maulidur Rasul disambut sempena hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
Compare dengan agama Kristian, depa ni selalu menyambut sesuatu yang sedih dan dijadikan hari peringatan.
Contohnya, Krismas disambut sempena kematian Nabi Isa yang dianggap Jesus bagi mereka manakala Valentine day disambut sempena kematian paderi yang bernama St. Valentine.
Dan cara mereka menyambut hari kematian seseorang yang dianggap penting itu adalah dengan bergumbira, menari tak ingat dunia. So,apakah motif mereka? *cehhh.

Okay. Berbalik kepada tajuk.
Seperti yang semua sedia maklum, hari ini merupakan Hari kelahiran baginda Nabi Muhammad S.A.W
Kita sebagai umat Islam perlulah menyambut hari ini dengan perbanyakkan selawat ke atas baginda.
Dan sentiasa mendoakan baginda agar sejahtera di Sana kerana semasa hayatnya, Nabi Muhammad S.A.W tak pernah putus-putus mendoakan umatnya.Sehinggakan pada saat hembusan nafasnya yang terakhir pun baginda masih memikirkan umat baginda. Jadi,marilah kita sama-sama berselawat ke atas baginda.

Fadilat berselawat ke atas baginda :
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat.

Monday, February 14, 2011

2
Contest : Senyum X Nampak Gigi

Awak dan awak semua.
Seperti yang dijanjikan malam ni nak buat entry more than 1.
Sebab esok takde class.
Yippie.

Mood : Memerah otak untuk tulis something yang bermanfaat
Haha ! Giler arh.
So, sebelum tu izinkan patik menyertai satu lagi contest.
Patik telah di'TAG' oleh cik iera yang cantik manis.
Contest ini dinamakan sebagai
CONTEST : Senyum x nampak gigi.
say cheeeeeeeeeseeeeeeeeeee!!

Check this out !
 sory edit tak cantik

saya memang selalu senyum tak nampak gigi 

Berminat nak join?
Tak boleh. Nanti korang menang.
Haha ! Takdelah. 
Kelik SINI untuk ke belog penganjur ya.
Dateline : 27 Februari 2011

TAGTAGTAGTAGTAG

DONE ! 


2
Saya Menang Contest La

Hey you alls.
Wahh, hari ni saya sangat teruja la.
Tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata. *over*
Haha ! Saya menang contest.
Diulangi sekali lagi.
Saya menang contest okay.
Pemenang utama lagi. *riak jap.
Ngeee :) 

Nak tahu contest apa yang cik norfa menang?
cer teka cer teka?
Tak dapat? Alar, ni mesti tak rajin jenguk belog saya.
Merajok la.

Okay2.
Tanpa membuang masa, dengan ini saya mengumumkan bahawa
akhirnya cik norfa telah pun memenangi one of the contest yang dijoin.
CONTEST : SAYA ANAK MAK.. SEIRAS KAN KAMI
Yuhuuuuuuu!! Happy happy.
Haha ! Tak caye? Meh tengok ni.
 fuhhh, berdebar masa mula-mula bukak page ni untuk tahu keputusan.
-------
3
.
.
2
.
.
1
.
.

Jeng jeng jeng !!!

Weee :) Saya menang !!

Mama kata : Tengok, sebab ada muka mama baru boleh menang.
Haha ! Agak ar. Muka mama memang membawa rezeki.

I just wanna say thanx a lot to cik eva kita yang sudi buat contest ini
dan lebih penting cik eva bersama mama nye telah memilih pic ini sebagai Pemenang Utama.
Cewwahhh. Tak lupa juga thanx to mama sebab support me in whatever i'm doing.
*ehh,ni macam dah lari tajuk je. Harap maaf kerana siaran iklan tidak berbayar ini.
Soal hadiah, cik eva masih lagi berahsia dan tidak mahu memberitahu.
Katanye secret. So, i'll be waiting with patience.
Haha ! I love surprising.

Choppppp !
While writing this entry, i've been thinking something.
Sebenarnya dah lama dah dok pikir benda ni.
Actually i'm interested to organise my first contest.
Awwww. Percaya tak saya nak buat contest. Caye lar.
Yela, all this time dah banyak contest yang saya join.
So, i think it's time for me to make my own contest.
Sweet tak ?
Tapi, still in progress. 
Kat sini i nak minta pandangan you all tentang contest apa yang korang nak join.
*Kalau boleh contest yang belum pernah orang lain buat lar.
Siapa setuju? Angkat kening. Haha. Tak tak.
Siapa setuju bagi lar komen yang memberansangkan ya.
Kalau tak ada orang komen, tak ada orang nak join.
So, tak jadi lar buat contest.

Oleh kerana esok tak ada class, maka malam ni nak buat entry banyak-banyak.
Rajin-rajinkan jari anda membuka belog saya.
BYE ~





Sunday, February 13, 2011

2
Contest : Kami Pose Cumey

Salam everybody.
Sigh* Masih tak dapat nak update belog sangat
sebab esok ada test.
Hope u guyz will wish me luck.
Dah lar tak study sangat ni. Auchhh !

So, hari ni just nak join contest.
Again. Thanx to cik Fatin Farhanah yang telah men'tag' saya.
Walaupun tade contest yang dimenangi setakat ini.
But never mind. Never say give up.

Contest : Kami Pose CUMEY !
Kelik pada banner untuk ke belog penganjur ya..

Nak tengok picture yang aku pertaruhkan?
Ehhh, chop !
Apa kata kita tengok T&C dulu. 
*T&C = Syarat & terma*

1~macam biasa korang kenalah follow blog ni dulu..tp kalau tak nak follow pon takpe..taknak paksa-paksa..tapi susahlah bila update nanti..so,lebih baik followlah
bukti i dah pollow u.

2~taip 1entri mengenai contest ni..dan jangan lupa ambik banner di atas dan letakkan didalam entry tersebut..sidebar kan contest ni di blog anda..dan link kan ke blog ini!!

3~korang mesti menghantar gambar kepunyaan korang sendiri..gambar tersebut mestilah ada ANDA bersama MEMBER-MEMBER ANDA...pose anda bebas..

4~korang mestilah membuat ayat yang paling simple tentang "kenapa anda join contest ni..
CONTOH:::saya join sebab suka_suki jee...

5~tag contest kepada 4 rakan blogger korang ye..

So, jom usha pic dari cik norfa.

"I join this contest because i love contest very much and this contest looks interesting *because of the prizes $$$"

TAGTAGTAGTAG :

DONE ! seeya.

p/s : saya tak letak banner contest kat sidebar tau sebab saya ada buat tab lain untuk contest.