Friday, December 31, 2010

1 Selamat Datang 2011

5
.
.
4
.
.
3
.
.
2
.
.
1
.
.
Happy New Year!! dum dum dum *bunyi mercun. HAHA! Tipu jew. Tak baik taw main mercun. Dont Try This At Home.


credit to : google

Alhamdulillah. Masih lagi bernyawa dan hidup dalam keadaan aman sepanjang tahun 2010. Banyak kenangan yang pastinya tak dapat dilupakan oleh setiap orang. Yang manis tuh boleh lar simpan dalam memori. Yang pahit lak jadikan pengajaran.

Perasaan menyambut tahun baru?? Bercampur campur ow. Bule buat rojak. NGEE~ Aku sekarang rasa bersyukur plus excited plus happy dan ada juga rasa sedih. Bersyukur sebab masih hidup dalam keadaan sihat, excited sebab nak naik sem baru, happy sebab nak kahwin *ehhh bukan lar. Happy lar sebab semua orang happy. Haha! Sedih sebab banyak buat kesilapan sepanjang tahun 2010. So learn from it! Hope today is better than yesterday. And tomorrow is better than today.

Sebenarnya kannnn. Aku tak ready lagi lar nak start sem baru. "Mama,nana nak cuti lagi. Tak puas lagi main game wrestling PS2 adek. Tak puas nak makan cekodok yg mama buat petang petang. Kat kolej tade cekodok. Lagi pasni dah tak dapat tengok segala rancangan tv yang nana tengok selama sebulan nih."
HAHA! Ngade jew nih. Padahal rumah dengan universiti dekat aje. Setengah jam dah bule sampai. Tiap tiap minggu balik rumah. Awwwww! Jangan Jelesh.

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!

2 Kembar Lain Keluarga

Entry kali nih memang lah entry yg berani mati. Haha! Pasal apa? Pasal aku dok copy pic orang tanpa meminta izin terlebih dulu. So, aku nk apologize dulu awal awal kpd mereka yg terlibat kerana aku takda niat apa pon. Cuma nak share something. Sharing is loving kannnnnn~

Oke. Aku tertarik nk buat entry nih sebab aku 'terperasan' yang rupa kawan aku nih sebijik sejibon. Walaupon diorang nih takda apa-apa pertalian darah *cehh memandai ja aku. Depa nih bukan lar kawan mahupon cousin jauh sekali adek beradek. Hmm. Ckp bnyak pon tak guna. Jom tengok nih.

 Yang nih namanya cik aten. Aku kenal dia lama dah. Dari form 1 kita org satu skool. Jadi best fren pon pernah masa form 6. Klu nk usha buleh add facebook dia kt SINI

Yang nih pula nama dia aisyah. Aku pon baru kenal dia kt belog nih. Dia baik sesangat. Nice to know u.
Kalau nk usha aisyah di facebook kelik SINI.
Sekarang korang percaya tak wajah diorang seiras?? Tak percaya jugak?? Cuba tengok nih.
  HAHA! Memandai aku edit pic orang. Ampun yaaaa! Tapi korang memang seiras. Siriyes tak tipu. Kalau diri sebelah sebelah bule jadi konpius. Haha. Ni baru dua. Kene cari lagi 5. Ti dah jumpa bule kahwin serentak. Ngee!! Apa aku merepek daaaaaaa~

Anyway, sampai cni dulu ya. Bye u olls.

p/s : Ada sesape bule tolong cari orang yg wajah macam saya x?

Thursday, December 30, 2010

2 Again??

HAHA! Tak taw kenapa hari ni aku rajin sangat update belog. Maybe lepas nih da tak dapat hadap lappy sangat. Pasal apa?? Pasal skola dah mule daaaaa. Isssssshhhhh. Sedih nye. Auw auw. *Camni ka bunyi orang nagis??? Tak kesah lah.

Ni nak bilang cket. *bukan bilang 123 taw. Bilang ni lebih kurang cam story ar. HAHA!! Page viewer aku telah mencapai angka yg cantik. Tengok nih,
Kalau tak nampak buleh klik kt picture

Eley, baru 222 da kecoh minah ni. Orang laen dah beribu lar. HAHA! Thanx korang yg sudi jengok belog yg tak seberapa ni. Lob u ollllllllllssssssssss so much. daaaa~

2 Satu MALAYSIA

Alhamdulillah. Aku rasa satu Malaysia dah tahu mengenai kemenangan Pasukan Bola Sepak negara menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Thanx K. Rajagobal & Harimau Malaya cause u've made all malaysian smile and proud to be Malaysian. (^_^)  Dan kepada sesape yg tak tengok bola semalam memang rugi ler.. Hehehhh.


Oke. Entry aku kali nih bukan ler nk cerita pasal cuti umum sempena kejayaan bola sepak negara ataupon Kehenseman dan ketereran Safee & Fahmi. Pasal benda nih dah common lar. Mana mana orang pon cerita pasal ini. Aku memang xnafikan ar yang diorang memang terer dan paling penting semua orang happy pasal esok cuti. Yeaaaaahhhhhh! Tapi aku nak citer la pasal kita rakyat Malaysia nih. Kalau sebelum nih tengah demam bola, tak kire melayu cina mahupon india semua excited pegi kedai mamak tengok bola. Yang melayu pon berborak dengan orang india dan orang india lak menegur orang cina. Seee. Betol lar orang kata yg bola sepak nih boleh menjalin persahabatan. Tapi harap harap lepas reda demam bola nih, kita perlu teruskan lah situasi begini. No Racism lar.

Kenapa lak aku tiba tiba concern pasal Satu Malaysia nih?? Hahhh, mai sini nak habaq. Aku rasa umum sedia maklum yg sebelum final kedua piala Suzuki AFF semalam banyak kekecohan dah berlaku antara Malaysia dengan Indonesia. Yang paling hebat 'Isu Laser' & 'Isu Malaysia guna ilmu hitam'. Memang lar kalau fikir logiknya depa ni memang tak rasional. Kalau Malaysia guna ilmu hitam, Malaysia dah jadi Juara Piala Dunia lar kottt. Haish. Bukan nak ungkit apa lar. Cuba korang tengok, bila indonesia kne musibah seperti gempa bumi, tsunami, dan mcm mcm lagi, sapa yg hantar bantuan kalau tak Malaysia. Singapura lak. Time depa takda air, sapa yg dok salurkan air kalau bukan Malaysia. Tapi bila senang, depa ni nk dok kutuk hina caci dan lebih dahsyat plan nk musnahkan Malaysia. Ish.. ish.. ish. Tak patot kann. Tapi Malaysia boleh buat apa?
Kita cuma boleh cari jalan damai jew lar. Pasal kalau nk compare bil penduduk Malaysia dengan anggaran 28 million dengan penduduk Indonesia yg sejumlah 240 million memang jauh sekali lar kan. Compare dengan negara Singapura lak. Depa nih memang lar ciput jew. Dalam map pon klu nk tengok kne pakai kanta. HAHA! Tapi depa punya otak fuhhhh. Depa ada teknologi canggih dan backup besar. Hahhhhh. Tu dia.

Perasan atau tak Malaysia yg berada di tengah tengah Indonesia dan Singapura nih sangat tidak digemari oleh depa. Aku pon tak tau apa onar yg kita dah buat sampai mereka nih Anti sangat dengan negara Malaysia. Tapi sebaliknya kita orang Malaysia nih pulak yg mengagung agungkan negara depa. Tengok lar dari segi entertainment. Memang Indonesia lar juara carta. baik, lagu, sinetron mahupon filem depa meletop letop kt pasaran Malaysia. Manakala dari segi Education, Singapura memang disebot sebot sebagai pilihan anak anak Malaysia yg nk sambung pengajian. Kerja tak usah cakap lar. Berduyun rakyat Malaysia yg nak jadi kuli Cina kt Singapore tuh. Alasan? Opkos lar gaji mereka lebih tinggi kerja sana. Tapi aku bukan nak tunding jari pada sesapa lar kan. Aku pon masih bergelar student. Tapi aku dok terpikir cmna lar Malaysia 10 tahun akan datang.??

Untuk mengatasi ancaman dari luar tak susah. Kita kuatkan yg dalam dulu. Sebagai rakyat Malaysia yg berbilang kaum, anda patot rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Pasni tak usah lar gadoh gadoh. Kita kan 1 Malaysia. Mai lar kita menyokong industri tempatan . tok sah nk agungkan sangat benda dari luar. Depa tak pandang pon negara kita. Kalau tak kita, siapa lagi?? Kannnnn. Hidup Malaysia. I LOVE MALAYSIA.
Credit to google

p/s: Haha! Beriya aku buat entry nih walaupon tahu tak da orang baca pon.

Wednesday, December 29, 2010

3 Kecerian Berganda-Ganda

fuhhhh. tajuk ni mcm over lak kan. Pada mulanya nk buat title keceriaan berganda saje. Mcm dalam iklan Mekdi. parappappapap. I'm Lovin' it. Waahhh,teringat burger prosperity. Nyam nyam. Tapi bila search kt gugel td title keceriaan berganda ni telah pon diguna oleh ramai blogger. So aku mesty nk lg up kan. Kahkahkah. Kiddin. Jadi tercetoslah entry 'Keceriaan Berganda ganda'. 


Oke. Nk tawu kenapa aku ceria sangat?? Hmmm. Nak story ler ni. Thnx awak sudi bace. Ngehhh. The story began here:

Day 1, 26 December 2010 
Oleh kerana telah dibagitahu yg kite akan bertolak awal pagi, aku dan adik beradik aku semua tak leh tido dah malam tuh. Sebelum subuh dah mandi. Tak percaya? Mmg jangan percaya. Bile semua dah ready, apa lagi.. Berangkat lar..


Inilah antara kegilaan yang telah dilakukan sepanjang perjalanan

Hampir 4 jam dalam kereta, kitorang pon sampai di rumah orang kawen yg telah berkahwin pada hari itu. Err, apa aku cakap nih? Abaikan jew lar.


 Makan nasi minyak itu wajib di cuti sekolah. Kannnnn?

After perot da kenyang, tanpa berlengah lengah dan tanpa segan silu kiteorang pon mengangkat kaki dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterosnya. Destinasi percutian kali ni kitorang pilih utk mandi mandi coz nak naik tempat tinggi seperti genting mahupon cameron highland adalah berbahaya. Betol xtipu.

walaupon penat, tangkap gambar itu wajib! ngeee ;(


  
So, nk dipendekkan cerita aku sekeluarga memang heppy ler dpt pi jalan jalan nih. tapi nk taw knp aku lagi bertambah tambah heppy?? Jom tengok nih.

seeeee. tengah cuti pon sempat pegi tengok bola taw..

MALAYSIA menang 3-0 ke atas Indonesia. Sape tak heppy kan. Time nih aku tengok kt Kedai mamak so memang teruja plus happening gilew ar sampai naik pening. HAHA!

Day 2, 27 December 2010
yeaaahhh, percutian kami tak berhenti setakat tuh. Oleh kerana adek aku merungut sebab xdpt mandi laut, jadi terpaksalah abah melayan kerenah anak dia dengan bermalam satu hari lagi di Port Dickson. Tapi kali ni kitorang check in di hotel yg dekat dekat dengan laut. 

Antara aktiviti aktiviti menghitamkan kulit adalah seperti berikut: 

Malam tuh lak our family terasa nk makan satay. So, kitorang pon memulakan misi mencari satay tersedap di Port Dickson. Tanye punye tanye orang mengrekemenkan tempat ni.

Nama tempat makan ni 'Sate Kajang' tapi dokek nogori sembilan. Pelik kan. Walauapapon sate dia memang TERBAEKKK!!

Day 3, 28 December 2010
Time to go home. Huargghhhhhhh. Penat der. Tak caye tengok nih.



p/s : I LOVE MY FAMILY . . mmmuuahhhhh

Sunday, December 26, 2010

2 Siapa Saya?

Hey all dearest frenz;
oleh kerana hari ni tak taw nak tulis entry pasal apa, jadi aku pun menyahut cabaran my cutest frenz Aisyah Jais yg mengrequest aku untok membuat entry tentang 'Siapa Saya' ?? Cam best kan. Oke, jom start..

Nama
Nur Farhanah binti Mokthar

Nama Samaran
Comel (errr,tipu jew) , kak nana, fana, & farhanah

Asal
actually lahir at singapore tp dah duduk Malaysia since 2 years old

Negeri 
Johor Bahru tercinta

Tarikh Lahir
14 May 1991 (da bilang kne bg hadiah oke)

Tempat lahir
Kandang Kerbau Hospital
*mesty korang bantai gelak an. tak tipu oke*

Berat Lahir
Sangat Berattttttt

Waktu Lahir
Malam bulan purnama

Jantina Bayi
Perempuan kott

Hari Lahir
Selasa ataupun Tuesday

Usia Sekarang
19 Tahun 7 bulan *muda remaja lagi kan ceyhhh*

Tempat Study
UTM, Johor

Course
Bachelor in Accounting

Tadika
Tadika Abim

Sekolah Rendah
1998-2002 : Sek Keb Taman Daya 1

Sekolah Menengah
2003-2007 : Sek Men Keb Taman Daya 2
2008-2009 : Sek Men Keb Dato' Jaafar

Kem
Camping dalam rumah

Part Time
Promoter Celcom (bossss,celcom broadband!!)
Waitress at Masterchef

Warna
PINK, hitam, biru, putih, turqoise *betol ke aku eja neh?

Makan
makan hati, makan angin, pecal lele, ayam penyet, my mom's cooking

Minum
Sky Juice, Watermelon, Soya bean

Kawan Baik
Siapa mengaku dia kawan baik saya angkat KENING! Haha . Err, ni list nama kawan baik aku since tadika.!
Arummi, Rafidah, Fazlenda, Saleha, Ekyn, Aja, Ida, Nisah n my sister Kak NOR.
Last but not least best frenz forever adalah mama kite lar..

Suka
makan, tido, online, hadap lappy, nyanyi, tengok wayang, lepak, shopping, hang out, karoke, komik, kacau orang, buli adik dan.. dan...........tidor *paling feveret

Tak Suka
Anjing *grrrrr , orang yg tak mandi pagi, mungkir janji, tempe, lagu yg buat telinga bingit,
manusia yg ego bongkak kerek dan sewaktu dengannya, subjek law.
paksa paksa aku buat benda jadah yg memang tak datangkan hasil ..!

Tak Reti
Kemas rumah cantik cantik, buat cupcake *tau makan jew, bawak lori,
busuk hati dgn orang, main rock climbing, go kart dan sewaktu dengannya.

Perangai
Simple *tak suka make up make up, pemalas *jujur taw, suka buat perangai, suka tangguh tangguh, GILA, orang kata aku sombong... emmmmm layan jew.
bole jadi rajin gila bila ada mood.
Mama kata aku panas baran. *yeke??

Pujaan Hati
Semua dah sedia maklum kan
Lelaki yg paling beruntung di dunia. *cehhhhh, menyampah x?
errrrrrr,dia lar Harry Porter
HAHA ! Sorry ya incik A.
awak sorang jew di hati.

Family
Awat family kt bawah sekali ni? Family aku ada 6 orang :

Abah yg tegas
Mama yg rajin dan cantik
Kak Nur yg selalu kne selesema
Aku yg.. yg.. pikirlah sendiri
Yaya yg pendiam
Umar yg lawak

Ada tambahan lagi satu??
Omei si kucing yg comot

Huuuuuuuuuuuuuuhh. Selesai lar resume aku ni. HAHA .!
nak tag kt dua orang:
Korang kne gak wat cmni oke.. Daaaa :-(





Friday, December 24, 2010

0 Lawak Ke?? (Part 1)

Attenttion : cube korang bace ni dan nilai sendiri benda ni lawak ke tak? This article i get from facebook. Credit to : Saiful Azreen

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Hahah. Sumpah lawak sangat bila aku baca benda ni. Walaupon tak masuk akal tapi article ni dah buat aku gelak tak hengat.

p/s : sape yg bace tanpa gelak korang memang tererrr.

2 Saya Mau GA dari Miss Librarian

Selamat Tengahari semua. Mulakan hari jumaat anda dengan senyuman. Say cheeese (^_^).  Hari ni tak nak sedih2 dah. Sbb life is short. Just enjoy it. Tengah sibok duk usha usha belog orang terjumpa lak beolg miss librarian ni. Siap ada contest lagi. So nak juga try. First time taw. Kalau ada rezeki dapatlah souvenir dari Indonesia. Wahhhhh. 


So,sekarang aku kene tag dekat 2 orang kawan. Aku choose jew lar sapa sapa. Jgn marah ea.

yeayyyy. Done.. Wish me luck bebehh.

2 Cinta Terlarang

Bila hati dah suka yg kaca pun bole jd permata. Bak kata Hanis Zalikha dalam entry cinta tanpa restu, kalau kita dah suka pada seseorang bagilah robert pattinson sekalipon kita tetap tak nakkkk. *robert pattinson tu aku yg tambah oke. 

Entah kenapa malam ni hati aku tiba tiba terasa nak tulis pasal kisah cinta. euwwwww. jiwang lar. hahah. taw dah. tapi nk citer jugak. *sambil hentak hentak kaki* Ceritanya bermula begini. 'Once Upon a time, there was ........' Tu pembuka kata yg wajib bg cerita dongeng. And ending dia mesty 'finally they live happily ever after. THE END'  Best kan hidup dalam kisah fairy tale ni. Tapi cerita cinta aku sangat tragis. Kalah citer KUCH KUCH HOTAK HEI. *sory klu salah spelling*

Aku mula involve dalam jerut percintaan ni since i was fourteen years old. Time tuh hingusan lagi. tapi ada hati nak bercinta. haha. memang kelakar. Jumpa kt sekolah jew. Nk jumpa kt luar jgn haraplah. Bila dating jarak mesti lar 2 meter. Takot cikgu nampak kang kantoi plak. Henfon pon tade lagi. tak bole lar nak main meset meset ni. Mama dgn abah aku memang larang 100% lar kalau anak dia sibok nk bercinta cinta monyet ni. Tapi aku sememangnye degil. Orang lain bercinta, aku pon nak gak. Sigh :-(  So, lepas si dia habis sekolah, terputus mcm tu jew lah cinta kita orang *memang dah agak dari awal tapi degil jugak*

After clash, (clash tuh ayat wajib bg budak skola okey) aku banyak lagi jumpa lelaki yg bermacam macam perangai. Aku yg tak pernah serik bercinta ni will continue fall in love and clash. Penat taw menangis kerana lelaki. Kadang kadang menyesal jugak sebab bercinta ni. Tetapi pepatah ada menyebut "jika cinta itu menyakitkan kenapa masih ramai orang yg nk bercinta?" Then i will start thinking. Rupanya cinta jugak buat aku jadi lebih matang dan dewasa utk menilai seseorang lelaki.

Like i said earlier aku ni sering jadi mangsa cinta. cehhh ayat ta bole blah an!! haha. betol ar. bila couple tak pernah nye lekat sampai setahun. Mesty break. Aku punya prinsip kalau kawan dengan mana mana lelaki aku mesty bawa dia jumpa mama. Biar mama tau dgn sapa aku kawan. Alhamdulillah. Mama aku sempoi jew. Dia tak kesah aku kawan dengan lelaki janji jangan terabai pelajaran. At that time i think my mom is the most sporting mom. Dengan mama lar aku cerita segala galanya. Mama adalah seorang ibu dan juga best friend aku.

Tapi sekarang kan... Semua dah berubah. Walaupun mama merestui hubungan aku dgn laki laki sebelom ni, tapi diorang dah tinggalkan aku. Orang dah tak nak. ta bole paksa. Dan sekarang ni bila aku dah betul betul jumpa seorang lelaki yg begitu setia menyayangi aku kenapa mama pula tak izinkan. Alasan mama aku masih belajar. Kene concentrate on study. Besides our religion is differents. Tapi itu bole ubah kan ma. Sumpah aku tak kan berpaling dari agama ku. Percayalah. Dah berkali kali aku cuba yakin kan mama yang hubungan kami yg berbeza agama ni takkan merubah apa apa pon pada diriku. Tapi mama tetap dengan pendirian dia. Aku tak salahkan mama. Tapi andai mama faham sedikit saja hati aku alangkah bahagia nya aku rasa.

Sekarang ni aku dah tade best fren terbaik. Aku yg seolah olah merajuk ni tak pernah lagi bercerita kisah peribadi ku pada mama. So,belog ni lar yg jadi best fren aku sekarang. Aku tau mungkin korang akan kata aku ni anak derhaka sebab tak ikot cakap mama. Aku pon tak tahulah. Dah banyak kali aku mohon petunjuk dariNya. Andai dia bukan jodohku jauhkanlah dia dari kehidupanku. Tapi buat masa sekarang kami masih bersama.

If i had to choose between u and mama, i choose to leave. very far away from here. because i really cannot choose. Tamak ke aku untuk memiliki keduanya?

p/s : menitis sebutir air mata yg cuba aku sembunyikan semasa menulis blog ni.

Thursday, December 23, 2010

0 Result PMR 2010

"Hari ni adalah hari yg cukup mendebarkan kerana result PMR akan telah pun keluar.. Result yg akan menentukan sama ada usaha aku yg taklah seberapa ni berbaloi atau tak. hishhh!! hahaha. (gelak cuak)"
Oiiii nana.. Udah-udah ler tuh.. hang tuh dah lanjot usia. Tak layak digelar pelajar PMR dah.. hehhh. baru nk berangan angan. Uisshhh. Tapi aku memang semangat hari ni. Sebelum subuh aku da bangun. Sebabnya.... Adik aku yg nk pi amik result sebenarnya. Tapi dia relex jewp. Membuto lg tuh.. haiishhhh.. Korang yg nk amik result hari ni mesty cuak gilew an. haha. Apa-apa pon aku wish gud luck tuk adik aku n utk semua yg nk pi amik result arini. Gud Luck bebeh!!
p/s : awat cek ckp utara lak arini?? hmm,bnyk sgt tgok tv ni.

Wednesday, December 22, 2010

0 Status : BERHUTANG

Cik Nur Farhanah,
Kepada nama di atas anda didapati berhutang sebanyak RM 3063.00

OMG!! Bile masa lak aku berhutang ni.. eyy,jangan buat fitnah okayyy!!
hahahah. enough2. saje je buat gimik.. Sebenarnya baru jew sebentar tadi aku cek status kewangan aku kat website UTM bagi sesi 2011.. huh.. bila click jew kat status kewangan, mak datok mahal nye..
huhhhh. caye takk??

Hmm,cian abah aku. dahla aku xdpt sebarang pinjaman pon. Nampaknye kne lar aku kje keras utk study hard supaya aku tak hampakan abah yg telah menghabiskan beriban-riban utk aku sambung belajar.. Thanx abah n mama.. Love u.. hahah.

p/s : bak kata iklan MILO boleh ke saya belajar apa yg tade dlm buku??? hehhh. Play more learn more!! daaaa.

Tuesday, December 21, 2010

0 Chicken Poxxxx

When we said about chicken pox,kite mesty ingat budak2 jew boleh kenekan?? Err,tapikan that was totally wrong ok. Sebab penyakit ni boleh terkena pada sesiapa tak kira lar pada budak2 atau pon mak budak dan bapak budak.. Huhh. Tak Caye?? Meh bce entri ni..

Chicken Pox

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

 

Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
this it will looks like
Komplikasi akibat chicken pox:
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah

    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam
Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

haaa.. takot x?? Kepada sesiapa yg dah pernah kne chicken pox ni pon masih boleh kene lagi apatah lagi kepada sesape yg belom kne langsung.. Heee ;) Bukan nk takot takotkan lar.. Sorry coz entry kali ni agak panjang. Thanx kepada korang yg sudi bace sampai habis..

Source : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php

p/s : Cian kawan saya yg tengah menderita sakit chicken pox ni.. sama samalah doakan supaya dia cepat sembuh k.

Sunday, December 19, 2010

0 Addicted :(

Pejam celik pejam celik (nasib baik belom pejam teros, alhamdullillah) dah berada di hujung bulan di penghujung tahun.. Okeyy,saya tak puas lagi cuti taw. uwaaaaa. Naik sem depan bermulalah balik kehidupan sebagai pelajar yg terpaksa menghadap buku dan membuat assignment yg bertimbun timbun.. sigh :(

Cuti kali ni rasanya masa berlalu dgn begitu cepat. Dengan menghabiskan masa sebagai kanak-kanak 'ribena' antaranya makan, tidur, makan, tidur, main game dan menghadap lappy. Antara game yg aku addicted pada cuti kali ni adalah game Sorority Life.. haaaa,to all yg play this game korang akan tahu apa yg best nye tentang game ni..
Girly gameeeee!!! Tgok tu. da level 94 oke.. heeeee. Game ni pasal apa?? alar, dulu masa kecik2 kan kita suka main barbie doll. this is kinda like playing with barbie doll (cume xbole sikat rambut dia). Apa yg best, we need to socialize to get money so that we can go shopping. Mcm kitalah. kne kerje baru dpt duit dan barulah bole beli ape yg kite nak.. haha. Besides that, kita jugak should find rival to fight.. err,klu nk crita lagi semua banyak kott.. Kepada siapa2 yg free tu bole lar cuba game ni utk menghilangkan kebosanan yg terlampau tu. haha.. daaaaa..

Friday, December 17, 2010

1 Cara-cara melilit selendang

Imej bertudung yang nampak lebih moden sekarang membuat aku tertarik dan berminat untuk bertudung. Bertudung?? Insyallah.. Tapi sebelum tu kene lar belajar cara-cara nye. Jom check it out!!

and also this!!


and i love this!!

done.. Selamat mencuba kepada diri sendiri.

Thursday, December 16, 2010

0 Nun mati jumpa Ba = IQLAB

feuwww!! setelah agak lama tak mengaji depan guru, selalunya mengaji sendiri lepas da khatam 7 tahun dulu. (paham2 jelah bile mengaji sendiri bacaan entah betol ke tak kite men lenjan jew). hehhh.. tp bila abah ajak mengaji depan dia di petang yg hening tadi, tiba-tiba aku jd kecut perut. haa!! taw takot. En. Mokthar yg memang terkenal dgn sifat tegasnya membuatkan kitorang adik beradik tak berani buat perangai depan dia (depan jew??) apa lagi membantah cakap abah.

so,dengan perasaan kecut perut kitorang pun mula mengaji di depan abah.. Umar (adik aku yg bongsu) memulakan bacaan. walaupun dia belom lagi khatam,tapi dia agak terer membaca ayat2 Al-Quran. tapi ada gak abah betolkan sikit2.. aku lak sibok dok baca dalam hati biar bacaan aku nanti lancar..


tibe jew giliran aku.... ohhhh! aku nye turn ea? (sambil pura2 tnye kt akak walaupon da taw da). Oke. mula dgn bismillah. Abah kata : mne auzubillah?? aku tersengih malu. Mula balik semula.. aku pun mula membaca dengan penuh khusyuk. siap berlagu. cehh! then abah kata : tajwid tu jaga. berterabur.. ingat lagi tak hukum nun mati?? ingat lagi x hukum2 mad. panjang pendek ikot harkat.. terkebil kebil mata den sambil angguk angguk geleng geleng. hehh. Abah cakap lagi : "Ni lar antara sebab doa kita tak dimakbulkan. Sebenarnya bukan tak dimakbulkan tapi tak sampai. sebab bila baca dah lain makna jadi lain. Paham?!!" Paham abah..

huuuh. Lege bila da habis mengaji. tapi kata2 abah sangat bermakna. Thanx abah sebab sudi bimbing anak2 mu ke jalan yg benar. Nana tak lupa pesan abah. Kejar ilmu dunia jangan sampai tercicir ilmu akhirat. And i will improve my tajwid. Insyallah..




Monday, December 13, 2010

0 Suka Duka

dear diary,

sepanjang 2010 ni banyak kisah suka duka yang telah aku lalui dan telah membuat aku jd lebih dewasa. cehhh! Baru-baru ni results for my first sem dah pon keluar.(nk citer ke xnk ea?) Result aku tak lar gempak mana pon. So,korang yg akan baca atau sedang baca jgnlh mentertawakan aku secara sengaja atau pon tidak k. Dari 7 subjek (termasuk koku) aku cuma dapat 6a1b+. Aku cam sedih gak ar dengan result ni. Bukan tak bersyukur. Syukur sangat2. Alhamdulillah. Tapi yg buat aku sedih tu subjek yg senang pon aku xbole score. Nk tau subjek apa yg aku dpt b uw? Errr. tak nk ar bilang sni. huhu.

tahun ni lebih banyak memaparkan kisah sedih berbanding yg happy dlm hidup aku. First,bile kucing aku mati pada bulan Mac lalu. Tak sampai 5bulan aku bela. dia da pergi buat selamanya. Al-fatihah buat arwah tom. smoga roh mu dicucuri rahmat. Amin.

Second,rumah aku yg hampir2 dimasuki perompak. oh gosh! nasib baik ko xsempat masok. Klu tak... eee,selisih.. to all perompak di serata dunia,rumah aku tade apa pon yg berharga utk ko curi ok!! Klu nk merompak sangat,pergilah rumah tan sri ke dato' ke. heh..(melawak aje) Cni aku nk bg advice ckit kt sape2 yg gelar diri mereka perompak atau yg baru cuba2 nk merompak! "Korang taw x abah aku penat cari duit. terpaksa pergi kje 13 jam tak tido semata-mata nk cari rezeki utk sara anak dan isteri. Mama lak suri rumah jew. mana nk byr duit rumah,kereta,api air,brg dapur, yuran skolah anak2,duit blanja (lebih2 lg aku yg suka topup) dan bnyk lg lah senarai kira2 yg perlu dibayar. Korang sedap2 jew nk curi kn. Tak selamat lar hidup korang tuh.

Lastly,kisah yg paling sedih dlm tahun ni adalah bila org yg paling aku sayang kt dunia ni iaitu mama tidak merestui bila aku berkawan dgn seorang lelaki non-muslim. OMG!! Klu aku jd mama pon aku xkn bagi. (Perkara yg paling sensitif apabila menyentuh soal agama ni) Tapi entah kenapa aku rasa senang bila berkawan dengan dia. Mungkin jarak usia kitorang yg agak jauh membuatkan dia lebih matang. Dia yg aku gelar 'A' bukan nama sebenar seorang lelaki beragama kristian. A berumur 25 tahun dan merupakan anak yatim (ayah dia meninggal dunia sejak kecik). So,dia sekarang stay dgn his mom dekat JB (diorang asal sarawak).A ni peramah,suka kucing(mcm aku gak),penyabar(sebab aku suka marah2 tak tentu pasal) dan yg paling best dia pandai masak. Selama kitorang berkawan,dia xpernah cuba mengajar aku makan atau minum benda2 yg tak halal jauh sekali cuba mengajak aku utk menganut agamanya. (Klu dia berani utk berbuat begitu aku tak akan teragak2 utk sumbat kau dalam penjara!!) Malah dia sering bertanyakan tentang Islam pada aku. Aku banyak berkongsi dengan dia tentang Islam setakat mana yg aku mampu. Aku pun masih jahil dan banyak lagi yg perlu aku belajar. Pokoknya aku gembira sejak berkawan dengan A. Tapi mama keras2 menyuruh aku jgn berkawan lagi dgn A. Bahkan kol atau mesej pon tidak dibenarkan. (Jumpa jauh sekali) Alasan mama aku bukanlah org yg sesuai utk membimbing dia masok Islam. huhh.. Aku pun xtaw la apa akan jd lepas ni. Tp buat masa sekarang aku ikut saja kemahuan mama. Cuma kadang2 ada juga aku contact dgn A. sigh!!

Semoga tahun 2011 membuka lembaran baru dalam hidup aku. Aku dah pon siap membuat list utk azam tahun baru. haha. (azam tahun lepas pun tak tercapai lagi) Harapan aku agar tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Dan semoga aku menjadi lebih matang dan anak yg baik. Amin..

Tuesday, December 7, 2010

0 Kenapa wanita mudah menangis?

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

0 Pengenalan

hey everybody..
i just create this blog on 6 december 2010, Monday. actually, aku dah lama nk create blog ni but i dont have much time. for information i just finished my final exam for semester 1.

i am UTM's  students in accounting programme. seronok juga rasa bila dah jd pelajar universiti ni. lain dari pelajar sekolah. totally differents. tapi aku rasa agak stress bila all my classmate is better than me. so, i have to work hard lepas ni. dah tak boleh main2. 

sempena tahun baru yg akan menjelang ni, farhanah binti mokthar berazam untuk lebih rajin dan work hard to get success in my life. pray for me yah!
love yaw..