Monday, August 29, 2011

0 Persiapan Raya Part 2

Assalamualaikum^_^

Seperti yang dijanjikan pada entry lepas, akan ada sambungan dari persiapan raya part 1. Kalau entry lepas aku dah cerita pasal baju raya, so apa kata kali ini kita cerita pasal kuih raya dan lauk raya.


Weeeeeeeeeeee  ")

Seperti tahun-tahun sebelum, kuih raya wajib lah dibuat sendiri. Tak mainlah kuih tunjuk. Haha. Sebabnya? Adik beradik kitorang ni cookies monster. Auummmm. Kalau beli sejenis kuih yang ada 100 biji tu memang tak cukuplah untuk hidang orang datang. Habis kat kitorang je.

Tahun ni hanya 7 jenis kuih je yang sempat disiapkan. Antaranya :
~kuih tat
~biskut chipsmore
~biskut hazelnut
~biskut suji
~biskut double choc
~biskut cornflakes madu
~biskut bread crumb

























See. Ada kuih raya yang dah tinggal suku. Ishhh ishhhh ishhhh. Oleh kerana tadi adalah petang raya, so macam biasa juga mama akan masak bermacam jenis lauk raya. Tengok jelah kat bawah ni.


























Okay. Itu saja yang aku nak kongsi untuk hari ini. Jap lagi nak pergi sambung makan balik. Sebelum tu, aku nak ambil kesempatan kat semua bloggers yang sudi baca blog Anak Incik Mokthar ni mohon maaf dari hujung tudung sampai hujung kasut. *eyhhh.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin

Friday, August 26, 2011

1 Pertolongan dari blogger amat diperlukan

Assalammualaikum^^

Just a short entry. I've joined this one contest and it required votes to win. So, can you please..please and please LIKE this page for me. And LIKE this picture also.

Gambar yang dipertaruhkan :



Itu saja. Harap korang sudi lah ya luangkan seminit untuk klik LIKE. Segala jasa baik korang didahulukan dengan ucapan terima kasih. ehh, da macam tulis karangan surat rasmi gitu.


p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Thursday, August 25, 2011

1 Persiapan Raya Part 1

Assalamualaikum^^


My world
gambar hiasan

Tinggal 4 hari je lagi nak raya. Ya, 4 HARI SAJA. Dah boleh hitung jari sebelah tangan je. Rumah dah siap kemas? Kuih raya dah siap buat? Baju raya dah beli? Berapa pasang? Err, tu lah soalan yang selalu diajukan kepada aku. 

Kalau nak cakap pasal persiapan, boleh dikatakan banyak benda yang family aku dah prepare awal-awal. Baju dengan kasut raya sebelum puasa dah beli. *eksaited*  Kuih raya pun dah siap buat. Duit raya dah masuk dalam sampul. Err, apa lagi? Argghhh. Sebenarnya banyak lagi benda yang tak siap tahu. Antaranya, ops kemas rumah besar-besaran, acara memasang langsir dan lampu kelip-kelip, serta memasang cadar dan langsir baru di bilik. Cukup ke 4 hari ni? sigh.

Sebelum bulan Ramadhan lagi abah dah hulur kat mama duit untuk beli baju raya kitorang satu family. Total : RM 1000 untuk 5 orang. Tak termasuk abah sebab abah beli baju raya sendiri. So, setelah dicampur tolak darab bahagi, peruntukan untuk seorang cuma dalam RM 200 je. Ya, pada aku RM 200 tu sikit. Sebab apa? Cuba korang pergi tengok baju kurung perempuan yang ready made berapa harga dia. Paling kurang pun RM 100++. Itu baru baju je. Yang peruntukan RM 200 tadi adalah full set. Tak kira lah nak beli apa tapi mesti lengkap sepersalinan. 

At first memang aku merungut juga lah. Soseh-soseh kat belakang. Mengeluh itu dan ini. Tak bersyukur langsung. Bila fikir-fikir balik, aku menyesal sangat. Ada orang yang langsung tak dapat beraya sebab tak mampu nak beli barang-barang raya. Ada yang raya ke tak raya ke sama je. Betapa bertuahnya aku sebab masih hidup selesa di samping keluarga tercinta. auchhh.

RM 200 tu memang tak banyak. Tapi kalau digunakan dengan bijak, kita dapat beli macam-macam tau. Aku pun dah berazam untuk tidak boros. Sebab selama ni abah dah banyak keluar duit. My mama kan suri rumah. Yuran universiti aku yang beriban tu abah yang bayar. Sebab aku tak dapat tajaan. pfft. Even pergi ambil lesen pun abah yang support. Lepas raya ni naik sem baru. Nak kena keluar duit lagi untuk yuran and all other things. Thanks a lot abah.

Okay. Berbalik kepada cerita kita. Apa yang aku dapat beli dengan RM 200? 

Baju kurung : RM 79.90
Maxi skirt : RM 30
Polka dot dress : RM 20
Kimono blouse : RM 30
Shoes : RM 25

Total : RM 195

See. I got to buy 5 items dan still ada baki RM 5. BANGGA. So, my point is kalau nak belanja tu ikut kemampuan lah. Janganlah budget RM 200 kau nak beli barang yang total sampai RM 2000. Tak logik kan. Nak baju kurung RM 300. Kasut RM 300. Handbag, makeup, shawl and so on. Tak ke boleh jadi bankrupt.

Orang kata biar bersederhana dalam berbelanja. Jangan ikutkan hati dan nafsu sangat. Tapi, sebagai orang perempuan aku mengaku memang susah lah nak buang habit shopping ni. Kalau tengok orang beli itu, kita pun nak juga. Jalan yang terbaik ialah, kita set mind dulu apa yang nak dibeli dan bawa duit ngam-ngam je. Sebab selagi ada duit dalam purse memang tak balik rumah lah jawabnya.

Okay guys. Entry ini akan ada part 2. Nak cerita pasal kuih raya pula. Tungguuuuuuuu. Haha. Bajet ramai je yang baca kan. 

Sampai ketemu di entry seterusnya. Kbai.


Wednesday, August 24, 2011

0 Tutorial Membuat Tab Menu dan Link Exchange

Assalamualaikum^^
You're shining brighter than a candle.♥

Dah lama sebenarnya aku tak buat tutorial. Sebabnya aku bukanlah pandai sangat bab edit mengedit ni. Tapi disebabkan ada seseorang tanya aku kat page Anak Incik Mokthar dot Blogspot ni, maka aku buat tutorial ni khas untuk beliau.

Okay, firstly aku akan ajar macam mana nak buat tab menu. Tab menu tu menatang apa? Rileks-rileks.

*inilah contoh rupa tab menu kat blog ni

So, software yang diperlukan ialah Photoscape dan Photoshop. Kalau tak ada boleh kelik untuk download. If you already have, then lets proceed to the step.

Step 1 : Buka photoscape anda. Go to menu - new photo
Pilih width dan height

 Object - photo - pilih gambar yang telah di save terlebih dulu
 contoh.
klik T untuk tulisan dan taip home *contoh.


Step 2 : Buka Photoshop anda untuk menjadikan background transparent. Klik File - Open - buka gambar yang telah di save di photoscape tadi. Klik pada layer - double klik pada background - klik OK.


Klik icon seperti rajah di bawah dan klik pada background home. Kemudian klik delete on your keyboard.

inilah hasilnya. Dah siap klik File - Save as .png

Ulang step yang sama untuk membuat words lain seperti Tutorial, Contacts, or Drop Links. Kemudian pergi ke Posting - Edit Pages - New Page dan create page khas untuk tutorial atau apa saja page yang anda nak create. 

Contoh : Drop Link. Go to Mister Linky's. U need to register - log in - wizard- original auto linkies - generate code. Ambil code dia and paste to your new page kat edit HTML. DONE.

Okay. Now the last part is letak icon yang kita buat tadi dan connected dengan page yang kita dah buat juga. 
Go to Design - Edit HTML - paste code ini :

<center><a href="http://www.blogger.com/home" target="_blank"><img style="width: 150px; height: 70px;" src="http://i723.photobucket.com/albums/ww234/nana_johncena/TABHOMEcopy.png" border="0" /></a>

Tulisan kaler biru tu adalah URL page yang akan keluar bila di click.  Manakala tulisan kaler merah adalah URL gambar yang anda buat di photoscape tadi. Nak dapatkan URL gambar boleh upload kat Photobucket. Kalau korang ada empat page macam aku, copy kod di atas dan paste 4 kali ok. cuma kod biru dan merah je kena tukar.


That's all for today. Harap-harap menjadilah ya. Selamat Mencuba. 

Tuesday, August 23, 2011

2 Muslimah Bergaya

Assalamualaikum semua^^



This is just a short entry untuk hari ni. Ini disebabkan kuih tart yang belum siap sepenuhnya menunggu di dapur. Err. Okay. Thousands of thanks to encik apis sebab sudi make this doodle special for me. Euww. Haha. Cantik kan. Kalau korang nak request lukisan muka korang macam ni pon boleh. Free je tau. Kelik SINI.

That's all for today. Ohh, ya. Ada orang request tutorial kat aku. Dah lama aku tak buat tutorial kan. Kalau ada masa nanti aku buat ok. Rajin-rajinlah jenguk belog comel ni. err. Kbai.

Monday, August 22, 2011

3 Puasa Dan Gelak Tawa

Assalamualaikum^^

*gambar hiasan

Sedar tak sedar dah 22 hari kita berpuasa kan. Lagi seminggu je nak raya. Yuhuuuuuu. Okay. Jangan nak mengada eksaited sangat macam budak umur 9 tahun. 

Puasa tahun ni sangat-sangat lah meriah dan seronok. Mana taknya sebulan berpuasa kat rumah. Tak perlu bangun mandi subuh-subuh sebab nak siap pergi class. Tak perlu baca buku tebal 8 inci sebab ada exam. Tak perlu busy body nak buat discussion untuk siapkan assignment itu ini. Pfffttt. Seronok tau. Okay. Aku tahu korang jeles. Hee.

Yang lebih seronoknya dalam bulan Ramadhan ni lah kita berpeluang buat reunion dengan kawan-kawan lama. Kumpul ramai-ramai untuk buka sama-sama. Dan kebetulan semalam aku dapat berkumpul dengan member-member lama. Member masa aku form 6 dulu. 

dari kiri : kak nor, mieda, aku, mayang, nad, mail


Actually class kitorang dulu memang tak ramai. Ada 16 orang je. Tapi yang lebih menyedihkan yang datang semalam 6 orang je. But whatever it is, we still have so much joy when we are together. Tak caye. Jom tengok ni.










Lokasi : Plaza Kotaraya JB
Tarikh : 21.08.2011

What can I say is, I just too happy yesterday. Senyum sampai ke telinga je. Diorang memang sengal dan gila. Tapi itulah yang buat aku ngam dengan diorang. Last words : Love u guys very much. And thanks to my incik A sebab sudi teman kita dan sudi jadi photographer untuk malam itu.

That's all for today. Sampai ketemu di lain entry. Kbai ~

1 Pemandu Ganas

Assalammualaikum semua^^

Kebelakangan ni kesibukan mengurus itu dan ini semakin menjadi-jadi. Mana nak tolong mama buat kuih, teman mama beli barang, teman adik pergi bazaar, tolong kemas rumah, tolong... errr... tolong buek taik mato. Ehhhh.

I wish I had an ocean

Berbalik kepada tajuk. Setelah hampir sebulan mendapat license P, baru sekarang aku cuba memberanikan diri memegang stereng balik. Pfftttt. Dan dengan berbekalkan lesen baru, sticker baru, semangat yang berkobar-kobar, dan kereta baru *ehh silap, kereta tak baru, aku pon meyakinkan mama untuk biarkan aku memandu while mama boleh jadi penumpang di sebelah. 

At first mama memang tak confident nak bagi aku drive. Alasannya kereta yang aku nak bawa tu besar. Kalau calar ke hape ke tak ke naya. Dah lah abah kau garang macam singa. Auuummmmm. Well, aku cakap kat mama rileks lah. Waja je pon. Takdelah besar gajah. Haha. Cakap kene confident walaupun hati kecut macam siput.

So, nak dijadikan cerita dah dua tiga hari aku yang drive kereta kalau mama ajak pergi kedai. So far semua nya ok walaupun ada beberapa kesalahan jalan raya seperti memecut kereta bila nampak lampu kuning. What? Baru bawa kereta beberapa hari dah pandai buat hal ea. Well yeah, aku nak drive macam abah. Bedesutttt jo.

Tapi malang itu tidak berbau. *ecehhh saspen je bunyi kan. Semalam masa aku drive tu waktu dah petang hampir maghrib. Kiro dah nak buko lah. Masa balik kedai tu nak masuk simpang ke rumah tetiba ada kereta dari arah bertentangan. Ohh, lupa nak bagitau. Jalan kat situ two way tapi dah jadi half way sebab gerai-gerai bazaar di tepi jalan, dengan kereta yang menyemak parking kat tengah-tengah jalan, dan orang yang suka jalan tengah-tengah jalan.



Lebih kurang macam ni lah situasi nya. *rujuk gambar di atas. Aku drive kereta A. Kereta B pula dari arah bertentangan. Bila aku belok je kiri, kereta dah bertembung. So, dah stuck kat situ. Sebab jalan memang sempit. Aku punya cuak toksah cakap lah. Orang-orang kat bazaar tu pula sibuk suruh aku reverse untuk bagi laluan kat kereta B. Masalahnya belakang aku ada motor. Nak tak nak aku himpit ke kiri dan kereta aku betul-betul dekat dengan kereta merah tu.

Bila aku dah bagi ruang kat kereta B untuk jalan berderet pula kereta belakang dia mengekor. Mama suruh aku angkat hand brake. Fine. Aku angkat. Then, bila jalan dah clear, aku pon dengan confident masuk gear reverse and turun handbrake. Sekali kereta aku meluncur ke depan. Dah lah kereta aku dengan kereta depan tu dekat gila. Mama dah jerit suruh tekan brek kaki. Yang aku pula pergi angkat hand brake. Again. Nasib baik tak rempuh kereta depan tu. Tangan aku dah terketar-ketar. Mama pun tak terkata apa. Aku rasa aku salah masuk gear kot. Bole.

Lastly aku dapat gak bergerak dengan selamat. Tanpa mencalarkan atau mengkemek kan kereta sesiapa. Feuuww. Itulah pengalaman memandu yang sangat GILA. Sampai mama kata aku pemandu ganas. Haha. Tapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk terus memandu sebab memandu itu SERONOK. Korang yang dah memandu mesti rasa apa yang aku rasa kan.

Okay. Itu saja untuk hari ini. Sampai ketemu lagi di lain entry ya. Kbai.

p/s : mama, please jangan putus asa ajar nana memandu. Plisssssssssssss.

Thursday, August 18, 2011

4 Kubur Tak Bertanda



Assalamualaikum^^
Siapa pernah tengok cerita ni? Tajuknya "Kubur Tak Bertanda". Sounds interesting. Cerita ni pernah tayang kat ASTRO. Tapi aku tak berkesempatan tengok.

Tapi aku hairan, cerita sebagus ini kenapa tak ditayang di pawagam je. Seriously kalau keluar panggung cerita ni mesti box office punya. *Ceyhh, tau je mu.


Okay lah. Malas nak cakap panjang. Kepada sesiapa yang masih belum menonton cerita ni boleh la mendownload di SINI.

See you in my next entry :)

Wednesday, August 17, 2011

1 Wordless Wednesay #4


p/s : Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Monday, August 15, 2011

10 Print Screen Full Page

Assalamualaikum^^

Hari ni aku rasa happy sangat sebab -------. Haha. Alhamdulillah. Dah lama tak rasa happy macam ni. Inilah kelebihan bulan Ramadhan. Doa kita mudah dimakbulkan. Sebab aku terlalu happy ni biarlah aku dan orang-orang terdekat je yang tau.

Okay. Kembali kepada topik sebenar kita. I'm sure ramai yang dah tahu tentang cara untuk print screen kan. Selama ni aku cuma tahu print screen yang biasa which click "ctrl & prt src" secara simultaneous and paste dekat paint. Then "save" kan. Akan tetapi kita tidak akan dapat mem"print screen" full page kan. Dia mungkin akan keluar setakat half page je.

Semalam aku terbaca tentang Contest Menghias Blog Sempena Hari Kemerdekaan. Tapi syaratnya kita kena print screen blog kita in full page. So, aku pun tertanya-tanya lah macam mana nak print screen full page. Dan disebabkan semangat kemerdekaan yang mendalam aku pun nekad mencari solution. *Ecehhh. padahal Google je pon.

Langkah pertama : Go to this website
Langkah kedua : Pilih browser dan download



Langkah ketiga : Pergi ke mana-mana website yang nak di print screen kan, right click capture entire page and save. DONE. Jom kita lihat hasilnya :

*first time try. cacat sikit.

Haha. Okay. Itu saja untuk hari ini. Selamat berpuasa ^_^

p/s : jom hias blog sempena hari kemerdekaan


Saturday, August 13, 2011

12 Betol Ke Lelaki Sekarang Prefer Perempuan Bertudung Untuk Buat Isteri?

Assalamualaikum^^
“Betol ke lelaki sekarang prefer perempuan yang bertudung untuk buat isteri?” Well, yeah ini adalah entry balas kepada entry di belog the other Khairul. *pehh, berani lu buat entry balas kat belog senior cenggitu? Haha. Aku bukanlah nak buat entry balas segala sebab tak puas hati or whatsoever. Just nak luahkan pendapat sebagai seorang perempuan.

Seize The Day.
gambar hiasan

Berbalik kepada tajuk. Aku nak tanya kat korang lah wahai kaum lelaki. Betol ke korang nak perempuan yang bertudung dan tutup aurat untuk dijadikan isteri? Like seriously? Then perempuan yang hot-hot tu just untuk stok geli-geli? Ohh, kalau betul lah statement ni maka tidak akan wujudlah perempuan yang nak pakai seksi seksi dan dedah dedah.


Pernah tak korang terfikir kenapa perempuan suka pakai seksi? Kenapa ea? Ohh,saja suka-suka kasi angin masuk. Sejuk sikit ye dak? This is nonsense lah. Kau nak tahu kenapa? Orang perempuan pakai seksi untuk tarik perhatian LELAKI!! Ya, untuk tarik perhatian. Same goes with perempuan yang pakai makeup tebal 3 inci. Kau ingat kita orang perempuan ni suka-suka ea bazir duit ribu riban just untuk kelihatan cantik SAJA? Mesti ada reason kan kenapa orang perempuan perlu kelihatan cantik.

So, kalau orang lelaki tak pernah minta perempuan untuk jadi seksi maka dunia ni akan penuhlah dengan perempuan solehah yang menutup aurat. Tak gitu bang meon? Aku nak bagi contoh kalau tanya kat orang laki soalan macam ni : Dalam banyak-banyak awekz, awekz macam mana kau nak? Mestilah orang lelaki akan jawab : Aku nak awek yang macam Megan FOX. Tak pon Fasha SANDHA. See? Jarang lah yang sebut nama artis yang menutup aurat.

Ramai dah aku tengok orang lelaki yang pilih perempuan HOT untuk buat bini. Lelaki sekarang mana kisah kalau ada lelaki lain yang dapat tengok body bini dia juga. Ada yang rasa bangga lagi lah. Kononnya dia dapat menakluki seorang perempuan yang menjadi idaman ramai jejaka. So, secara tak langsung dia juga dianggap lelaki HOT.

Okay. Tak percaya juga? Aku bagi situation lah. Ada dua orang perempuan kat fb kau upload gambar. Yang sorang pakai simple-simple je. Ambil gambar pun malu-malu sambil buat peace. Yang sorang lagi pakai baju dedah sana dedah sini. Dah tu siap buat posing maut. Agak-agak lah kan picture mana yang akan dapat lebih banyak LIKE dan COMMENT? Cuba korang tengok album friendlist korang sendiri ok.

Lelaki zaman sekarang. Perempuan bertudung dikatakan kolot. Sukar didekati. Tak sosial. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Perempuan HOT semua pon boleh kan. So, lelaki lebih suka mendekati perempuan hot berbanding perempuan yang menutup aurat. Mungkin pada mulanya niat korang hanya nak main-main je. Tapi bila perempuan tu dah kebas duit kau ribu-riban mesti kau pikir 10 kali kalau nak tinggalkan dia kan. Nak tak nak terpaksalah buat bini.

Okay. Walaupun entry aku macam bias kepada perempuan HOT tapi tak bermakna perempuan HOT ni jahat 100%. Macam yang aku cakap tadi, kita kene fikir balik. At the first place kenapa perempuan zaman sekarang suka pakai SEKSI SEKSA? Sebenarnya tak salah kalau kau KAUM LELAKI nak pilih perempuan HOT buat bini. Tapi lepas tu kau bimbing lah dia ke jalan yang benar. Janganlah lepas kahwin pun kau biarkan dia pakai skirt nampak peha. Pakai baju nampak pusat. Sia-sia lah duit kau bayar wang hantaran tinggi-tinggi kalau orang lain pon boleh share tengok.

"Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik".

Kalau lah semua lelaki Islam menetapkan syarat yang perempuan bakal dipilih untuk dijadikan isteri MESTI menutup aurat, aku rasa ramai perempuan Islam yang akan tutup aurat. Serik dah nak pakai seksi-seksi. Perempuan mana yang tak nak kahwin kan. 

Ustaz aku pernah tanya : Kalau anda diberi pilihan untuk beli baju yang mana anda nak pilih? Baju yang dilonggokkan di tempat SALE 80% yang ramai orang dah pegang dan try baju tu atau baju yang masih tergantung cantik dan dibalut dengan plastik berzip. 

Itu saja untuk hari ni. Maaf andai ada terkasar bahasa. Selamat berpuasa untuk semua. OK BYE.

p/s : aku pun bukanlah perempuan yang baik tapi aku akan cuba berubah untuk jadi lebih baik setiap hari. Semoga sempat sementara masih bernafas ni. Insyallah.


Sunday, August 7, 2011

10 "Contest : Raya Datang Lagi"

Assalamualaikum ^^
Dah lama rasanya tak join mana-mana contest. Bila dah nak dokek rayo ni, teringin pula nak join contest raya. Mana tau dapat duit raya. Masyuukkkkkk.

Kali ni nak mencuba nasib menyertai contest yang dianjurkan oleh  TelagaPutihWorks dan  Budak Separa Matang.
This is an official banner for this contest. This contest have simple term & condition which are :

1. Blogger yang beralamat di Malaysia.
2. Buat satu entry contest yang bertajuk "Contest : Raya Datang Lagi".
3. Letak banner contest di dalam entry tersebut dan back linkkan ke entry ini.
4. Follow blog TelagaPutihWorks dan blog Budak Separa Matang.
5. Hasilkan sebuah kad ucapan raya dari anda (tak kesah nak edit dari yang sedia ada ke, buat sendiri punya yang baru ke.. asalkan ia adalah kad ucapan raya).
6. Letak kad ucapan raya anda itu di dalam entry tersebut.
7. Tag sekurang-kurangnya seorang lelaki dan seorang perempuan dan bagitau bahawa mereka ditag.
8. Hantar link entry contest anda di kotak komen entry ini

So, nak tengok kad raya hasil ciptaan saya? Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Simple je. Sebab tak kreatif.





Okay. Oleh kerana terlebih banyak free time, aku nak try buat kad raya flash. Amacam? Poning kepala tak tengok lama-lama? ngeh.


Tag : Adda Mokthar - - - Saya Arief - - - Fyda Kachak



Tuesday, August 2, 2011

4 Top 5 : Juadah Berbuka Paling Famous

Assalamualaikum^^

Waktu sekarang pukul 5:36 pm. Arghhhh. Lagi sejam setengah nak buka ni. Perut dah berkeroncong nyanyi lagu ghazal dah ni. Sabar ok perut sayang. Kejap je lagi. 

Okay, bukan nak cerita pasal perut berkeroncong tapi aku nak share 5 makanan yang paling famous orang beli setiap kali bulan ramadhan. Jom layannnnnnnnnn.

Tempat ke-5 : ROTI JALA KARI AYAM



Tempat ke-4 : MURTABAK SINGAPORE



Tempat ke-3 : NASI AMBANG





Tempat ke-2 : KUIH MUIH





Tempat Pertama : BUBUR LAMBUK





Haha. Saja kannnnnnnnn tepek gambar sebesar-besar blue hippo. Dah, jangan tenung lama-lama kang meleleh air liur. Dahhhh makruh. Ngeh. Okay lah. Nak pi standbye menu berbuka hari ni. Bye.. Selamat berbuka :)

Monday, August 1, 2011

2 Puasa Yang Lebih Bermakna

Assalamualaikum semua.
Sedar tak sedar dah masuk hari pertama di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan merasa nikmatnya bulan Ramadhan pada tahun ini.

Puasa tahun ini sangat bermakna buat aku. Mana taknya sebelum ni tak pernah dapat berpuasa sebulan di rumah. Biasanya kene puasa kat sekolah. Last year puasa kat UTM. So, tahun ni memang sangat teruja sebab hari-hari dapat sahur, melepak dan berbuka di rumah. Mesty ada yang jelesssssss kannnnnnnnnn. Haha.

Dannnnnnnn, yang lebih bermakna buat aku ialah bila dapat berpuasa dengan si dia yang buat pertama kalinya berpuasa sebagai orang Islam. Kira si dia ni merupakan saudara baru bagi semua umat Islam. Syukur sangat-sangat. Harap-harap dia dapat berpuasa penuh selama sebulan. Insyallah.

Dam dam dum. Bunyi mercun. Ehhhhh, hari ni baru first day puasa lah. Dah ternyanyi lagu raya pulak. Ngeh. Okay lah. Kita nak pergi bazaar ni. Sape nak ikot jommmmmmmmmm.






Selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah. Semoga segala amalan kita diterima. Aminnnnnn.