Saturday, July 30, 2011

2 Ketidaksefahaman Antara Ibu dan Anak Itu Normal

Assalamualaikum.. kum apa? kombat.. bat apa? batman.. Man apa? Mentol.. Tol apa? Tolak.. Lak apa? Laksa.. Haha. tu diaaa. Lagu yang adik aku selalu nyanyi bila balik sekolah. Dari luar gate suara dia yang nyaring tu dah melalak nyanyi lagu merepek ni. Adik sapa lar tu.

Heart it ♥ 
*gambar hiasan

Okay. Topik kita pada hari ini ialah "Adakah ketidaksefahaman antara ibu dan anak itu normal?" Aku bagi beberapa situasi lah. Dan aku nak tanya korang pernah tak mengalami situasi yang sama dengan aku.

Situasi 1 : Waktu shopping beli kasut raya
Aku : Mama mama. Kasut ni cantik. Kalau mama yang pakai mesti lagi gojes..
Mama : Ishhh, tak nak lah. Ni kasut-kasut budak-budak muda. Ada ropol-ropol lah. Ada zip belakang lah. Tak nak lah. Ni mama dah pilih ni. Cantik tak?
Aku : Emm, biasa je.
Mama : OK lah. Simple.
Aku : Yelah.

Situasi 2 : Ketika sedang sibuk menaip mesej di henpon
Mama : Budak-budak sekarang ni mecej je kerjanya. Takde keje lain ke? Orang dulu-dulu kalau bercinta main tulis surat je. Tu pon minggu ni tulis minggu depan baru dapat surat balas.
Aku : Yelah sebab zaman mama takde henpon. Cuba kalau dolu-dolu ada henpon mesti mama pon selalu main mesej-mesej kannn. ngeh.
Mama : Tak reti aku nak taip-taip mesej ni. Dah ler tulisan halus macam semut.
Aku : hmmmm.

Situasi 3 : Bila adik aku selalu mengeluh penat balik sekolah
Mama :  Ehh, dah untung tau budak-budak sekarang. Pergi balik bas sekolah hantar depan rumah. Tu pun nak merungut lagi ka? Mama dulu time sekolah membetis jalan kaki. Jauh pula tu. Naik bukit turun bukit. Naik jambatan turun jambatan.
Aku : Sebab dulu mana ada bas sekolah. ngehhhhh.
Mama : Memanglah. Sebab tu orang dulu kuat.

Situasi 4 : Bila mama online facebook
Mama : Ishhhhh, budak-budak sekarang ni. Baru kenal dua tiga bulan dah bubuh "in a relationship". Dah tu siap masuk gambar laga-laga pipi lagi. Tak malu ka? Dulu, orang kalau bercinta nak jalan sebelah-sebelah pon malu.
Aku : angguk.. angguk.. Emm, biarlah depa. Dosa tanggung sendiri.


Itu antara situasi-situasi yang selalu aku alami. Kadang-kadang aku terpikir kenapa aku dengan mama ni selalu je berbeza pendapat. Adakah aku akan menjadi anak yang derhaka jika tak sefahaman dengan ibu sendiri. Tapi bila fikir-fikir balik aku rasa benda ni normal lah. Besok kalau aku dah ada anak pun, mesti kitorang akan berbeza pendapat juga kan. Dan time tu aku pula akan bandingkan zaman aku dengan zaman anak-anak aku. Contohnya :

Aku : Sayang, jangan malas buat homework boleh x? Sekarang ni teknologi dah canggih. Just bukak buku teks, record notes dalam tu and paste kat buku exercise. Tu pon susah ke? Zaman mama dulu, bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. bla..
Anak aku : Malas lah

Haha. Jauh berangan. Sampai terfikir dah ada anak. Auchhhh. Dah. Stop it. Okay lah. Itu saja untuk hari ini. Seeya. Bye.

p/s: Walau apa pon saya tetap sayang mama sepenuh hati. Mmmuahhhh mama.


Friday, July 29, 2011

6 Malaysia masih belum layak untuk ke Piala Dunia

Assalamualaikum semua.




Ohh, entry ini adalah ulasan sempena keputusan kelayakan Piala Dunia 2014 semalam. Perlawanan yang menyaksikan Malaysia tewas di tangan Singapura dengan agregat 6-4.

Sekalung tahniah buat pasukan Singapura. Dan tahniah juga buat pasukan Harimau Malaya yang telah bermain bersungguh-sungguh semalam. Walaubagaimanapun rezeki tidak memihak kepada Malaysia. Apa yang boleh aku katakan pasukan Harimau Malaya masih belum layak untuk bermain di kejuaraan Piala Dunia.

Kalau dilihat perlawanan semalam, masih banyak kelemahan perlu diperbaiki. Yelah, aku tahu. Aku bukanlah seorang yang layak untuk mengulas corak permainan mereka. Tapi apa yang aku lihat, kelemahan pasukan Malaysia sangat banyak seperti mudah kehilangan bola. Pengulas bola sepak semalam pun ada cakap yang pemain Malaysia terlalu excited untuk menjaringkan gol. Dan apabila tergopoh-gopoh membawa bola ke jaring gol, mereka dengan mudah kehilangan bola. Second, pemain kita kurang terror rebut bola lah. Rebut punya rebut tak dapat bola pun. Yang dapat kad kuning je. Ishhhhh. Mungkin Dato' K Rajagobal boleh coach diorang camne nak kasi terrer rebut bola tanpa cederakan pemain lawan. Masalah seterusnya adalah kemungkinan pasukan Malaysia terlebih konfiden boleh menang. Sebab kalau tengok masa perlawanan pertama menentang Singapura haritu Dato' K Rajagobal turunkan pemain-pemain baru yang tak berpengalaman. Dan penjaga gol dia sangat... sangat apa ya. Susah nak cakap. Macam tak nampak bola je derrrrr. *ngeh, cam terror main je berbual. 


Aku harap pemain Malaysia mengambil iktibar dengan kekalahan perlawanan semalam. Cuba tengok balik macam mana corak permainan Singapura. Aku bukan nak bangga dengan diorang tapi corak permainan diorang memang bagus. Dan aku rasa diorang memang dah bersedia untuk ke Piala Dunia. *Walaupun nampak pemain import je lebih kann. Tapi janganlah jadikan itu sebagai alasan. Sebabnya kalau semalam Malaysia menang tipis dan layak ke pusingan seterusnya Malaysia akan menempuh ramai lagi pemain luar negara yang sememangnya kuat-kuat belaka. Pemain Singapura sangat tangkas dan mudah merebut bola dari pemain Malaysia kannn. Tapi kelemahan Singapura adalah mereka suka menggunakan taktik sakit pura-pura untuk melengahkan masa. Sudahnya 4 kad kuning dilayangkan semalam.

Ohhh ya. Walaupun kalah, aku tetap bangga dengan pasukan Harimau Malaya yang sekarang ni. Kalah sekarang takpe. Diorang muda-muda lagi. Masih banyak kali boleh main. Minum tongkat Ali banyak-banyak yo. Dan aku bangga Malaysia tak menggunakan khidmat seorang pun pemain Import. Ngehh. Dan
Malaysia pun sangat bersatu hati semalam. Camnilah yop warga Malaysia. I loikkeeee. Janganlah gaduh-gaduh lagi. Tak seronok. Sebab, negara jiran kita iaitu Indonesia asek cari pasal je dengan kita. Tak caye? Tengok ni :


*haaaa. ni baru sikit. gerammmmmm tak?

Page tu nama je Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tapi admin dia orang Indonesia. Tujuan dia tubuhkan page ni saja nak kutuk-kutuk Malaysia. Macam ni punya orang pun ada kannnn. Tak paham. Okaylah. Penat wa berbual sorang-sorang. Eyhhh, tak lama lagi nak puasa. Lepas tu rayaaaaaaaa. Yeaayyyy. Dam dam dum bunyi mercun. Hehhhhh. Di kesempatan ini aku ingin mohon maaf kalau selama ni tulisan aku ada menyakitkan hati sesiapa. Memang aku akui kadang-kadang aku ni cakap main lepas je. Tak fikir panjang. So, aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki yo. *ehh, cam dah rayo jo. Selamat berpuasa semua. Bye.


Friday, July 22, 2011

1 Harry Porter & The Deathly Hallow *part 2



Assalamualaikum and hello guys :)
ahokkk. ahokkk. ahokkk. haaa. Dah nak seminggu aku batuk-batuk. Tensyen. Bila batok, perut pon sakit. Err, korang faham kan macam mana batok dengan sakit perut berkaitan? Kalau tak paham pun buat-buat paham jelah ya. Bukan setakat sakit perut. Suara pon dah macam Ramli Sarip ni. Demmm.

Okay. Entry ni bukanlah nak cerita keadaan diri yang kononnya tengah kritikal tapi sempat lagi pergi tengok wayang. Kannn. Dan cerita yang aku nak story kat korang ni pon aku rasa semua orang dah tengok kot. Aku je yang lambat. *sebab saya kan sakit. errrrrr.

Harry Porter & the Deathly Hallow part 2 adalah siri Harry Porter yang terakhir. And untuk peminat-peminat cerita ni korang mesti takkan lepaskan peluang untuk menonton siri terakhir ni kan. Cerita Harry Porter kali ni pada aku okay lah. Lebih simple dan mudah difahami. Berbanding siri-siri yang lepas. Besides aku tak pernah baca novel dia. So, just pergi tengok je. Memang susah nak paham dong. Harussss.

Apa yang aku suka dalam cerita ni adalah ending dia. Awwww. Comel. Nak tau apa yang comel gi tengok sendiri. Okay. Sekarang ni aku tak sabar nak tunggu cerita Twilight : breaking dawn pula. Sebab before tayangan cerita Harry Porter ni ada iklan cerita Twilight. Bella dengan Edward dah nak kahwin. Lepas tu Jacob pula nak mengamuk. Mesti best kan. Tak sabar. Wuwuwuwu.


Siapa nak download Harry Porter boleh kelik SINI. That's all for today. Until then. Seeya :)

Thursday, July 21, 2011

0 Siaran Langsung Malaysia vs Chelsea 21 Julai 2011




keputusan akhir : Chelsea 1 - Malaysia 0

Wednesday, July 20, 2011

3 Wordless Wednesday #2 : Adakah ini tandanya dia jodohku?


p/s : jodoh di tangan tuhan

Sunday, July 17, 2011

1 Nak kurus atau melicinkan kulit dengan mudah?

Hello guys :)
Okay. Cuba baca title yang panjang berjela tu. Sebenarnya aku dok memerah otak hampir setengah jam fikir nak letak tajuk apa untuk entry kali ini. *sigh.

Sebenarnya entry ni bukan la nak kasi tips kat korang untuk kuruskan badan dan licinkan kulit or whatsoever. Sebabnya aku bukanlah orang yang layak untuk memberi tips bagai ni. Hello berat badan sendiri pun macam anak gajah lepas tu ada hati nak bagi tips pula kan. No no no no no.

gambar hiasan

Sebenarnya  minggu lepas aku ada join satu contest yang bernama "Just Match and Win". Aku join pun saja-saja jelah. Tapi tak disangka, malam semalam aku dapat call dari one of the sponsor dan diberitahu yang aku menang hadiah saguhati. Even saguhati hadiah dia tetap lumayan. Aku mendapat sesi rawatan menguruskan badan secara PERCUMA. Lagi sekali secara percuma. Yuhuuuuu.

Orang tua-tua kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu kannnn. Kalau korang yang mengalami masalah berat badan, masalah kulit atau, masalah rambut bolehlah join contest yang dianjurkan oleh Yun Nam Hair Care, London Weight Management & New York Skin Solution ni. Kelik SINI.

Okay lah. Sampai sini dulu. Nak siap-siap pergi London Weight Management. Haha. Harap-haraplah dapat menurunkan berat badan. Sampai ketemu lagi. Bye.

Saturday, July 16, 2011

1 Liverpool vs Malaysia (keputusan)


Keputusan penuh : Malaysia 3 - Liverpool 6

3 Tolong Awek Aku Pontianak !

Weehuuu.
Bertemu lagi di hujung minggu yang menyenangkan. So, what is your activities to spend on weekends? As for me aku menghabiskan hujung minggu dengan menonton all the new movies.

Okay. Hari ni aku nak share dengan korang satu malay movies yang best. The title is "Tolong Awek Aku Pontianak". Unik kan. Cerita dia pon unik, simple n just nice.


Dibintangi oleh : Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Faezah Elai dan ramai lagi..
Genre: Kelakar seram

So, kalau korang tak tau nak tengok cerita apa kat panggung tu, try la tengok cerita. *Aku tolong promote harap-harap dapat komisen. Haha.



p/s : Love the song by pretty ugly.


Friday, July 15, 2011

2 SEDIH

Assalamualaikum guys.
Dah lama rasanya tak menulis. Banyak benda yang nak diceritakan tapi semuanya tergantung sekerat jalan. Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga short sem aku. Berakhirlah cerita kuliah untuk tahun pertama. Feeuuww.

Seperti yang kita semua sedia maklum, lately ni banyak benda yang tak elok didengar telah berlaku. Sedih. Hanya itu je yang mampu aku ucap. Dalam kesibukan dan kesuntukan masa nak ambil exam, aku sempat juga tengok berita.

Bersih. Perhimpunan yang telah menggemparkan Satu Malaysia. Namun tempiasnya sampai ke merata-rata. Indonesia yang pernah satu ketika membenci Malaysia kerana kalahnya pasukan bola sepak mereka pasti sedang tertawa. Singapura yang sering bertelagah dengan Malaysia kerana perebutan pulau dan sebagainya juga pasti merasa gembira. Kerana apa? Kerana Malaysia yang dulunya sebuah negara yang aman damai telah pun menunjukkan huru-hara. Sedih.

Aku tahu kerajaan ada kekurangannya. Aku yakin semua negara juga mengalaminya. Tapi janganlah kerana keburukannya, kita lupa segala jasa-jasa mereka. Aku tahu aku bukanlah siapa-siapa. Tapi aku cuma tidak mahu melihat begini jadinya. Aku sayangkan Malaysia.

Kalau pun benar terbuku ketidakpuasan hati, jangan ditambah bara ke dalam api. Memang negara kita negara demokrasi. Tapi adakah masalah boleh diselesaikan dengan demonstrasi?

Please read this article and all the comments there.

Walaupun aku tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini, aku harap keadaan jadi pulih kembali. Walaupun sukar untuk Malaysia kembali stabil kini, tapi tidak mustahil dengan mengambil contoh peristiwa 13 Mei. Apa yang penting kita mestilah bersatu padu. Kurangkan segala ketidakpuasan hati. Jangan mudah dijajah pemikiran kita. Orang kata macam ni, kita terus percaya. Orang kata macam tu, kita terus setuju. Jangan sering persoalkan apa yang negara dah bagi kat kita. Tapi tanya lah apa yang kita dah beri untuk negara.

p/s: I LOVE MALAYSIA

Wednesday, July 6, 2011

2
Download KL Gangster 2011 full movie


Assalamualaikum semua.
Untuk korang yang belum tengok cerita ni lagi macam aku, nah aku bagi link ni kat korang. Gi download cepat-cepat sebelum kene block lagi.

Mediafire : Part 1 - Part 2

Okay. Selamat menonton :)

Saturday, July 2, 2011

9
5 Blogger Hebat Yang Aku Selalu Usha

Assalamualaikum :)
Tajuk entry pada hari ni agak panjang kan. Tapi sebenarnya aku tak tahu nak letak tajuk apa dah. So, tanpa membuang masa jom kita layaaannnnnnnnnn.

 cikgu bella yang comel

4. Fyna
Selalu usha tutorial shawl kat blog mis fyna

 Suka tagline "harapan hanya impian"

belog yang cute macam tuan blog

aku paling adore blog mis namee roslan ni.


Okay. Dah cukup 5. Try lah usha belog diorang. Memang "best bro". Dan tuan belog pun cantik-cantik belaka. Memang tak rugi lah spend time kat belog diorang. That's all for now. Seeya.

Friday, July 1, 2011

4
Transformers 3


Assalamualaikum semua :)
Sam tetap comel. awww.

Korang semua dah tengok tak cerita ni ? Cerita apa ? Alah, cerita ni lah Transformers 3 : The dark of the moon. Kalau belum, gi leww tengok reramai. Memang berbaloi lah walaupun tiket dia mahal sikit.

Untuk korang yang belum tengok lagi, meyh sini guwe nak review sikit cerita ni. Hahaha. Okay. Jom start. 

Watak utama iaitu Sam Whitwicky *aww aku suka nama dia. comel* dengan aweks terbaru dia yang hot jugak macam Megan Fox iaitu Carly. Transformers kali ni lebih memaparkan aksi pertarungan antara Autobots dengan Decepticons yang lebih dahsyat. Muncul lagi satu watak robot iaitu Santinel. Mula-mula ingatkan Santinel ni di pihak Autubots. Tapi tetttttttttttt. Tengoklah sendiri ya.

Cerita ni awal-awal macam boring sikit ar sebab dia merepek pasal Neil Armstrong pergi bulan lepas tu jumpa sekumpulan robot yang dah mati. Err, aku tak paham apa motif sebenarnya. Start dari situ aku dah mula mengantok.

Sementara itu, watak Sam masih macam dulu. Sam yang agak clumsy tapi tetap cute sedang mencari pekerjaan. Kesian dia susah nak cari kerja walaupun dari lulusan universiti dan pernah dapat anugerah dari Presiden Obama. LOL. Then, parents dia pula datang membuat si Sam tu bertambah pening kepala.

Untuk cerita ni, aku bagi 4 daripada 5 bintang jewww. Kenapa ? Sebab time ending dia tu aku tertidur. Boleh? Haishhh. Memang spoil ar kan. Cerita dia dah lah lama. Lepas tu dalam panggung tu memang sejuk nak mam***. Kebetulan pula malam sebelum nya aku tidor nak kat pukul 3 pagi. Memang lena ar aku berdengkor dalam panggung tu. Pastu bangon-bangon orang lain semua dah belah dari panggung. Aku dengan muka basi siap terpinga-pinga boleh tanya eyhh, "kenapa semua orang nak balik dah ni?" Incik A kata sebab cerita dah habis lewww. Aku macam what the ****.

So, moral of the story pastikan anda segar dan tidak mengantuk sebelum menonton wayang. Eyhh, korang mesti tak berapa nak faham apa yang aku membebel kat atas tu kan. So, jom tengok ni :




Starring: Shia LaBeouf, Rosie Huntington-Whiteley, Josh Duhamel, Patrick Dempsey
Director: Michael Bay


Okay. That's all for now. Bye.

p/s : bibir si heroin dalam cerita ni macam bibir Kilafairy yang berlakon dalam cerita Karak tu. Kannnnn?