Thursday, March 31, 2011

5
Sucker Punch !! Rugi tak tengok

gambar dicuri dari pakcik Google.

Assalamualaikum semua.
How are you doing guyz. Fuhhh. Macam biasa hari Rabu adalah hari outing bagi aku untuk melepaskan segala kekusutan fikiran. Err. So, pada Rabu kali ni masa aku telah dihabiskan dengan berfoya-foya di panggung wayang City Square bagi menonton filem Sucker Punch. 

At first, aku takdelah teruja nak tengok cerita ni. *Tak eksaited macam time nak tengok merong mahawangsa! Tapi bila start je cerita ni, aku terus macam wah ! Ternganga aku selama beberapa minit. Opening dia memang best. Sesuai la dengan jiwa muda remajaku. Errr, geli pula aku tulis macam tu. Bila masuk part heroin dia berimaginasi macam dalam game lagi ar aku terover eksaited. Gempak weyh cerita ni. Tak percaya meyh tengok promo ini.


Even ending dia aku tak berapa nak faham tapi overall jalan cerita dia memang menarik. So, bagi korang yang belum tengok cerita ni, meyh pakat ramai-ramai pergi tengok. Kalau tak nak pun takpe. Tak paksa. Tapi kalau korang dah tengok boleh la cerita ending dia kat aku. Okay. That's all for now. Got to go. Bye.

Tuesday, March 29, 2011

4
Finally, it's Over !



Hey guyz. Apa yang over ni ? Ce citer ! Ce citer ! Nak tahu ? Jom check it out !




























Yeahh. Ini lah dia yang aku maksudkan. Sepanjang minggu lepas, UTM telah menganjurkan pesta konvokesyen sempena majlis konvokesyen yang bakal berlangsung. Memang meriah la pesta ni. Kalah Jom heboh. Artis terkenal pun ada datang such as Justin Bieber. Haha.

Meriah memang meriah. Banyak gerai dibuka dengan harga yang sangat murah. Dan ini telah membuatkan kitorang shopping tak ingat dunia. Almost RM200 juga aku melabur kat pesta ni. Tapi puas hati la. Banyak barang yang aku beli dengan RM200. Senarai barang-barang yang telah dibeli :

  • Baju kurung cotton siap - 3 pasang
  • Kerepek                       - 5 bungkus
  • Jersey Malaysia             - 5 helai
  • Tudung                          - 4 helai
Banyak tak ? Hee. Jangan jelesh. Ohh,ya. Lupa nak cakap. Semalam adalah majlis penutup pesta. So, lepas ni dah tak dapat nak berfoya-foya dan bershopping sakan lagi. Dan terpaksalah berpuasa sunat. Sebab duit dah habis. Sobb.. sobb..

Okay. See you again in my next entry. Bubbye.

Sunday, March 27, 2011

3
I Love Ayam

Assalamualaikum semua.
Sedar tak sedar dah pun berada di penghujung bulan March. And guess what ? Bagi sesiapa yang bergelar student, korang mesti dah dapat agak kan. Yeaahhh, its summer time. Hihi. Tapi tunggu dulu. Lepas final exam dulu baru boleh dok pikir pasal cuti. Errrhhhhh !


Okay, lupakan pasal exam. Lagi sebulan. Lama lagi ponnnn. Haha. "Don't study hard, but study smart" ! So today, i'm going to talk about 'ayam' ! You love to eat ayam ? Yes ? owh, i love ayam very much. Last Friday, my class is having a visit to AYAMAS. So, just take a look at this.











p/s : sorry, gambar posing je yang banyak sampai terlupa nak snap gambar ayam. Kokkkkk kokkk kokkk.

Friday, March 25, 2011

1
Selamat Hari Jadi Sayang

Assalamualaikum.




Happy birthday to you,
happy birthday to you;
happy birthday to mama and umar;
happy birthday to you.



25 MAC bersamaan dengan hari jadi my lovely mom and my cutest brothers. Haha. Dah malam baru nak update kan. Apa lar. Tapi pagi tadi memang sangat busy. I will story what am i busy about later. But for now aku just nak buat special entry to dedicate this special wish to my mom and umar.

Present :

 tudung syria butterfly

AND



rip curl aurora ladies watch
for MY MOM..

and for my little brother,  i bought him
Jersey Malaysia


p/s : Semoga mama dan umar dipanjangkan umur dan murah rezeki. Amin.

Wednesday, March 23, 2011

2
Pengalaman Mengambil Result SPM

Assalamualaikum semua.
Yeayyy. Wa dapat 17 A1. Huiyyooo. Caye tak ? Caye tak? Huh? Tak caye ?  Pehhhh, ni yang buat wa nak taching. Apa muka cam wa tak layak ke nak dapat 17 A? Okay la. Wa chow dulu..



Ini semua hanyalah sandiwara semata-mata. Tiada kene mengena dengan mana-mana pihak yang hidup atau mati atau sewaktu dengannya. HAHA. Okay. As u know hari ni merupakan hari bersejarah bagi pelajar-pelajar SPM tahun 2010. Bagi yang berjaya syabas diucapkan, dan bagi yang kureng tu jangan berputus asa. Teruskan perjuangan korang. MALAYSIA BOLEH ! Errrr..

Entry hari ini bertujuan mengimbau kembali detik-detik cemas aku nak ambil result SPM dulu. Aku tak de ar cuak pun time nak ambil result. Cool jew. HAHA .



Ni je gambar yang wa cilok dari myspace. Sebelum ambil result haruslah ber'camwhore' !


Tu je nak cerita sebenarnya. Errr, nak tahu aku dapat berapa time SPM ? Tak payah la. Tak gempak mana pun. Nak tahu gak ? Belanja aku Burger King dulu *euwww, perlu ke?

Okay. Sampai sini dulu. Ehh, siapa pelajar cemerlang tahun ni cepat angkat tangan ? Aku nak belanja dia. Tiket percutian 3 hari 2 malam di rumah sendiri. Haha. Melawak. Bye !

p/s : Today, I am Nobody perhaps Tomorrow I Will Be Somebody

Monday, March 21, 2011

4
Traffic Jatuh Merundum Bila Tak Update Belog

Ding dong..
Assalamualaikum semua :)


mood : sedih
reason : tengok rajah di bawah



Traffic untuk hari ini. Teruk kan. Okay itu saja nak cerita. Tak ada mood nak update belog. Bye !

Saturday, March 19, 2011

4
Header Baru & Doodle

Assalammualaikum you all.

As you all can see, i got a new header. Yeahhhhhhhhhh !! Berubah dari ini :

kepada yang ini. Tadaaaaaaaa..
-----
-----
----


Okay tak ? Aku tahu aku tak sekreatif korang. Tapi aku buat dengan penuh kasih sayang. Euwwwww.
Semenjak dua menjak ni aku adore gila dengan doodle.. So, aku tengok semua orang pandai buat bende alah ni. Aku pun nak jugak. Hee. Seriously, aku sangat-sangat tak kreatif. Nak tengok ? Tapi janji tau. Jangan gelak. Janji dulu.


--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--

Tadaaaaaaaaaaaa..

hihi. Ni aku yang lukis.

Ini pula adik aku lukis.

Haha. Ni lar aktiviti aku di hujung minggu. Okay. Itu je nak cerita. See you again. Bye ~

Friday, March 18, 2011

2
“RANDOM GIVEAWAY PART 2 by Nisa Menaip” & entry yang ke 100

Assalamualaikum w.b.t



Yeahh, sedar tak sedar dah entry ke 100. Sangat bermakna buat aku. Dan entry ke 100 ini aku tulis khas sempena Random Giveaway Part 2 by Nisa Menaip..

Part 1 punya tak sempat nak join.. So, kali ni tak nak terlepas peluang lagi.. Okay taip cepat-cepat. GA akan berakhir pada jam 12 malam ni.

Okay, itu saja. Simple kan. DONE ! Bubbye.

p/s : saya dah lama follow belog Nisa Menaip sebab saya admire belog Cik Nisa yang pinqysz.

Thursday, March 17, 2011

12
Contest : Sweet Couple Yang Paling Cool & Comel

Assalamualaikum semua.


Oleh kerana mood menulis masih tiada sebab takde cerita best nak share, jadi aku mengambil keputusan untuk join contest yang dinamakan "Contest Sweet Couple yang Paling Cool dan Comel" 

Maklumat lebih lanjut tentang syarat-syarat pertandingan kelik SINI


Aku suka syarat penyertaan yang keempat iaitu : Gambar 2 mesti pasangan laki n perempuan okeyh.Pose x kisah janji sopan yer kawan2. yang nmapk comel or cool..


So, dengan rasa segan silunya, aku mempertaruhkan pic yang tidak seberapa ni bagi contest kali ini :


1) Time ni nak tengok muvie dekat City Square. Incik A tersenyum sumbing sampai nampak gigi sebab dia menang main one two jus dan dapat memilih cerita yang dia nak tengok. Dan 'Si kalah' hanya mampu tersenyum kambing sebab cerita yang nak ditonton bukanlah cerita pilihan hatinya.Ecehhhhh. *Cerita perang kot* 
Lokasi : City Square, JB
Aktiviti : Menonoton Pilem 18SG
Mood : Terharu. Err, sebab tengok cerita perang pun best juga sebenarnya.




2 ) HAHA. Time ni senyuman siapa lebih lebar ? Walaupun gigi den tak lawa sampai boleh jadi model iklan ubat gigi, tapi den tetap nak tunjuk gigi juga sebab kali ni den menang main obejus dengan incik A. *kitorang gaduh nak pilih tempat makan* So, macam biasa la. Yang menang akan menentukan destinasi yang ingin dituju.
Lokasi : KSL, JB
Aktiviti : (On the way) Mencekik di KFC *je
Mood : Gembira tidak terkata


Okay, Itu saja. Nak cerita lebih-lebih, kang korang menyampah pula nak baca. Lagipun kitorang pasangan yang humble dan dan SOPAN. Errrrrrr.. *nah baldi kalau nak muntah*



DONE !

p/s : Sorry, kualiti gambar kurang memuaskan sebab pakai henpon murah.

Tuesday, March 15, 2011

8
Kesan Tsunami di Jepun

Assalamualaikum w.b.t

Korang dah solat ? Kalau belum pergilah cepat ea. Jangan tunggu-tunggu dah. Kita tak tahu sampai bila kita hidup.


gambar hiasan dari Google

Sebenarnya hari ni entry aku bukan lah nak cerita pasal isi tersurat tsunami. Aku rasa tu semua orang dah tahu dah. Contoh macam berapa skala richter atau dah berapa ramai mangsa yang terkorban. Aku tak nak cerita semua ni.

Tapi apa yang aku nak cerita pada hari ini adalah isi yang tersirat di sebalik kejadian tsunami. Semalam masa pergi class macroeconomy, macam biasa lecturer akan mulakan dengan bertanyakan isu-isu semasa. So, sekarang ni tak lain tak bukan adalah isu mengenai Tsunami di Jepun. Ramai yang terkejut sebab apa yang kita tahu Jepun merupakan sebuah negara tercanggih dan moden di Asia ni. Tapi tetap tak boleh kecanggihan Allah s.w.t. Sistem pengesan gelombang pun tak mampu nak selamatkan ribuan nyawa. Dan bila berlakunya bencana seperti ini apa yang dikhuatiri negara lain terutama negara membangun seperti Malaysia adalah isu kenaikan harga. 

Korang terfikir tak apa akan jadi pada Jepun selepas ni ? Bila lecturer aku tanya, most of my classmate jawab, of course la ekonomi diorang akan jatuh teruk. Jepun bukan lagi menjadi sebuah negara yang boleh dibanggakan. Lecturer aku tersenyum dan bertanya lagi. Macam mana pula masa Jepun mengalami perang dunia kedua ? Pada masa tu, keadaan di Jepun dah macam padang jarak padang terkukur. Tapi mereka mampu bangkit dengan pantas. Sebab apa ? Sebab orang Jepun sangat tenang menghadapi ujian. Walau macam mana teruk sekalipun ujian yang datang contohnya bencana seperti tsunami, rakyat Jepun tak pernah menyalahkan atau menunding jari kat mana-mana 'pihak'. Pihak kat sini merujuk kepada kerajaan. That is positive side orang Jepun.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlualah mencontohi sikap orang Jepun. Jangan cepat melatah sekiranya berlaku sesuatu sebaliknya kita perlu berganding bahu untuk membangun menjadi sebuah negara seperti Jepun.

Lastly, mari lah kita sama-sama doakan keselamatan mereka yang dilanda bencana. Dan kita juga perlu berjaga-jaga dan bersiap sedia sekiranya apa-apa terjadi di negara kita. Minta dijauhkan. Amin.

Sunday, March 13, 2011

5
Show Me Your BFF Contest

Assalamualaikum and selamat berhujung minggu semua !


Semasa sedang menaip entry ini, mata aku sebenarnya sedang khusyuk menatap tv tanpa berkedip. HAHA . Tengok Mentor 5 yawww.

Okay, back to the story. Aku sebenarnya dah lama usha nak join contest. Tapi sebelum aku join, perkara penting yang mesti aku teliti adalah syarat penyertaan, hadiah *ni penting* dan berapa ramai yang join *kalau dah ramai sangat aku malas nak join. hihi.

So, while blogwalking tadi aku terjumpa contest yang attract me to join. Ni dia "Show Me Your BFF Contest"


So, jom check it out who is my true Best Friends Forever :-


Dear NurulBadiah Lai,
this is my best friend in my first year studying in UTM. From left there is Nisah who is genius girl in classes, Ieda who is very sweet like a sugar, Aja chumi who is very cute and last but not least Me who just an ordinary girl.We studied together, eat together, and even going to toilet together. HAHA.

Lastly, aku akan tag 4 orang best friend aku which is not in the picture but still love you guyz very much :


That's all for now. Seeya. Bye.

p/s : first time buat macaron tadi tapi tak jadi. Uwaaa. sedih laaaaaaaaaaa :-(


Saturday, March 12, 2011

8
Jom Heboh

Assalamualaikum guyz.


As you know hari ni dan esok ada JOM HEBOH kat JB. So, tadi bila balik dari kolej setelah dijemput oleh mama ku tersayang adik-adik aku beriya nak singgah JOM HEBOH. At first mama macam agak keberatan la sebab mama dengan abah aku memang tak suka pergi tempat yang ramai orang bersesak-sesak dan tempat yang boleh menghabiskan duit. Tapi disebabkan satu-satunya anak teruna dia yang cengeng menangis tak pasal-pasal, mama pun terpaksa layankan je dan terus memandu kereta dari Skudai sampai la ke Danga Bay.


FYI, aku pun actually tak suka pergi tempat-tempat macam ni. Aku lebih suka pergi tengok Al-Kuliyyah ke. *Eceehhhh,bajet ar* HAHA. Okay, dah pergi JOM HEBOH wajib la snap pic dengan artis kan. Tapi disebabkan tak ramai artis yang turun pagi-pagi, ni jelah yang ado.


1 ) Masa baru sampai



2 ) With Aiman Mentor 5 protege Rahim Maarof



3 ) Akak aku join game GUA TONTON HOT FMMMMMMMMMMMMMMMMMM.
*kene sebut dalam satu nafas dan paling panjang*


4 ) Time nak balik dan berjaya balik tanpa membeli apa-apa barang kat sana. Terer tak ?


HAHA. Kata bergambar dengan artis tapi takde pun. Tipu-tipu. Okay, sebenarnya artis nak bergambar dengan aku cuma aku je yang tak nak. Lagi satu kalau tengok kenapa pic aku ada satu je ? Tak aci kan. Tapi disebabkan aku sorang je yang pandai snap pic dengan cantik, dan aku jenis yang low profile kan. Sebab tu aku tak suka snap pic sendiri banyak-banyak. Euwwwww. 

That's all cerita untuk JOM HEBOH. Ohh,ya. Sebelum menghabiskan entry kali ni, aku nak minta jasa baik semua kalau boleh klik 'LIKE' pada page Facebook yang baru aku buat. Ada dekat sidebar belah kanan ni. Jumpa lagi di lain hari dan waktu. Bye !

Friday, March 11, 2011

5
Hikayat Merong Mahawangsa

Hatta, tersebutlah kisah seorang pemuda yang gagah perkasa bernama Merong Mahawangsa.


Assalamualaikum you all.
Wahhhhh. Akhirnya dapat juga tengok cerita ni pada hari pertama tayangan di pawagam. Fuhhhhh. Kalau disuruh beri bintang kat cerita ni, dari 5 bintang aku bagi 6. HAHA . Best memang tak terkata la. Siapa tak tengok rugi.


Dibintangi oleh :

  • Stephen Rahman Hughes: Merong Mahawangsa, pahlawan dan nakhoda Melayu dari Kedah. Watak utama filem.
  • Dato' Haji Rahim Razali: Kesum, pawang Melayu yang mengenali Merong sejak merawatnya.
  • Ummi Nazeera: Embok, kekasih Merong.
  • Khir Rahman: Kamawas, ketua lanun Garuda yang menculik Puteri Meng Li
  • Jing Lusi: Meng Li Hua, Puteri China
  • Gavin Stenhouse: Marcus, Putera Rom
  • Craig Robert Fong: Liu Yun, Laksamana China



Antara babak dalam cerita ni. Sumber telah diGOOGLE


Sebenarnya tak rancang pun nak pergi semalam. Tetiba je akak aku kata kawan dia ajak pergi tengok cerita Merong Mahawangsa. Aku tanya la bila. Akak aku jawab la ni ler.. Aku kata Whatt ?? Nak tengok midnight ke. Pasal jam waktu tu menunjukkan pukul 9.30 malam. Akak aku jawab balik ha lar. Aku pon apa lagi.. JOM !!



Kata tengok cerita Merong Mahawangsa, tapi snap pic dengan Rango. Rango cute what. Aww :)

Mula-mula aku ingat nak buat sinopsis cerita ni. Tapi tak payah la. Aku nak korang pergi tengok sendiri. *Ini suatu paksaan* HAHA . Aku suka pantun dalam cerita ni. Aku siap save dalam fon tau. Pantun nya berbunyi begini :
Sampai masa tibanya waktu;
Redup hati kamu berdua;
Bila dua jasad bersatu;
Hidup mati kamu bersama.

Lastly, aku nak ucapkan tahniah kat Pengarah cerita ni iaitu KRU Production sebab buat cerita best macam ni.


Seeya in my next entry. Byebye :-)

p/s : Tak sabar nak tengok NUR KASIH THE MOVIE sebab ada promo cerita tu sebelum cerita ni start.



Thursday, March 10, 2011

6
Buffered Earning Yang Pertama

Assalamualaikum semua.
*Tak jawab dosa*


Yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!
Mood : happy dan santai


Setelah seminggu berhempas pulas, bersengkang mata, ber.. ber.. bermacam-macam ber lagi la yang sama waktu dengannya. Semua gara-gara test. Dua paper dalam satu minggu. *Elehhhh. Baru dua paper dah kecoh. Kito bakor jew* Sorry, ada iklan jap.

Ohh,ya. Cakap pasal iklan kan, aku nak bagitahu ni. Korang ada nampak apa-apa perubahan tak kat belog aku ? Tak nampak. Haihhh. Tak lama ler tu. Opppss.. Gurau jek. Okay. Aku bagitahu jelah. Belog aku dah ada macam-macam iklan tau. Iklan DIGI, ERA, MAS,  & CELCOM . Tu yang aku perasan la. Kalau sebelum ni asyik-asyik iklan MILK-A-DEAL. Haha ! Cam tak bersyukur je.




Kalau sebelum ni aku asyik merungut je bila nak dapat BE ? Bila nak dapat BE ? Haha ! Macam budak budak mintak air kotak doremon. Macam tu ler aku. Lepas tu bila ramai orang nasihat supaya aku sabar, aku pun macam : Okay. saya sabar. takpelah. Tak harap pun dapat BE *ecehhhh* Tapi alih-alih aku check Nuffnang itu hari, tengok dah dapat BE. Terus jerit hippp hipppp hoooraayy ! Yabedaaaaabeduuuuuu.
Haha ! Sekarang aku dah tahu dah. Kunci untuk mendapat BE adalah kesabaran.






Last but not least, Thank You to all of you visitor because without you I will never get a chance to get BE and Thanks to NUFFNANG :)