Tuesday, May 31, 2011

7
Hana Tajima Inspired Shawl Tutorial

Hey you guys. It's been a long time I've been searching the real shawl tutorial originally from Hana Tajima and just now i found this. Hope it can be useful to me and you guyz. Lets check this out.



So, how is it ? Simple kan. And now aku nak share gambar aku yang ala-ala Hana Tajima Simpson ni (kononnya). 

Err,saya bukan Hana Tajima yang cantik tu tapi saya ialah Norfa Hannah yang comot-comot tu.

Okay. Itu saja bebelan ku pada kali ini. Daaaa.

Sunday, May 29, 2011

2
Contest Blog Paling Comel

Photobucket
kelik pada banner untuk ke belog penganjur

Heyyo. Entah kali ke berapa aku join contest pun aku tak pasti. Yang pasti dalam banyak kali tu sekali je aku menang contest. Haha. Sadis kan. Takpe. Kali ni try je lagi nasib. 

Okay, before that jom tengok syarat-syarat dia :

  • Mesti ada blog .

  • Mesti wajib follow blog ini .

  • Tuliskan satu entry bertajuk Contest Blog Paling Comel bersetakan gambar dibwah .

  • Lepas dah buat entry terus comment ke entry ini .

  • Tag 3 rakan anda pastikan dorang tahu .


  • TagTagTag :  Cik Myraa, Cik Mimie, Cik Aisyah

    Okay. Itu saja. Simple kan. Nak jampi ke tak? Nak jampi ke idok? Haha. Jampi beriya camano pon tak monang-monang jugak. Err, doakanlah aku menang ea. Adios.

    p/s : comel ke belog Anak Incik Mokthar ? tett.

    Friday, May 27, 2011

    1
    Day 7 Challenge : 10 of your favourite songs


    Rice Rice Baby

    Dah lama tertangguh 10 Days Challenges ni. So, hari ini kita pergi ke day 7 challenge. Kalau nak ikotkan banyak kot lagu yang aku minat sesangat. Tapi aku cuma akan list kan 10 of them. 

    1. Littlest things- Lilly Allen

    2. Love Song - Sara Bareilles


    3. Ku bukan aku - Tilu


    4. I'm Yours - Jason Mraz


    5. Lucky - Jason Mraz ft Colbie Caillat


    6. Itulah Sayang - The Ramlee's


    7. Rocket - Yuna


    8. I Am Me Once More - Zee Avi


    9. Speak Now - Taylor Swifts


    10. Hey Stephen - Taylor Swift



    Dah macam mp3 entry aku kali ni. Siap ada music player. So, kalau rajin korang dengar lah lagu favourite aku. Aku suka lagu-lagu yang santai dan tenang. And sorry aku tak minat k-pop. Okbai.

    Thursday, May 26, 2011

    0
    I miss you so much



    Dear,
    dah lama I tak jumpa u. Rindu di hati sudah tidak tertanggung rasanya. Kalaulah you tahu how much I miss u. Huhhhhh ( mengeluh panjang). Tapi sekarang I happy. Akhirnya dapat lah I tengok dan tatap you balik. I harap kita takkan berjauhan lagi gara-gara "si dia". "Si dia" yang telah merosakkan segalanya. Si dia yang buat kita tidak dapat berjumpa. Si dia yang bernama VIRUS. haha. Benci tau.

    Okay. stop merepek. Korang perasan tak hampir seminggu aku tak update belog. Bagi aku lama lah juga. Semua bermula bila aku sibuk membuka satu website ni yang kononnya boleh mencegah virus. Last-last lappy aku yang kene virus. Padan muka. 

    Entry kali ni aku cuma nak cakap yang aku sangat-sangat rindu untuk menulis kat belog ni. Lebih-lebih lagi bila dapat BE dari en Nuffnang lagi. Tapi en Nuff ni selalu bagi aku BE time aku busy yang amat. Ya, aku sangat busy sekarang ni (sangat). Kalah PM yang tengah fikir nak kekalkan harga RON 95. Ceytt, apa daa. Tapi thanks a lot mr. nuffnang.

    Okay. Sampai sini dulu. Bye.

    Friday, May 20, 2011

    3
    Day 7 Challenge : 10 Important People

     

    Cabaran hari ketujuh : 10 orang terpenting dalam hidup aku
      Mama
      Abah
      Umar
      Kak nur
      Yaya
      Alf Farhan
      True friend
      My kucing-kucing (err, walaupon bukan orang tetap penting dalam hidup aku)
      All blogger
      Sedara mara, jiran tetangga, dan semua yang mengenali aku 
    Okay. Done. Aku sekarang tengah busy mengemas sebab nak balik kolej dah Ahad ni. Sedih takde orang nak ganti. Until now, XOXO.

    Thursday, May 19, 2011

    0
    Day 6 Challenge : 10 Items you can't live without


    Cabaran hari keenam : 10 benda yang perlu ada bagi aku ialah;
    # udara, angin, cahaya matahari, dsb
    # makanan & minuman
    # pakaian
    # duit
    # laptop & internet
    # handphone
    # buku
    # alat tulis
    # my bantal ucuk
    # spec rabun aku
    Geram pula aku buat benda ni. Sebab aku terpaksa memerah otak. Arghhh. Tensyen. Aku takda gadget yang best-best. So, itu jelah benda yang aku sayang dan sentiasa berada di sisiku. *except for money. aku sayang kat dia, tapi dia tak mau kat aku*

    Ohh, lupa nak khobar kat korang. Hari Isnin depan aku dah start short sem. Aku tak nak pergi. Tak nak pergi. Ada sesiapa sudi gantikan aku tak? hee. Tu je nak khobar. Okay. Sekian.

    Wednesday, May 18, 2011

    4
    Day 5 Challenge : 10 wishes



    Salam. Fuhh, semalam memang buat aku tersenyum lebar sepanjang hari. Mana taknya ramai visitor yang tak pernah aku dapat sebelum ini. Jakun lah jugak. Semuanya gara-gara entry INI. Dan tak sangka blogger-blogger faymes ni sangat mesra dan tak sombong. Macam cik epal dan cik RCW. hee. 

    So, misi hari ini meneruskan cabaran. Sedar tak sedar dah hari kelima. So, here are my 10 wishes :

    1. I wish I can be a good child to my parents
    2. I wish I can be a good students and finish my degree
    3. I wish I will get a driving license by the end of this year
    4. I wish I can have my own car and house before i get married
    5. I wish I will get married before 25 years old
    6. I wish I can travel around the world
    7. I wish I can send my parents to Mecca
    8. I wish I can study until I get PHd
    9. I wish I can have unlimited money (haha)
    10. I wish my all wishes comes true

    That's all what I want in my life. Macam nerd je kan. Ni yang semua orang pun nak lah. Ohh,aku tak kreatif. Aku tak pernah fikirkan sesuatu yang di luar kotak fikiran. Err,korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Atau pun korang cuba buat-buat faham tentang apa yang aku nak fahamkan korang supaya korang tak perlu untuk faham sebenarnya. 

    Okay. Aku start mumbling. So, before melarat aku minta diri dulu lah ya. Jumpa lagi. Bye.

    Tuesday, May 17, 2011

    21
    10 Blogger Tercantik dan Famous

    Hey bloggerians. Semenjak dua menjak ni aku selalu menghabiskan masa membaca belog-belog orang lain. Dan aku bangga bila membaca penulisan kreatif blogger-blogger di Malaysia.

    Ohh, tapi hari ni entry aku lain sikit. Aku nak bercerita tentang blogger-blogger cantik di Malaysia. Diorang ni bukan saja cantik, tapi diorang juga bijak dan berkerjaya.

    Cik Epal yang sentiasa gojes dan comel

    She is beauty because of her personality

    8. Yuyu Zulaikha
    Cik yuyu yang sentiasa comel dan ayu

    Beauty eyes with beauty brains

    Cik puan yang dah berkahwin tapi maintain slim dan cantik

    5. Nurul Ain Abd Salam
    Rozita Che' Wan versi bertudung

    4. Cice Uyun
    Pengasas website blogshop shawl yang cantik di Hijabebs.com

    3. Irine Nadia Marcello
    Mashumarcellow yang lembut-lembut tu. hee.

    2. Hanis Zalikha
    Doesn't need makeup to look beauty

    And the first place goes to :




    Tak lain tak bukan






    Miss..










    1. Fatin Liyana
    Bakal doktor yang sangat cantik. Kalau miss FL dah jadi doktor, nampaknya makin ramai lah orang yang sakit kat Malaysia ni. Budak-budak kecik pun dah tak takut nak pergi kelinik.

    Wahh, seronok pula tengok orang yang cantik-cantik ni. Kan best kalau aku boleh secantik diorang. Ehh, tak takk. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Ini yang Allah jadikan. So, be yourself. Mereka-mereka yang cantik ni pun sebab mereka menjadi diri sendiri. So, apa pandangan korang ? Cantik kan diorang. 

    Bye for now. Seeya.

    p/s : Sorry sebab tercuri gambar-gambar di atas di belog masing-masing.

    0
    Day 4 Challenge : 10 things you want to say to one person


    Too many things I want to say to you. Too many words I want to confess in front of you. Even if I've been living with you for 100 years, I will never forget to say that
    # I LOVE YOU MORE THAN A WORD
    # THANKS FOR LOVE ME TOO
    # NEVER LEAVE ME ALONE
    # I WILL BE WAITING FOR YOU
    # PLEASE WIPE MY TEARS WHEN I'M CRYING
    # CAN YOU SING ME A SONG
    # I'M SORRY IF I HURT U
    # IF I BURDEN U, PLEASE LET ME KNOW
    # WILL YOU BE THERE WHEN I NEED YOU?
    # CAN YOU SPEND THE WHOLE LIFE WITH ME?
    Okay, that's all from me. Bye.

    Monday, May 16, 2011

    5
    Day 3 Challenge : 10 Things You Hate


    I can't take it any longer,
    thought that we were stronger,
    all we do is linger;
    I HATE THIS PART RIGHT HERE;
    I HATE THIS PART RIGHT HERE;
    I just can't take this tears;
    I hate this part right here.

    Salam you alls. Mesti tertungu-tunggu entry untuk cabaran hari ketiga dari aku kan? Haha. Perasaan lebeh siap feel nyanyi lagu I HATE THIS PART pula tu. Bukan apa, cabaran hari ketiga ni memerlukan aku menglistkan 10 perkara yang aku BENCI. Jom, check this out.

    1. I HATE myself
    Kadang-kadang bila pelbagai masalah yang timbul aku akan mula benci diri sendiri. Contoh kalau aku gagal dalam pelajaran, aku tak akan salahkan orang lain. Sebaliknya diri sendiri lah yang harus disalahkan. Tapi aku tetap sayang diri aku sendiri. Hah, camano tuh. Den pon konpius jap.

    2. I HATE people who hate me
    Hah, faham tak? Awat nak benci-benci aku? Dah takda kerja lain lah tu. Tak pun ang jeles kan dengan aku. Haha. Berlagak gila kan ayat. Ayat memang minta kene benci ni. Biasalah, as a human kita kan tak perfect. So, normal kalau ada orang yang suka kita dan ada orang yang benci kita. Tak gitu cik senah?

    3. I HATE virus
    Ohh, tak kesahlah virus cinta ke, virus komputer ke, virus H1N1 ke aku tetap benci kau. Haha, Kejam.

    4. I HATE dog and mosquitoes
    Actually aku bukan benci anjing. Tapi aku trauma dengan anjing. Lebih-lebih lagi yang kurap. Erghhh. Sebab dulu aku selalu kene kejar anjing time nak pi sekolah ugama. Kepada nyamuk pula, tolonglah. Aku asyik kene derma darah kat korang je. Sampai aku sendiri dah takde darah. Ada sesiapa nak derma darah kat aku. Type O.

    5. I HATE messy
    Bukan Messi yang pemain bola tu ea. No no no. Aku tak suka tengok rumah ke bilik aku bersepah. Abah aku selalu kata "rumah sepah macam tongkang pecah". Tapi kan aku juga bukan seorang yang rajin untuk mengemas. So, I hate myself.

    6. I HATE exam
    Exam adalah sesuatu yang sangat aku benci sebab aku terpaksa menghadap buku 24 jam seminggu. Dan disebabkan itu aku akan menjadi stress. Bila aku stress mula lah pimple nak keluar bertepek-tepek kat muka aku.

    7. I HATE to think
    Haha. Percaya atau tak, aku benci untuk berfikir. Talak guna punya olang. Sebab tu aku benci exam. Tapi this is life. Kalau nak teruskan hidup, u must keep on thinking. What is best for you and what is not. Take note.

    8. I HATE bully
    Aku tak faham kenapa aktiviti buli ni sering terjadi. Lebih-lebih lagi pada budak sekolah. Apa lah paedah yang korang dapat dengan membuli kan. Dapat glamer? Sangat. Dah-dah. Jangan buli membuli. Hidup lah dalam keadaan damai dan harmoni.

    9. I HATE when i have no money
    Yang ni memang selalu lah. Sebagai student, awal bulan dompet memang tebal ah kan. Tebal dengan tisu. Haha. Tapi bila akhir bulan kempis semacam je dompet aku. Rasa macam takyah pakai dompet pun takpe. Tu lah time ada duit boros. Padan muka.

    10. I HATE people that hate other people
    Kenapa perlu benci-membenci sesama manusia ? Sehebat manakah kita untuk membenci orang lain? La ni aku tengok kat blog, semakin ramai blogger yang dok meghentam blogger lain. Ada juga "PERVERT" yang dok sibuk mengkritik pakaian wanita dan melaknat kaum wanita yang berpakaian begitu. Dia juga bangga yang dia tu seorang lelaki pervert.So, apa bezanya kau dengan perempuan yang kau kutuk tu ? Kita kan semua ciptaan ALLAH. Bermakna kalau kita benci orang lain, kita benci Allah juga. Nauzubillah.

    Aku pun tak perfect. Aku selalu mengingatkan diri aku supaya jangan bencikan orang lain. So, inilah 10 perkara yang aku benci. Hope you alls enjoy reading. Bye.

    4
    Tutorial : Bagaimana meletak iklan churp² di blog

    Dah lama rasanya tak buat tutorial. So, hari ini teringin pula rasanya untuk membuat tutoorial yang simple. I guess mesti ramai yang dah tahu kan macam mana nak letak advertisement dari ChurpChurp ni kat blog korang kan. Tapi untuk blogger yang masih lagi tak tahu macam mana bolehlah terus membaca.

    Ohh, lupa nak bagitahu. Sebenarnya aku pun baru je tahu macam mana nak letak iklan ChurpChurp ni. Aku jumpa tutorial tu kat SINI. So, aku takdelah expert sangat. Okay, enough menceceh. Jom layan tutorial ni.

    contoh ChurpChurp advertisement seperti gambar di atas

    STEP 1 : Korang mestilah mendaftar dengan ChurpChurp. Kepada sesiapa yang masih lagi belum mendaftar, boleh rujuk di SINI.

    STEP 2 : Sesiapa yang dah pun menjadi ahli ChurpChurp , korang LOG IN lah. Then klik dashboard. Kat situ akan ada banyak iklan. 

    STEP 3 : Log In blog korang. Pergi <Design> <Page Element> < Add gadget> <choose HTML/JAVASCRIPT>

    STEP 4 : Copy this code :
    <a href="LINK CHURPCHURP" target="_blank"><img src="LINK PICTURE" width="120" height="120" /></a>
    Korang paste lah dalam 5 ke 6 kali. Terpulang berapa banyak iklan yang korang nak paparkan.

    STEP 5 : Pergi dashboard ChurpChurp korang dan pilih salah satu iklan yang korang nak dan klik Share This. Contoh macam ni :



    Okay. Got it ? Good. Then korang ambil URL iklan tu dan URL gambar and paste dekat code tadi. Contoh :



    Kod yang aku bagi ni untuk iklan yang statik atau tidak bergerak. Kalau nak yang bergerak macam aku punya cuma tambah kod ini :

    <marquee onmouseover="this.stop();" onmouseout="this.start();" scrolldelay="0" behavior="scroll" direction="left" >


    The code just now i teach
    </marquee>

    STEP 6 : Pilih lebih banyak iklan dan ulang step di atas. Itu saja. Simple kan. Try lah.

    Korang rajin-rajinlah klik iklan ChurpChrup aku okay. Nanti aku klik iklan korang balik. HAHA. Okay la, Selamat mencuba.

    Sunday, May 15, 2011

    2
    Muchas Gracias

    Salam. Sekali lagi menghupdate pada hari ini. Yeahhhh, Itu dia semangat berblogging sementara masih lagi di rumah menghabiskan sisa-sisa cuti yang tinggal seminggu ini. Kenapa? Mengapa? Orang lain cuti sem 4 bulan, aku cuti sem cuma 2 minggu je. Tragis kan. Ini semua gara-gara dipaksa oleh pihak universiti untuk mengambil short sem course. Padan muka aku. Muahahaha.

    Okay. Aku dah mula merapu. Sebenarnya tajuk kita pada hari ini sounds differents. Muchas Gracias ni merupakan perkataan dari bahasa Spanish yang membawa maksud Thank You So Much. Jadi entry kali ini adalah merupakan suatu penghargaan dari aku *insan yang hina* kepada semua yang berada di sekeliling aku.

    Tanggal 14 Mei iaitu pada hari semalam, genaplah usiaku menjangkau ke usia puluhan. Tiada lagi angka belasan. Sedih bercampur gembira dan macam-macam lagi perasaan yang bercampur baur. Aku sedih sebab aku sekarang makin tua. Ehhh, tak. Dewasa.Lepas ni dah tak dapat lah main macam budak-budak.

    Aku takut sebab semakin dewasa, aku perlu menjadi semakin matang. Memikul pelbagai tanggungjawab yang terpikul di atas bahu. Aku gembira sebab aku masih lagi bernyawa di atas muka bumi untuk meneruskan hidup yang singkat ini. Kalau boleh aku nak terus hidup agar dapat membalas jasa mama dan abah. Walaupun jasa mereka memang tidak akan terbalas tapi at least aku boleh jaga diaorang dan buat diorang gembira. Insyallah.


    Kek harijadi dari family tercinta

    Sempena menyambut hari tua, aku secara rasminya menukar layout dan lagu di dalam blog ini. Apa pandangan korang? Sesiapa nak puji ke, nak kutuk pun aku terima bolehlah mengutarakan di tempat komen mengkomen. Layout ini ditukar kerana ingin menampakkan sedikit kedewasaan aku. Cehhhh. Selama ni tak cukup dewasa ke? 

    Jutaan ucapan terima kasih juga buat semua yang sudi menjengah belog yang tak seberapa ni. Walaupun takdelah sampai beribu UV aku dapat macam belog kupu-kupu kecik kepunyaan Yuyu Zulaikha, tapi masih ada yang sudi melepak kat belog Anak Incik Mokthar. Thanks a lot guys. Itu yang membuatkan semangat berblogging aku semakin membara-bara.

    Kepada follower yang ke 666, aku tak dapat nak jejak link kau. Kalau boleh aku nak buatlah sepatah dua entry untuk review blog sebab dah jadi follower bertuah aku. Kalau terbaca entry ni sudi-sudi lah tinggalkan link ya. 

    Okay. Itu saja kot aku nak cakap. Semoga korang terus setia menjengah ke belog ini walaupun takde pape yang istimewa. Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara. Ehhhh, dia dah mula dah. Haha. Zassssss.

    Handphone Case DIY dibuat untuk mengisi waktu lapang

    Bye.

    7
    Day 2 Challenge : 10 Things You LOVE


    Hey guys. Bertemu kembali di hujung minggu ni. So, apa pun plan korang pada hari ini pastikan anda melakukan aktiviti yang berfaedah.As for me, hari Ahad adalah paling sesuai untuk kita meluangkaan masa bersama family tercinta. Ceytt.

    Okay tanpa membuang masa jom kita ke "Day 2 Challenges : 10 Things You Love"
    # My family very very much and HIM which is my future husband
    # FB and BLOGGER
    # Shawl and accessories
    # All Kind of music because music is my LIFE
    # Eat is my passion especially my mom's cook
    # Shopping with my girlfriends
    # Watch movies to release my stress
    # My cute kitten
    # Money
    # My bantal bucuk

    Okay. Actually banyak lagi benda yang aku suka. Tapi ini adalah the first ten. See, money is what I love tau. Haha. Nampak sangat mata duitan $$. Ya, aku memang mata duitan. So, what. Dunia sekarang kalau takda duit takda maknanya. Betol tak ?

    Kali ni aku rasa macam nak letak picture sendiri. So, korang tengok lah muka puyu *bukan yuyu ya* aku. Sambil tu tinggalkan lah komen ya. Hee.

    Duta baru Tutti Frutti. Hakktuihhh.Saja nak tunjuk kita ni kuat makan.

    10 Days challenge setakat ini :
    Day 1 Challenge : 10 Things About You


    p/s : jomlah ramai-ramai join 10 days challenge ni. Bye.

    Saturday, May 14, 2011

    2
    Day 1 Challenge : 10 Things About You


    Salam. Seperti yang dijanjikan aku akan memulakan 10 days challenge bermula hari ini. So, here we go.

    "Day 110 things about you"

    My name is Nur Farhanah binti Mokthar and I am :
    ·    Children to Mokthar bin Ali and Sharifah Shahrizad Syed Mohamed
    ·    Not a Girl not yet a women
    ·     2nd children from 4 siblings
    ·    Was born in Singapore on 14th May 1991
    ·    Currently live in JB
    ·    Even I am Singaporean but I never been school there
    ·   I love to try new things in my life
    ·   I am not friendly until you screwed me out
    ·   Coward when I am alone
    ·   And I'm a spoiled child
    Ohhh. That was 10 things about me. You think you know me better ? Then, why don’t you share with me by giving some comments. I would love to hear from those who knows me. Haha.

    3
    10 Days Challenge


    Salam you guyz. Entry yang sepatutnya dipublish semalam telah ditunda oleh sebab yang aku rasa semua blogger dah tahu. So, hari ni bila blogger dah boleh bukak apa lagi. Terus taip laju-laju.

    Okay, sempena cuti yang tak berapa panjang ni, aku dah ambil keputusan untuk menyahut cabaran 10 days challenge. At least aku akan ada idea untuk menulis sepanjang 10 hari ni kan. Apa yang perlu dicerita sepanjang 10 hari ini ?  Jom kita tengok.

    Day 1 - 10 things about YOU
    Day 2 - 10 things you LOVE
    Day 3 - 10 things you HATE
    Day 4 - 10 things you want to say to a PERSON
    Day 5 - 10 WISHES
    Day 6 - 10 ITEMS you can't live without
    Day 7 - 10 important PEOPLE
    Day 8 - 10 of your favourite SONGS
    Day 9 - 10 ways to win your HEART
    Day 10 - 10 final WORDS

    Dengan semangat berkobar-kobar aku akan mulakan cabaran pada hari ini juga. So, nak tahu day 1 punya challenge iaitu 10 things about me ? Tungguuuu.

    Thursday, May 12, 2011

    5
    Arah tuju selepas SPM

    Salam.
    Semasa sedang berhopping dari satu belog ke satu belog, aku nampak lah ramai bebudak yang baru habis SPM dah dapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke universiti-universiti awam. Tahniah aku ucapkan. Ada juga yang dapat tawaran ke universiti dan kolej swasta. Tak kurang juga ke tingkatan 6. Untuk tawaran ke matriks aku tak pasti dah keluar ke belum. Apa pun tahniah buat korang.

    Bagi yang tak dapat mana-mana tawaran tu, jangan bersedih. Korang boleh rileks kat rumah sambil makan popcorn dan tengok dvd hari-hari. Korang juga boleh buat part time or full time kat supermarket. Siapa yang beruntung ada family yang memang run their own business, korang digalakkan menyambung perniagaan family korang tu.

    Tapi hari ni aku nak share dekat siapa-siapa yang dapat tawaran belajar which choice is the best for choosing which path to continue your study. Kita mulakan dengan diploma. Diploma ni selalunya merupakan choice pertama. Sebab bila ambil diploma korang secara automatiknya dah dapat jejakkan kaki ke menara gading. Selain itu, dengan dimploma korang boleh cari kerja. Best kan. Tapi ramai yang cakap diploma ni makan masa. Tiga tahun pengajian compared dengan matriks. But if u continue your study in the same course, u only have to take 2 or 3 years only to complete your degree. So, lebih kurang jelah masa pengajian korang.

    Kalau korang dapat matriks, aku cadangkan korang pergi. Sebab matriks memang ekspress. And matriks ni memang ditempatkan khas untuk kaum bumiputera. So, don't waste the chance. After matriks setahun setengah korang boleh terus ambil degree.

    And last choice is form 6. Aku ada terbaca kat sebuah belog yang mengutuk kaw-kaw pasal belajar di form 6. What's wrong with that ? Salah ke kalau kena pakai baju sekolah lagi. Ohh, lupa. Aku dulu pun macam tu. Sebelum aku SPM memang aku dah menyumpah la yang aku takkan ambil form 6 sebab tak nak pakai baju sekolah. Dan aku pandang rendah pada kakak-kakak abang-abang yang ambil form 6. Kononya form 6 ni untuk budak-budak yang tak berapa pandai. But guess what. Allah itu maha mengetahui. Aku tak dapat mana-mana tawaran lepas habis SPM. Tawaran kolej swasta memang berlambak tapi tak mampu kot besides ragu-ragu dengan qualification degree yang bakal diperolehi. So, abah aku nasihat suruh ambil tawaran form6. At first memang berat aku nak terima. Siap nangis-nangis lagi tak nak pergi. Then my mom comfort me. She give some advices. And i have no choice. Aku terima tawaran form 6. Aku dapat aliran Sains. Tapi aku tukar pergi aliran kemanusiaan. And here I am now. Aku dapat sambung degree in Accounting di UTM. It's not so bad about form 6. At least ramai juga budak form 6 yang sambung degree. So, if u got no other better choice, ambil jelah tawaran form 6. Dan buktikan yang korang boleh berjaya.

    Okay. Bagi sesiapa yang tak nak sambung study, korang boleh kerja atau atau mohon kemahiran. Macam nursing. Korang boleh terus dapat kerja lepas habis study.

    Ihope u guys dapat buat keputusan dengan tepat. Because this is your future. Pilih course yang korang betul-betul boleh buat. Bukannya course yang orang paksa korang suruh ambil k. So, gud luck for you guys. Make your parents proud to have children like u. And the most important things, make you country proud to have citizens like you,.

    2
    "Giveaway Gelimat Gegurl Gosh"

    klik pada banner untuk ke belog penganjur

    Assalamualaikum semua. Kali ni aku nak join satu lagi GA yang diberi nama "Giveaway Gelimat Gegurl Gosh"  Haha. Unik kan nama GA ni. Nak tahu erti di sebalik tajuk GA ni boleh lawati Belog Cik Faghah Dafghi.

    Mengenai belog Cik Faghah Dafghi ni, belog dia very nice dengan layout kulit harimau bintang *rawwwrr.Sangat kemas sebab widget pun tak banyak, I love her blog's header. Cantik macam tuan punya badan. And what i love the most is tutorial shawl dia. Sangat sempoi. Ehh, terbanyak pula puji. Hee.

    Kenapa aku tertarik untuk join GA ni, the first reason is penganjur sendiri yang jemput *terharu. Second reason is, nama GA ni sangat unik dan membuatkan aku tertarik menarik kau memang debommm. And third reason is u can choose your own hadiah. Bukan satu tetapi dua. Camana? Tertarik tak ?
    Merujuk kamus dewan edisi 2018 , aku rasa maksud GELIMAT tu ialah Geli yang teramat kepada minyak gamat mahupun mat-mat yang suka makan ketupat.
    Haha. Seriously aku tak pandai buat slogan. So sorry. Okay, sekarang aku nak tag kat cik adda, cik fyda & cik mimie.

    And now is the best part. Acara memilih hadiah. *wink wink. I would like to choose GGGG 02 & GGGG 04. Okay done. Sesiapa yang tak ditag tapi masih nak join boleh je. But hurry up. GA ni hanya berlangsung selama 2 minggu bermula 10 May.

    TataTitiTutuTataTitiTutuTataTitiTutu.

    Monday, May 9, 2011

    7
    Mekkeronz


    Assalamualaikum. Semasa menaip entry ini, penulis sedang berada dalam kekenyangan kerana terlalu banyak makan pada hari ini dan semalam. Alhamdulillah. Rezeki namanya.

    Seperti yang telah digembar-gemburkan sebelum ni aku memang tersangat lah mengidam nak makan macaronz ni. Dan disebabkan itu, aku telah membuat research, mencari resepi di internet, melakukan R&D serta membeli bahan-bahan yang diperlukan.

    Aktiviti membuat macaron ini telah dilakukan sesudah waktu Asar. Dengan seeksaited mungkin aku memulakan aktiviti memukul telur dan mengadu bahan ditemani oleh pembantu masakan iaitu mama dan yaya. HAHA. Mama kene jadi assistant aku pula.

    Setelah bahan diadun menjadi satu, adunan dimasukkan di dalam piping bag untuk dipicit ke atas dulang seperti ini :

    sumber : GOOGLE

    Unfortunately, ada orang buat fogging pula petang tadi. Time-time macam ni lah diorang nak fogging. Haisshhh. Apalah punya nasib. Terpaksalah adunan tadi disimpan ke dalam peti sejuk. Bila dah dabis fogging, aku terus masukkan macaron tadi ke dalam oven.

    After 15 minutes, oven berbunyi *tinkkkkkkk*. Sepantas kilat aku meluru ke oven dan mengeluarkan dulang. Ommaigod. Ini bukan macaron. Ini MEKKERON. Haha. Macaron tu tak jadi ar. Kenapa dia tak naik macam macaron ni

    sumber : GOOGLE

    Walaupun rupa macaron tu nan hadooooo, tapi rasa dia boleh tahan kot. HAHA. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Arghhh, aku tensyen. Tapi takpelah. At least dah try. Mama kata jangan putus asa. Mana tahu aku boleh buat lebih elok lepas ni. Tungggggggggguuuuu.

    Sunday, May 8, 2011

    3
    My MOM is Wonder Woman

    Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku;
    Bila ku berduka; Engkau hiburkan selalu.


    Ecehhh, ternyanyi pula. Assalamualaikum semua. Hari ini tanggal 8 May merupakan hari yang sangat special bagi semua yang bergelar ibu. Hari yang dipanggil Mother's Day. Sudah tentunya sesiapa yang masih lagi mempunyai ibu patut bersyukur dan megucapkan ribuan terima kasih kepada ibu kerana telah melahirkan kita ke dunia ini. Bagi sesiapa yang sudah ketiadaan ibu, jangan sesekali melupakan pengorbanan mereka. Sentiasalah ingat ibu anda dengan menyedekahkan Al-fatihah agar rohnya dicucuri rahmat. AMIN.

    Okay. Hari ni aku nak share pengalaman menyambut hari ibu bersama family tercintaku. Awww. Sangat sweet memory.

    My mama terharu campur confuse nak makan yang mana satu dulu

    Surprise untuk mama tersayang. Pizza tu order je tak pandai buat sendiri. hee.

    Why i say my mom is wonder woman ? Sebab my mom is very strong as she can do all the housework alone.
    Sejak aku and my sis stay kat kolej n balik rumah seminggu sekali je while adik-adik aku pula sekolah dari pagi ke petang, so terpaksalah mama buat semua kerja kat rumah. Tapi mama tak pernah mengeluh. Start pukul 5 pagi, mama akan bangun untuk masak air dan sediakan sarapan untuk kanak-kanak ribena yang nak pergi sekolah. Pukul 8 pagi siapkan sarapan untuk abah. Pukul 9 pagi start basuh baju.Pukul 10 mama masak untuk makan tengahari. Pukul 12 adik aku makan tengahari n siap-siap pergi sekolah. Lepas adik aku pergi sekolah, aktiviti menyidai baju di ampaian. Petang, bila adik aku balik sekolah mama kene tengokkan dia buat homework. Then kene gosok baju sekolah dia. Bayangkan betapa banyak nya kerja seorang suri rumah. Kalah orang kerja office.

    That's why i call her my Wonderwoman. Sempena hari ibu ni, I just wanna say thanks a lot to mama SHARIFAH SHAHRIZAD SYED MOHAMED for being a responsible mothers to your children. Dan Nana selalu mendoakan semoga mama sihat selalu dan panjang umur. AMIN. Before i finished this entry, aku nak dedicate video ni khas untuk mama.


    p/s : I can't imagine how my life would be without u

    Saturday, May 7, 2011

    3
    Special MAY


    Assalamualaikum.
    Sedar tak sedar dah seminggu kita berada di bulan MAY. Bulan yang sangat penting dan istimewa bagi aku. Apa yang special sangat bulan MAY ni? Ni yang den nak story hari ni. 

    Korang perasan atau tak, bulan MAY ni banyak sangat cuti umum. Hah, tak percaya? Ini list cuti umum di bulan MAY :


    1 MAY - LABOUR'S DAY
    16 MAY - TEACHER'S DAY
    WEEKS 2 IN MAY - MOTHER'S DAY

    See. Banyak kan cuti di bulan MAY. *ehh,mother's day cuti umum ke?  Bukan itu saja. Bulan MAY juga merupakan bulan di mana aku bakal menyambut hari tua. Dan pada May tahun lepas, aku telah mengenali seseorang yang mungkin bakal bertakhta di hati aku buat seumur hidup. Jadi MAY tahun ni sangat special bagi aku.

    sekuntum mawar merah khas untuk semua orang tersayang di sekelilingku

    p/s : I LOVE U MAMA

    6
    Giveaway MACARON : by Imaan09 & Cik Ims

    Okay. Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu macaronz, gambar yang besar gedabak dia atas ni merupakan macaron ya kawan-kawan. Haha. Tapi aku jamin sesiapa yang bergelar bloggers konfem dah tahu french macaron yang sweet dan comel ni.


    Okay. Actually aku sangat-sangat mengidam nak makan macaronz ni. Tapi kat JB sekarang masih belum ada dijual secara direct. Maksud aku boleh beli kat kedai or shopping mall. Kalau nak juga beli, kene order through phone. Nak buat sendiri memang tak lah kan. Lagi-lagi bila dengar orang cakap nak buat benda ni sangat memerlukan kesabaran dan keprihatinan yang sangat tinggi. 


    So, bila terjumpa GA ni aku rasa macam WOW, MACARON. Nak joinnnnnnn!! And this is it. GA ni adalah   anjuran bersama Imaan09 dan Cik Ims. Kedua-dua belog ni merupakan blogshop yang mengambil tempahan macaron. So, kalau korang ada event ke, nak tempah macaron bolehlah contact Imaan09 or Cik Ims ni. Jom tengok cara-cara untuk order k.



    Tempahan macaron di buka dengan rasminya.
    Jadi kepada sesiapa yang berminat, bolehlah membuat tempahan. Berikut adalah kriteria2 macaron hasil tangan Cik Ims.
    http://macaronmaker.blogspot.com

    • Harga macaron Cik Ims ialah RM1.70 untuk sepasang macaron.
    • Kuantiti minimum yang boleh di tempah adalah sebanyak 10 pasang macaron.
    • Perisa macaron Cik Ims yang ada setakat ini adalah coklat ganache, raspberry ganache, mint ganache, & peanut butter.
    • Cara penghantaran macaron. Terpulang kepada pelanggan. Cik Ims tinggal kat Sg.Chua Kajang. Kalau ada sapa2 tinggal dekat2 sini, bolehla Cik Ims direct bagi fresh macaron. Tapi bagi yang tinggal jauh, bolehla Cik Ims poskan macaron tu. Dan dijamin 90% macaron tidak akan hancur dalam proses pengeposan. 
    Jadi kepada yang berminat atau ada sebarang persoalan, bolehlah menghubungi Cik Ims0149502700 @ email di faznyzah_12@yahoo.com 

     Okay. Dah tengok cara-cara untuk order kan. Tunggu apa lagi. Jomlah order beramai-ramai. Kalau tak nak order untuk diri sendiri, order lah untuk kita. Pleaseeee. *sambil buat mata bersinar-sinar. Haha. Sempena birthday den yang bakal berlangsung tak lama lagi, den nak sangat dapat hadiah macaron ni. Someone, please bagi saya hadiah macaron ni. Haha. Boleh mintak hadiah untuk birthday sendiri ? Den siap minta kat mama lagi. Tak caya tengok ni.


    Kalau nak JOIN kelik SINI. *penganjur tak suruh tag rakan lain tapi aku nak tag kat semua yang baca ni untuk join. Siapa baca wajib join k. Hee. Mana tahu korang menang bolehlah bagi macaron tu sikit kat kita.

    OKAY. itu saja. Bye.